assalamualaikum..~
Seronoknya lahaii beraya tahun ni. Aku rasa best je hari-hari
unless untuk hari bermulanya kena masuk kerja. Rasa cam spoil. Dah la dalam
mood raya, ada pulak buat perangai macam sumbat lemang dalam kepala.
Haishh..sabo je la.
Tahun ni sebab adik beradik dah matang sikit, kami yang handle
preparation raya. Bab bajet, hidangan raya, pakaian raya, bahan mentah, bahan
basah. Hoish..banyak laa..mak tinggal jadi master chef, adik aku yang dua lagi
tu jadi chef kuih raya. Aku dorang kasi kitchen helper je. Ciss..mentang-mentang
la aku selamba beli kek siap dah untuk raya. Yelaa..tahun depan aku bakar dua
tiga biji ye.
Aku memang teruja gila ah. Gi cari baju raya pon rasa bersemangat
padahal nak sedondon tapi cari baju last minit. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat
warna biru yang dihajati, tetap juga kami semua sedondon di pagi raya. Kuih
raya memang tak beria sebab memang buat benda yang nak makan. Bab pi pasar pagi
paling teruja. First time aku betol-betol beli semua barang sebab biasa aku
bahagian potong memotong dan bantu membantu je. Tolong faham perempuan
kuat shopping memang perangai camtu. Eheh.
Pastu tetiba terasa cam hebat sebab pandai buat bajet raya. Rasa
macam kaklong-kaklong gitu boleh handle adik-adik dan isi rumah. Haha. Siap
tahun ni boleh bersenang-senang tak kalut malam raya dah. Aku syak bila dah
besar semua benda akan jadi lebih terkawal berbanding time hingusan.
Raya keempat kami buat makan-makan. Meriah oii. Jamu orang makan
memang perasaan dia mabeles kan walaupon bukan kau yang masak. Ihiks.
Sepupu-sepupu aku pon join. Jadi lagi meriah. Siap khemah bagai. Pastu dah
hujung-hujung hari mula la nak emo. Dah letih :p sape suruh jadi runner. Sape
suruh kau yang tau semua benda. Sape suruh sampai tiga rumah kau nak kena jaga.
Aku baru nak makan nasi boleh pula ada yang tanya mangkuk polisterin kat mana.
Bantut selera.
Dah beronok-ronok sampai raya keempat, masuk hari kelima memang
malas kuasa empat la nak balik. Mujur la hala balik tu melawan arus. Tak kena
la hadap jem. Gila kot jalan biasa pon jem gila. Gila.