JellyPages.com

Sunday

#seafood yang mengecewakan.

assalamualaikum..~

rasa macam terimbas pulak detik-detik penghujung usia tahun 2011 dulu. aishh..kat Kuala Perlis ni jugak aku ngan family bertapak. masa tu sebab parents aku nak ke Langkawi membeli kelengkapan dapur. aku ngan adik-adik semua sepakat tak nak ikut sebab dah tau macam mana mak kalau shopping..hihi. kami cuma kirim sepam dua coklat buat penyedap anak tekak je. malamnya kitorang bagaikan lupa daratan menikmati makanan laut yang ada kat depan hotel. kitorang duduk Putra Brasmana Hotel sebab kedudukan dia agak  strategik. malam-malam boleh naik kuda menyelusuri jalan berdekatan , tu pun kalau korang tahan la bau dia. aku tak jadi naik pun sebab tak tahan bau aroma segar dia. tu tahun  lepas, tahun ni kitorang datang just sebab nak makan makanan laut yang akhirnya menyebabkan kami terdampar kekecewaan. mungkin kedai yang kitorang pergi tu tak sama walaupun dalam kawasan yang sama..grrr! kecewa gila kot walaupun impian nak makan seafood tu tercapai..redha je laa walaupun aku belasah gak sepinggan ketam tanpa belas kasihan. bangun pagi ni tiba-tiba mak cakap nak pergi Padang Besar..hoyeah!! terubat rasanya perasaan tu. hehe. jom shopping! i loike..~

Thursday

12.12.12

assalamualaikum..~

 hari ni dah masuk tarikh lain tapi tetap nak update pasal tarikh yang semua orang dok sebuk-sebuk konon sebab cantik uh..12/12/12. ada yang kawen, beranak, buat pelaburan masa depan, start something new atau buat move kat crush. erk? ada ke? tak kesah la yang penting semua orang happy. 

mula-mula, terfikir jugak should i do something meaningful today? ok la, pastu konon nak decorate bilik since dah khatam few Impiana and Anjung Seri magazine and kebetulan memang tengah nak bagi new look kat bilik tuh. dengan semangat yang penuh membara masuk bilik tengok adik-adik tengah lepak tengok Running Man, ehh..cam best pulak. duduk la tengok konon satu dua episod. pap! sekali tengok berepisod-episod siap tolak pelawaan mak untuk makan lagi. alih-alih bila dah siap nak pergi makan, abah balik and suruh siap-siap untuk teman tok wan jumpa dokter!! pheh! tension seminit dua. tapi lepas tu laju-laju bersiap dengan harapan sempat makan gulai lemak sebelum pergi hospital, nasib sempat. bila dah pergi hospital macam blur pulak tak tau nak buat apa since i never accompany him for his appointment before, haish.. actually tak lama macam yang dibayangkan pun sebab patient tak ramai mana. habis je semua urusan, tok wan ajak makan eskrem. ecehh..ini sungguh cool ok! cool! tapi aku yang cuak mula-mula sebab betul ke tok wan boleh makan? dah la depan klinik yang dia buat check up kot. tapi aku beli jugak makan sambil berlibur. balik rumah sambung aktiviti tengok cerita Secret Garden. ini bukan Secret Garden Korea tapi Secret Garden Singapore mari. aku dengan tya memang suka citer ni sebab kita bukan je menonton citer menghiburkan hati tapi dapat belajar mengenai jenis-jenis penyakit gangguan jiwa dan macam mana penyakit ni boleh terjadi. serious menarik sebab bila dia nak buat penerangan pasal punca penyakit, dia akan buat dalam bentuk lukisan yang cute. so, senang la kita nak faham. malam dah takde aktiviti yang dibuat sebab aku sakit kepala dan tidur awal. hehe. 

lastly, aktiviti mendecorate pun terpaksa ditangguhkan ke lain masa. hmm, biasa laa..







Friday

tahniah hero kecik.

assalamualaikum..~

homaii..rindu sangat dengan blog. banyak citer rasa nak tulis kat sini sepanjang cuti. tapi apa kan daya, internet slow macam siput gondang. grr..!! daripada tiap-tiap hari sedekahkan kata makian depan laptop wajar lagi pi buat kerja lain. huu. sesiapa ada kerja-kerja kosong part time? nak apply boleh?  hehe. sebelum internet ni bergondang-gondang, i would like to congratulate my adek bongsu here. kekeke.


dear my hero kecik, tahniah for your 5A result. thanks untuk suprise yang tak dijangkakan tuh. you're the best! ^_^


Sunday

#berita gembira


assalamualaikum..~

Alhamdulillah, siap akhirnya mengedit AR untuk final before dijilidkan. hehe. tak sabar-sabar rasanya nak hantar sebab tak mampu dah nak menghadap dengan penuh ketekunan dan ketenangan. :p esok final paper dan satu apa pun tak sentuh lagi melainkan jeling-jeling sayang dengan tajuk-tajuk dalam proforma je. haish. dalam hati dok dup dap dup dap dah. esok hari paling serius. adakah saya akan seserius itu juga? ^_^

malam esok farewell party dengan junior pulak..hoyeah! bestnya. seronok bila attend benda ni. dah la dapat beramah mesra dan pakai chantek-chantek. dapat pulak makan sedap-sedap. double happiness. ihik. kalau dapat hadiah kotak besar mesti lagi best. overboard. ni la namanya bagi betis nak peha. hehe.

untuk adik lelaki yang suka buat hensem, happy 18th birthday dear..~ may Allah bless you, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam ketaatan. :) tahniah untuk the best birthday present of this year. belajar rajin-rajin and do the best. untuk my mom yang tengah bergembira dengan pertukaran sekolah tu, tahniah! selamat menyesuaikan diri dengan sekolah baru. :)





Tuesday

Going Back

assalamualaikum..~


i'm coming home! i'm coming home! yabedabedu...~

frankly said, i didn't give a thought about going back to Penang..dear, it's my study week kot and even both my parent said it's okay to stay and study rather than i'm going back, no study, tired and then potpetpotpet here and there. yeah, its so me :p baik duduk bangi je.

but last minute, my friends said that there was a gap between my exam and my lovely kissm exam so, why don't i going back and have wonderful aidiladha there. for that reason now, here i am. kl sentral, my never-get-bored transportation. haha. after a few year without family in aidiladha so, here it come at the seriously great  end of the last semester. hehe. such a joy u know.

i hope i can study at least a few chapter. hopefully my adik-adik didn't try incited me in anything. your kakak want to focus la dey! i wish. i wish and i wish i can do that. 





p/s: someone said that she likes it when i write in English. yeah, i know my English is lil' bit mess up here and there but trying is just nice you know. :)

Wednesday

lebih baik diam.

assalamualaikum..~



saat bibir ini lelah untuk berkata
saat ini pula mulut ini diam tanpa kata..
saat bibir ini kelu untuk berbicara
saat ini pula ku harus diam
karna semua tak bisa di terima..

buat apa aku berbicara
bila kau tak bisa menerima
buat apa bibir ini menyapa
bila kau tak peduli dan hanya diam tanpa kata

selama ini aku menyapamu
itu karna aku sayang sama kamu
selama ini aku selalu berkata baik padamu
itu karna aku ingin mengerti kamu


tapi sekarang aku lebih baik diam
dan tak akan pernah mempedulikanmu lagi
itu karna aku sudah lelah
karna semua pengertian yang tulus yang kuberikan
tak pernah kau hargai sedikitpun.

by him



lebih baik diam tanpa kata, daripada banyak berbicara tanpa makna.

Sunday

hati yang menangis.

assalamualaikum..~

pernah suatu ketika bila aku tengok pada kau tapi aku tak nampak pun bayang aku berdiri di sisi. yang kelihatan hanya bayangan dia. mungkin aku boleh terima hakikat yang kau bukan milik aku ketika itu. tapi hari makin hari  aku yang kian jatuh tenggelam dalam rasa. aku bukan yang teratas. aku seperti tiada nilai jadinya. apa maknanya aku cuba berdampingan dan meraih rasa hati kau. percuma. kalau kau pernah rasa aku cuba jauh, kau ketahuilah bahawa aku terlebih dahulu merasakannya cuma aku kemam kata-kata yang ada. aku tak mahu luah atas riba kau. tapi jika kau baca ini, saat ini, ketahuilah itu rasa yang sedang bermain kembali. kau boleh terus menafi. aku terima. mungkin ini karma. tapi jangan salahkan andai aku sediakan jarak buat kita. hati ini menangis. tapi sentiasa aku balut dengan senyuman depan kau. tapi kau tetap terus sebut nama dia. kau terus tetap pilih dia. nafikanlah. aku sedia dengar. tapi hati ini makin lali. muak rasanya disogok berkali-kali. aku dah tak perlu frasa aku, dia dan kau. cukuplah kalau kau faham. semoga kau bahagia dengan dia yang bukan aku. 

Saturday

a hard time

assalamualaikum..~

it's a hard time for me and my friend. too many work. too many stress. too many thing come across. but the best once is how everyone struggling so hard and do their best in this situation. the moment that insyaAllah will always live in our memory. dear everyone, continue to be strong!

i miss my life before, seriously. but i know this is what i got to face to achieve my dream. i never knew that it was so hard for me. i become stress and emotional person. my life become suck. i don't even know how to manage it anymore. few weeks back,  i didn't have enough sleep and i didn't eat properly. i only slept for 3 hours per day. phew! can i list it as my great achievement? since i never do it before. tehee. i have a few weeks more  to complete my studies for five and a half years successfully. till then, pray for me everyone. :)

besides, I hope Allah will always protect you, given happiness in this world and the hereafter, longevity, and always loved. dear Nurul Ayuani, happy birthday princess! :D





# this may be the beginning of a painful road to a great success story.



p/s: I try to write in English. sorry for the bad language. I had not used it for a long time. 


Sunday

apa yang kita baca mempengaruhi siapa diri kita.

assalamualaikum..~

hari ni nak berkongsi sesuatu. ewah. bukan main. nak kongsi satu kata-kata yang sangat menarik.

apa yang kita baca mempengaruhi siapa diri kita

setuju atau tidak itu terpulang pada pandangan masing-masing. tak ada yang salah atau betul. tapi dari perspektif aku sebagai seorang remaja yang sering bergelumang dengan bahan bacaan dan manusia yang membaca, aku dapat rasakan kebenarannya. aku fikir, pandang sekeliling dan cuba tafsir balik.

aku tengok dia yang suka baca novel, suka baca cerita-cerita cinta, suka akan aksi romantik. aku tenung dan fikir. ternyata benar. dia mudah tenggelam dalam emosi sendiri. aku tengok pulak dia itu, suka benar komik, suka bacaan yang penuh kata-kata tersirat dan berlapik tapi tajam dan sering menusuk. memang. memang itu dirinya. kemudian, patah balik pada diri sendiri. imbas kembali. ah! benar. itu memang aku. 

so, kesimpulannya. pandai-pandailah kita pilih bahan bacaan tidak kisah dalam apa jua bentuk. baik atau buruknya bahan itu, itu cerminan diri kita. habis, dah kau asyik baca pasal sastera takkan la kau macam ahli politik pula gayanya. tapis apa yang perlu. kenali apa bahan yang sesuai dan bermanfaat dengan perkembangan kita. ok! ^^

Friday

susah bila.. (?)

assalamualaikum..~


susah la bila dah suka ni..

susah bila dia jauh duduk kat sana nun dan kau pulak kat sini,
susah bila kau suka orang tu tapi dikejar orang lain,
susah bila kau nak dia tapi dia offer kau orang lain pulak,
susah bila kau ada hati kat dia tapi dia layan kadang ada perasaan kadang tak ada,
susah bila kau nampak perempuan lain kat wall dia tapi perempuan tu bukan kau,
susah bila kau luah rasa hati tapi dia balas dia nak berjuang dan lupakan kisah lama,
susah bila kau rasa rindu tapi tak boleh nak cakap pada dia,
susah bila kau nak hilang perasaan kat dia tapi kau sedar tak hilang-hilang jugak,
susah bila kau kena terus tipu diri sendiri tapi masih tak mampu,
susah bila kau fikir benda tu susah tapi takde la susah mana. *dah start merepek. what the ayam betol!






benar dia.
benar hanya dia.
ku selalu menginginkannya.
belaian dari tangannya.
mungkin hanya dia.
(?)

ku ingin kau tahu isi hatiku. (?)


***********
apa jenis ayam yang aku merepek ni.? mentang-mentang serabut tengok esemen, konon dah terbawak-bawak pulak. ayam betol! eh, apesal asyik sebut ayam je ni. ohh.. lupa, sebab makan nasi gulai ayam sedap tadi. patut la. dah la, pergi makan cekodok lagi best. kbai.




Tuesday

#nobody can hurt me without my permission.

assalamualaikum..~

manusia ni kadang-kadang memang menyakitkan hati kan? bila kita cakap elok-elok. tanya elok-elok. selamba je dia nak membengangkan rasa hati kita. kalau aku pun cakap maki-maki, sumpah seranah atau tengking-tengking memang sesuai sangat la kau nak balas dengan gaya tak sopan. hampas punya manusia. kalau kau ada perasaan 'terasa hati' tu, aku pun ada. ingat aku robot-tak-berperasaan ke? kalau aku boleh dengar walau tak tekun mana apa kau nak cakap, merapu, merepek apehal kau tak boleh?

mentang-mentang aku diam-diam je bila kau buat perangai, tak payah la nak rasa bagus sangat. kau ingat gunung berapi simpan lava berbuih-buih tu dia tak meletup ke? try la go on sikit lagi bagi aku sakit hati, nanti aku bagi hadiah istimewa punya. promise!

bosan betul mengadap manusia macam ni. rasa nak buat je double payback macam mana dia buat tuh. bila tunjuk kita pun pandai kurang ajar mungkin manusia lain akan pandai respek perasaan kita. dan sila take note ok wahai manusia. nobody can hurt me without my permission. thanks Mahatma Gandhi for your brilliant quote. so, next time will be only a lesson for you if you try to hurt me more. i won't give you a single minute to bring me down anymore. fighting!!




p/s: menyakitkan hati tu tak seronok langsung rasanya, ok!

Saturday

Penuh semangat.

assalamualaikum..~

pagi ni bangun dengan penuh semangat. dalam otak dah fikir macam-macam benda yang nak completekan hari ni. adakah tidur yang cukup semalam telah merangsang kewajaan semangat aku pada hari ini? atau kerana aku tidak terlanjur meneruskan waktu bermalasan di atas tilam? for what ever reason, alhamdulillah.

bila bangun pagi-pagi dan kau rasa bersemangat untuk jalani hari dengan kegembiraan pasti hari tu akan rasa seperti awesome! dan kau takkan merungut-rungut serta tidak tanamkan niat yang tak baik. tapi kalau kau bangun dengan perasaan malas, sumpah kau akan rasa macam another day that mess up with my life.

dan satu lagi perasaan kecintaan aku adalah apabila mood rajin aku tiba-tiba menjengah..fulamak! masa tu rasa macam kau bagi la apa jenis kerja atau household, for sure aku akan buat diam-diam tanpa banyak soal dengan perasaan yang tenang. even rasa letih lepas tu, aku akan rasa berbaloi. walaubagaimanapun, aku still ada mood di mana aku hanya nak bermalasan di atas tilam sepanjang hari dan tak nak buat apa-apa. dammm!! hari esoknya mula penyesalan datang berganda. cehh..~




Friday

Do Good Volunteer.

assalamualaikum..~

evening people..

teruja nak tulis petang-petang ni sebab ada sesuatu yang menarik hati. kawan dekat facebook share this lovely things so, i thought to do the same memandangkan i actually have a wish to do this thingy. mungkin ada yang pernah dengar tentang Do Good Volunteer. kita boleh pilih untuk membuat kerja amal di cabang mana yang kita suka like health, education, animals, environment, art and else.

i do not know much about it since aku pun baru tahu tapi korang boleh pergi page tersebut dan click sendiri tentang maklumat-maklumat yang korang nak. i really love to grab one or two works but i got a seriously busy life that i myself can't manage it well now. so, maybe after my final i can find some time to fulfill my wish. :)



Wednesday

Love is more than a feeling..

assalamualaikum..~


bila Allah ketuk pintu hati
bukakan rasa
balikkan cerita
semua jadi porak-peranda

tapi tak apa
syukur tak terkira Yang Maha Esa
hidup kembali sebuah jiwa
yang dihurung dosa pahala

berakhirnya ia bukan derita
sekeping kiriman jawapan doa
biar tercelik dua biji mata
merasa cinta dari Pencipta


  • Love is more than a feeling; it's a commitment. aku petik dari Kitab Terfaktab. aku serahkan pada akal korang bagaimana mahu interpretasi dan hadamkan quote tersebut.





#notakaki buat SBK: maaf tak dapat upload gambar yang dijanjikan. sedang dalam proses mencari USB kamera yang masih tak tahu dimana keberadaannya. maaf sekali lagi.

SBK: Saya Nak Kad Raya

assalamualaikum..~



jumpa kad raya versi doodle yang comey-comey cute gitu. tuan belog, harap di bulan yang mulia ni sudilah kiranya hadiahkan saya kad barang sekeping kerana harapan tahun ni ada la sekeping dua kad raya diri sendiri yang mampu panjat dinding kat rumah. baru la sesuai dengan wish, to break my own rules! :)



#insyaAllah kalau dapat akan saya up entri/gambar si 'dia' panjat dinding rumah. yeah!

Saturday

si budak tamak.

assalamualaikum..~

hello people! eceh. bukan main. sekarang ni sedang bertarung dengan masa. banyak keje nak kena setel bersama kesayangan baru, encik AR! ahh..aku benci kau. tapi terpaksa berpura-pura seperti dilamun cinta. demm.

tapi aku time sedang sibuk bercinta la nafsu dan akal membuak-buak buang tebiat. time ni la sibuk nak ajak orang sana sini keluar makan lepak-lepak, pergi jalan-jalan shopping sini situ dan mau buat itu ini. haish. kau bajet encik AR kau tu senang dijaga? memang nak mampus la jawabnya.

disamping encik AR, ada dua tiga project yang aku sedang sibuk fikir-fikirkan. project untuk masa depan.  satu dah jalan and sedang berdebar menanti feedback, satu on the way and the other one masih dalam draf perancangan. semoga niat murni aku ni akan dipermudahkan Allah s.w.t. amin!!  nanti bila dah sampai seru aku nak bukak cerita, ada la entri dia. hehe.

dalam masa yang sama, kegilaan aku terhadap trend membeli-belah secara online juga mencanak-canak naik. tabiat tak bagus ni. habis duit aku dikau kerjakan. mentang-mentang hanya perlu menekan-nekan isi si tikus terus mampu miliki barang idaman, macam orang gila la kau kan. sekarang ni tengah tunggu barang-barang sampai ke rumah. tak sabar nak bergaya walaupun dah hampir papa kedana. oh pama! i think i love you more today. ;p you have my account number already right? wink*

juga  angan-angan aku mau ke seoul garden, mau try kedai-kedai makan best, mau pergi picnic, mau main baseball dan mau mau lagi..banyak. tapi masa pulak tak ada. cis.. kau ni tamak betul kan? semua benda kau nak buat, semua benda kau nak try. rasa dah mampu sangat kot handle semua perkara.


 #walaupun aku tamak tapi aku rasa mau positif. bhahaha.

Sunday

1# puasa

assalamualaikum..~

Selamat berpuasa semua. apa macam puasa tahun ni? ada perubahan? niat dan azam baru? atau hilang rasa? erk..

puasa-puasa ni pasti tidur menjadi habit kecintaan jiwa raga setiap individu kan? oleh yang demikian, aku telah menjalankan aktiviti yang mampu mengganggu waktu tidur petang yang dicintai. niat baru adalah mengurangkan waktu tidur di siang hari tapi mempercepatkan masa berkuak lentang di malam hari. mengancam betul niat tu. sila doakan aku berjaya.

semalam yakni hari pertama semua umat Islam berpuasa, sedang manusia lain sibuk memikirkan juadah berbuka puasa, aku dan cik ayu bergegas ke salun untuk membuat rawatan. amboihh..puasa pun  tak sampai sehari lagi.  marvellous betul rasanya bila dimanja-manja dan dibelai-belai dek akak tu sampai tertidur-tidur kau. dah siap buang masa dan duit, terus ke pasar malam cari-cari makanan yang mampu tambat selera. yela, time puasa ni tekak lain macam sikit. 

hari ni menjalani rutin yang sama. lepas je solat zohor, terus ajak cik ayu membuat rawatan kecantikkan di rumah. hari ni buat peeling dan masker sendiri guna produk mustika ratu, peeling mundisari dan masker bengkoang. ya ampunn!! bau peeling tu bukan main mencucuk hidung tapi demi kononnya nak cantik, gagahkan jugak laa. bila dah siap-siap semua, sambung buat kerja. ni baru terhegeh-hegeh fikir nak membeli kat mana. haish.

dalam hati ingat lepas ni, petang-petang ajak cik ayu buang masa lagi dengan benda-benda basic seorang perempuan. mekap, tudung etc. hamboihh, tinggi kemain cita-cita. kalau mak dengar ni pasti kena semangkuk dengan dia. dah bila masanya kau nak mengaji semua bagai kalau sibuk main buang-buang masa cenggini. hehe.

pendek kata, marilah kita merancang aktiviti petang yang berfaedah di bulan puasa ni. tak kiralah duniawi atau ukhrawi. kalau dua-dua lagi bagus kan. :)


Thursday

shikshin. ;p

assalamualaikum..~

shikshin? apa tu? sejenis makanan baru? rancangan televisyen? haruslah tidak kan. kalau korang pengikut tegar dunia korea mungkin korang akan tau. shikshin adalah perkataan korea yang bernaksud "food god". 

shik 식 from 음식 (eumshik) which means 'food'
shin 신 which means 'God'

tetiba korang kena hadap tulisan bulat-bulat panjang di atas. anggap seperti sejenis snek di kala lapar je kemudian buat tak layan sebab nampak makanan yang lagi lazat. oke, aku bukan nak ajar korang belajar bahasa korea. cuma nak bukak cerita.

lately, gaya pemakanan tak sihat dan seimbang kembali menghantui hidup. makan bukan ikut keperluan tapi ikut nafsu semata. tak tau la macam mana perut dan usus  bekerja keras hadamkan semua benda yang aku telan. pfft. sayur dan buah langsung takde dalam list melainkan makanan-makanan bergoreng. dan sosej menduduki carta paling atas kerana aku merasakan ianya sangat lazat sehingga mampu membuat aku kecur air liur memandang. padahal sudah jelas lagi nyata ia tak bagus. -.-'

tengok makanan je mula la meronta-ronta anak tekak. satu hari bukan hanya makan tiga hidangan tapi berhidang-hidang hah aku makan. disebabkan kadar metabolisme dah tak tinggi macam dulu maka, jarum pada alat penimbang pun menunjukkan kadar peningkatan mendadak. tapi konon bijak la bila setiap kali makan aku duduk jauh-jauh dari alat penimbang supaya tak rasa bersalah dengan diri sendiri. cehh. memang la tak nak pakai lama kan badan kau tu aliya.

sila jangan ikut perangai tamak haloba aku bila berdepan makanan. jadilah gentleman dan mengurat sedikit demi sedikit makanan tersebut. tak payah nak 'shikshin' sangat kalau makan pun tak reti nak seimbangkan. banyak bahayanya apabila makan tak ikut kadar yang betul. berdampinglah dengan encik google kalau nak tahu apa kesan pengambilan makanan tak seimbang. :)


mulai hari ini, marilah kita makan salad dan buah pisang. ehh?


google



Monday

K.A.M.I dan Maskot.

assalamualaikum..~

kawan-kawan internship.


apa bendanya gambar setepek di atas tu?! jangan guna banyak tenaga untuk fikir. sebenarnya itu adalah gambar cikgu-cikgu internship dengan maskot untuk Minggu Celik Minda. kelas kau jahh. pelancaran kat sekolah pun siap ada maskot bagai. tapi takpe, alang-alang dah buat biar la meriah sikit kan. idak le berasa terhina apabila budak-budak lain bercerita dengan gahnya kelak. :p



Wednesday

yakult.

assalamualaikum..~

from google.


sila lihat botol-botol kecik awesome yang berdiri sebaris kat atas tu. nampak gagah dan perkasa. anda dinasihatkan untuk minum bagi membantu usus anda lebih sihat dan kuat. 

tetiba je aku dok promote menda alah ni pasti buat orang tertanya-tanya. sebenarnya hari ni yakult datang bagi talk tentang kebaikannya pada budak-budak SK Bukit Tadom. aku yang konon tengah sibuk pun dipanggil join sekaki. mula-mula dia promote dan sogokkan budak-budak tak berdosa ni dengan fungsi yakult. pastu ada la sikit tayangan video dan sesi percubaan yakult sebotol sorang. kelas kau budak-budak. vitamin free, susu free, yakult pun free jugak. 

cukup. mari kita ke sesi seterusnya.

tahukah anda?
- yakult mengandungi strain shirota yang berasal dari nama Dr. Shirota.
- dilahirkan di Jepun sejak 1935 dan berusia 77 tahun.
- mengandungi 30 billion bakteria baik.
- membantu bakteria baik melawan bakteria jahat yang menginap dalam usus. *haiyahh!!
- memberikan tenaga untuk membesar. *untuk yang mengalami tumbesaran je. yang lain tak payah nak over.

apa yang terjadi kalau bakteria baik tumpas?
- mengalami keletihan, sembelit dll.

punca tumpasnya bakteria baik?
- makanan yang tak sihat, stress dan berjaga lewat malam.


jadi, dengan meminum sebotol yakult sehari bermakna anda telah membantu bakteria baik di usus anda  untuk berperang dengan si bakteria jahat. apabila mereka menang bermakna badan kita sihat. insyaAllah.

notakaki: semua ayat di atas adalah petikan dari talk tersebut. 

testimoni: aku memang minum si kecik ni atas saranan dokter kerana masalah gastricitis. alhamdulillah, simptom-simptom penyakit berkurangan dan usus menunjukkan petanda positif. perut juga merasa selamat andai tidak makan tetapi disumbatkan dengan isipadu cecair kecik ni. ok, cukuplah tu.



Monday

result

assalamualaikum..~


thanks google..


bila harap semua indah macam fantasi
Allah bagi sikit duri untuk cantikkan realiti
bila letak semua usaha dan laluinya sendiri
Dia bagi kegembiraan yang sangat tinggi.

terima kasih Ya Allah.



#walaupun result saya tak gempak  macam orang lain tapi saya tahu sejauh mana saya dah berusaha. Dan bila Allah bagi saya jatuh, Dia beri peluang untuk saya berdiri juga. how can i deny that Allah love me? tehee.. :)



Friday

last semester.

assalamualaikum..~

genap seminggu menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di maktab semula. so, this semester going to be haunted with extreme rush. seminggu jejak maktab, minggu depan kembali ke sekolah untuk sesi internship pulak sebulan. then, kena settle action research sebab nak rasa pegang segulung ijazah. seriously tu la benda paling menggerunkan sekarang ni berbanding cerita orang nak masuk meminang. ehh. tapi yang pasti, nak guna semester ni sepenuhnya untuk mengaut sebanyak yang mungkin momen indah sebagai student dan sahabat.



let me enjoy this last time to the fullest and grant everything i could Ya Allah.. :)


Wednesday

#1 Pulau Pinang.

assalamualaikum..~


aku sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Pulau Pinang sejak darjah 2 dengan ini nak melahirkan rasa malu dan segan kerana tidak begitu mengenali tempat kelahiran mak aku ni. pfft. kononnya nak pergi jenjalan dengan kawan minggu ni so, disebabkan tak dapat nak decide pergi mana terus bertanya dengan encik google. dam haji! banyak kot tempat yang aku tak tahu wujud kat sini contohnya macam Penang War Museum. siap tanya mak, sejak bila pulak ada muzium perang, tak pernah tahu pun. sedih! 

Tapi serious banyak tempat yang best untuk diteroka except shopping mall dia yang gempak-gempak tu. sebab bagi aku shopping mall tetap sama di mana-mana. hahaha. aku sempat pergi dua tempat je yang akan diceriterakan nanti , tapi tempat untuk second round punya plan jalan-jalan dah siap. thanks to my beloved tour guide. ^.~ wink!

sehari jalan-jalan memang tak boleh habis nak jelajah semua. sebab tu kena ada trip kedua. :)  actually, idea ni semua bermula masa pergi melawat adik aku kat kem PLKN White Resort. i was like, bestnya sini! abah pun cadangkan datang jalan-jalan kat pulau nanti. sebab ada setengah tempat yang aku tak pernah pergi. bila dah google lagi la bapak terkejut dengan kehadiran list name tempat yang best dan buat aku rasa melonjak nak pergi macam Tropical Fruit Farm, Penang Islamic Museum, Penang National Park [pernah pergi masa sekolah tapi tak habis teroka], Esplanade, Penang Museum and Art Gallery, and Tropical Spice Garden. hohoho. best kan? kalau nak tau lagi banyak sila jalan dekat Tourism Penang. cerita benda ni pun dah buat aku excited. ^.^

jadi, moralnya.. sebelum nak sibuk jalan-jalan tempat orang, jalan-jalan dan kenalilah dulu tempat anda. supaya tidak menjadi macam aku. peace yaw.!

Saturday

Terengganu dan wedding bff.

assalamualaikum..~

 yeay!! alhamdulillah..sampai di bumi Besut jam 5 pagi tadi. thanks to Ayu and her brother, abang Asyran yang telah bergilir-gilir membawa kereta dari Bangi. thanks to Zura yang share aura tidur tanpa henti dekat seat belakang. thanks to McDonald for their super awesome family dinner box. thanks to my mom yang benarkan her daughter jalan jauh-jauh. thanks to people yang concern a lot semalam. and thanks to sape-sape yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semalam. done. macam ayat orang gila je nak thanks tanpa henti dan bersebab. 

so, kalau dah sanggup secara tiba-tiba travel jauh-jauh cenggini  haruslah mempunyai reason yang kuat bukan. for your information dearest people, i keep counting the days from the first day i heard about this super magnificient news. dup dap dup dap rasanya. 

one of my bestie yang sanggup tadah telinga dengar aku excited membebel all the time, calm me down bila masuk aura sedih sedu, ajak aku jalan-jalan, teman dia dating mahupun pergi cari barang untuk majlis..going to leave her title as 'anak dara' soon. thats why aku datang untuk menyibuk di majlis beliau. seriously ecxited. hingga sanggup menolak ke tepi kenduri bakal kakak-kakak ipar yang berlangsung hari ni. hahaha. overboard.

untuk pengantin perempuan buat Encik Fadhlan Fatah, untuk pengantin lelaki buat Cik Umi Kalsom..semoga Allah memberkati kalian, semoga Allah menghimpunkan seluruh kebaikan ke atas kalian dan semoga Allah menghidupkan cinta kalian hingga ke syurga Jannah. :) selamat pengantin baru.

pada budak-budak kelas yang sanggup turun ke Terengganu macam aku..marilah kita memanfaatkan peluang ini bersungguh-sungguh. jom jalan-jalan!


Wednesday

hanya ilusi.

assalamualaikum..~



awak datang tumpahkan rasa
ceriakan hari dengan kata-kata
buat saya rasa terpinga-pinga

tapi sayang semua tu tak lama
saat ombak sedang kencang dan berlaga
awak pergi tinggalkan saya

saya cuba buka pintu kaca
dengan harapan saya bersedia
tapi tak sangka ia cuma dusta

kala saya tenang dan gembira
kembali semula seorang jejaka
buat saya rasa berbunga

cukuplah untuk semuanya
seperti permainan yang sia-sia
hanya kan  tambah rasa derita

semoga awak akan bahagia
dengan si dia yang bukan saya
cukuplah takdir yang berkata-kata.


*sekeping rindu datang mengganggu.

# didepan mata itu kadang-kadang hanya ilusi semata, terus gagah kawan.


p/s: buat kawan-kawan yang ada paper esok, moga otak terus kental bekerja! fighting! :)

Tuesday

Sunday

nenek.

assalamualaikum..~

streching-streching belakang sikit..uhh! lega..ini adalah keadaan apabila baru balik dengan penat lelah terus pasang laptop untuk mengupdate tanpa terjumpa dengan perkataan sabar. well, bukan selalu nak tengok aku menggelupur nak update camni.

bangun pagi dengan azam nak siapkan keje-keje tertunggak biar siap dan tak serabut nanti tapi hati dan minda berpaling tadah. ciss! keji sungguh di kau. bukak facebook dan godek-godek blog sampai tengah hari. teringat ada temujanji dengan cik anis mahu melawat nenek dan kak mis [owner rumah sewa kat banting dulu]. siap dalam masa lima belas minit tapi tunggu hampir sejam. janji melayu betul, ish..

teruja sangat bila dah sampai sana..dah rasa macam balik kampung jumpa nenek sendiri. cehh. nenek pulak aci main peluk-peluk tak nak lepas lagi la feeling tuh masuk mood terharu..jarak masa seminggu tuh mungkin terlalu lama untuk dia memandangkan saban hari akan terdengar gegaran dari tingkat atas dengan gelak ketawa dan suara gergasi kami selama 3 bulan. ohhh.. =.='

dijamu makan tempe goreng feveret dengan ditemani nenek. disuruh rehat di bilik atas. berlegar-legar ibarat duduk dekat rumah sendiri. bersembang ibarat takde garis sempadan dengan mereka. sungguh rasa macam we belong there. serious dah rasa macam family sendiri. ni pun dah rasa rindu dekat nenek. huu..~

nenek sendiri dua-dua dah takde masa bergelar kanak-kanak ribena lagi..jadi tak merasa macam mana ada nenek. tak merasa manja-manja..usik-mengusik..bodek-bodek si nenek. yang ada cuma atuk. tapi tu la kan, atuk dan nenek mana sama. feeling dia pun lain. cara layanan pun tak sama. jadi, bila dapat peluang macam ni haruslah aku jadi lain macam. hehehe. 

so, pada mereka diluar sana yang still ada nenek..bersyukur dan hargailah mereka. sesungguhnya orang macam aku ni gila teringin nak berada di tempat korang. :)



Andai itu yang terbaik..~

assalamualaikum..~



“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.


bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka


bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya


bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa


bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami


jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”


taken here.


[google]




Saturday

doa buat kawan.

assalamualaikum..~

Subhanallah..for the last few weeks, keep on dengar kawan-kawan  menamatkan zaman bujang dan melangkah setapak ke fasa baru dalam kehidupan. kedengaran sungguh awesome dan wow pada aku. nak- nak bila mereka ini begitu dekat dengan life aku, lagi la sama naik bergelodak eksaited tu. tapi takpe kerana aku masih sedar diri yang jalan ke arah itu masih panjang. sabar aliya sabar. hee..

mereka nampak sungguh sweet oke. sungguh bahagia. sungguh happy. maklumlah, masing-masing pun dah jumpa pemilik rusuk kiri, jumpa pelengkap separuh dari iman mereka. jumpa imam buat jemaah bersama. jumpa guru untuk tasmik berdua. jumpa suami untuk kongsi kisah suka duka. auch! :)

aku bahagia dan tumpang happy. aku harap pengakhiran jalan cerita cinta aku juga begitu. moga dia juga berani  terus kepada wali aku untuk memulakan sebuah kisah cinta indah buat kami. kisah cinta yang halal. tapi sebelum itu terjadi, dengan 'jarak' yang ada, aku harap dia juga sedang menjaga 'cinta' ini. menjaga kemanisannya. moga kami istiqamah menjaga 'rasa' ini. :)

buat kawan-kawan itu. doanya moga kamu dan pasangan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, mendapatkan keluarga yang sakinah wa rahmah dan bercinta hingga ke syurga jannah. semoga Allah memberkatimu, semoga Allah melimpahkan berkatNya  ke atasmu dan semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. :)


Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in Jannah, together, forever.

Thursday

congrates adha..~

assalamualaikum..~

dulu..masa melalui 3 bulan tu. aku selalu rasa macam takde life sangat sebab every single minutes tu walau kau nampak aku tergolek tapi otak aku keep on berfikir tanpa henti. apa nak buat, apa nak ajar, apa nak disiapkan and so on. tapi Ya Allah sekarang ni..haish! hampir ke tahap tension sebab takde kerja dan duduk-duduk sahaja. pergi kuliah pun bukannya ada kelas sebab dulu masa sebulan sebelum praktikum dah bekerja kuat. jadi, yang tinggal sekarang cuma perkara-perkara picisan di tepi baldi. eh..apa-apa je la. kerja aku sekarang bukanlah tengok running man citer korea tuh tapi dok buat running sleeping-beauty..erk?.elok-elok aku dah selim sikit boleh back to the bulat yang normal cenggini..huff!

by the way, wanna say congrates dear to my lovely housemate and classmate..adha aqilah for her new born baby blog. ouch! takkan la disebabkan aura aku berbelog jugak kot.*mata pusing-pusing*. hehe. hope you will enjoy writing since i love all your words and writing. :) *if anda baca ini..jangan nak riak dan takkabur sangat ok.*


..never too old to learn, never too late to turn..




Sunday

pembetulan dan masa bahagia. :)

assalamualaikum..~

dang! dang! dang! ibarat bunyi mercun tengah meletup mengikut imaginasi dalam kepala aku. hoyeah! selesai sudah satu ujian. alhamdulillah..syukur! 

segala plan hujung minggu ni terabai sia-sia gara-gara last minute punya pembetulan assignment. dam haji betol. ini menyebabkan aku tidak dapat menjejakkan kaki ke jusco bukit tinggi yang aku dengar khabar-khabar angin kononnya sangat best. tak dapat jalan-jalan dengan cik ayu dan mieza yang sebenarnya nak ajak aku stay dekat telok panglima garang sebelum bawak aku besukaria bagai. tak dapat juga jumpa kawan lama yang janji nak belanja eskrem T.T

elok-elok dah ada lah sikit  plan nak siapkan rancangan mengajar semua terus burn dengan kerja-kerja menghadap model-model kajian tindakan. duhh. eh, tapi aku bukanlah nak mengeluh disini. ececeh..

walaubagaimanapun, hujung minggu ni membolehkan aku berkumpul dengan kawan-kawan lain yang dah membawa diri hampir 3 bulan dekat tempat orang. merasa tidur sama-sama. makan sama-sama. penat mengadap laptop sama-sama. sungguh indah momen-momen tu walaupun kejap je. ^.^

kononnya sebagai ganjaran kepada diri sendiri kerana telah berjaya menyelesaikan pembetulan asignment, aku  nak buat kek. omai..memang suka! tapi aku more kepada suka buat, suka makan tu terpaksa fikir semula dan kek pilihan minggu ini adalah chocolate moist tapi kali ni buat jugak dalam bentuk cupcake. yippi! rasa dia sangat happy bila orang jamah dan cakap sedap, tak kesahlah walaupun dia sedang menipu. hahaha.

ganjaran yang hebat juga bila adha, mirah, iman dan izzati nak keluar bersama-sama habiskan saki-baki baucer buku yang ada. heaven sungguh la ada kawan macam korang! serious rasa sangat bahagia.. :) 

sebab tu la aku kata aku bukan mengeluh  pada perenggan ketiga tadi. aku rasa bahagia dengan apa yang Allah beri. peace yaw!!


Saturday

situasi A dan teman baru.

assalamualaikum..~

kalau la blog ni ada perasaan pasti dia dah main hentak-hentak kaki dengan muka paling serius untuk bagitahu tuannya betapa sebalnya dia rasa. tapi sebab kau takde perasaan maka, lantak la kan. haha. menjejak kaki ke hujung april ni bertambah-tambah sebok rasanya tuan blog. praktikum dh sampai penghujung walaupun dah menggelupur tak sabar tapi banyak benda nak kena setel before tinggalkan sekolah. adoi doi doi!

Alhamdulillah..tu ujian Allah untuk aku belajar jadi lagi kuat dan banyak bersabar sebenarnya. banyak sungguh dugaan kebelakangan ni. harap-harap Allah takkan lepas hati aku dan biar aku hanyut. sesakit mana pun pasti keindahan tu akan menjenguk kembali. ouch! apa benda aku mengarut ni.?


hai! itu si teman baru. dangg!! rasa nak tampar muka sebab tak percaya ada peliharaan baru kat rumah. dah la peliharaan lagi besar dari tuan sehingga membawa kepada rasa lemas apabila mahu bermesra. huff..~
tapi harus la korang tahu bahawa ini adalah antara dugaan terbesar yang menyesakkan otak sekali sekala. kadang-kadang bila tidak berada di situasi A kita membayangkan omai..betapa indah dan bahagianya sedang hakikatnya rasa macam nak lari jauh-jauh je. sape nak gantikan tempat aku ni.? angkat tangan laju-laju please!

berada di situasi A membuatkan aku berfikir secara berterusan. banyak dugaan dan cabaran yang akan datang, banyak benda yang perlu aku siapkan mental dan fizikal, banyak perkara mungkin terabai andai aku tak pandai kawal diri dan yang paling aku takut adalah seandainya situasi A ini akan membawa aku jauh dari Allah. Astaghfirullah..sungguh tak sanggup rasanya nak terus fikir.

moralnya. sila bersyukur dengan apa yang kita ada.



sekadar untuk tatapan.
nah..ini anak kecil bijak dari suku kaum asli. belajar rajin-rajin sayang. :)


Monday

Jangan Berdendam.


assalamualaikum..~

pheww..~ hilang segala degap-degup jantung yang buat pecutan pagi tadi gara-gara kena handle assembly. haha. bunyi cam gempak je padahal hakikatnya hanya membaca buku Mutiara Budi je untuk tatapan si telinga budak-budak. cehh.

Topik minggu ni Jangan Berdendam. apa la gamaknya perasaan korang sebagai manusia yang berdiri gagah kat atas pentas tuh dengan penuh keyakinan bagi speech dan tiba-tiba bila mintak kasi sekeping dua respons tak ada balasan dari audiens. ciss! ciss! boleh bagi drop my waterface betol ni. dah la depan gb dengan penolong kanan segala.

ini boleh mendatangkan dendam kesumat dekat hati cikgu!

astaghfirullah hal azim..~

tapi tak jadi berdendam bila dapat motivasi pagi secara live dari gb. sungguh prihatin Allah saja yang tahu. terus bersemangat nak membuat kerja di pagi hari. cewaah!!

mai sini kita kongsi sikit ilmu.
- manusia punya pelbagai perasaan spt rindu, marah, gembira, kecewa dan lain-lain.
- manusia yg suka marah ni at last akan sakit hati dan berdendam.
- orang yang suka marah ni syaitan suka sebab dia boleh menghilangkan segala kebaikan yang pernah dibuatnya.
- tanda seseorang itu suka berdendam, dia pasti akan ucapkan 'padan muka' apabila sesuatu malapetaka atau musibah menimpa pada yang lain. Sebaliknya, merasa sakit hati bila yang lain mendapat nikmat Allah.
- selalunya hidup mereka tidak tenteram, susah memaafkan orang lain dan susah meminta maaf.

jadi, mari berfikir sejenak..
adakah kita tergolong dalam golongan ini?

renung-renungkan..~


Saturday

Subhanallah..


assalamualaikum..~

apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. :)


alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui kisah dan jalan cerita terbaik untuk hambaNya. apabila aku redha, dia kurniakan pelbagai kebahagiaan yang tak disangka. dicorakkan senyuman pada hati dan bibir ini hingga kadangkala terasa sungguh manis buah hasil ujianNya yang diturunkan walaupun saat melaluinya terasa sungguh perit.

..Subhanallah..

Wednesday

Banting. terima kasih!


assalamualaikum..~

alhamdulillah. masih terjenguk ruangan ini. bukanlah busy sangat cuma mahu lebih masa untuk diri. menambah dan memperbaiki lifestyle.cewah.. ;p

hari ni mengajar tanpa partner yang jatuh sakit semalam. kejutan istimewa dari pensyarah pembimbing yang datang mengejut. budak-budak prasekolah yang masih dalam mood lemau cuti seminggu. tapi istimewanya dapat gOodie bag special dari Cikgu Ariff salah seorang cikgu kat sini yang baru balik umrah.

alhamdulillah, terharu sangat. tak sangka pulak akan dapat memandangkan kami hanya berstatus guru praktikum je. malah, seluruh warga sekolah melayan seolah-olah we belongs here. ouh! so suweet!! kenangan paling hebat dalam kamus hidup bawah perkataan praktikum. :)

Tuesday

al-fatihah..buat kamu kawan.


assalamualaikum..~~

pertama sekali, mari kita sedekahkan al-fatihah buat kawan satu batch di maktab saya. Wan Ahmad Hilmi bin Wan Muda. :)

kami tak rapat. kami tak selalu bersapa. kami tak satu kelas. tapi kami adalah satu saudara sesama islam yang sedang berusaha menjadi pendidik generasi akan datang.

dia baik, suka mengusik, nakal, ramah dan happy go lucky orangnya.
pendek kata, sangat menyenangkan hati.

tapi sehebat mana pun kita sayang pada manusia, hebat lagi sayang Allah pada hambaNya. mari kita doakan kesejahteraan beliau disana. semoga pemergiannya memberi peringatan bahawa kita jua tetap akan pergi suatu hari nanti.

semoga roh kamu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman kawan. amin.


*mari sama-sama muhasabah diri *


Friday

Banting. masa bersama kak mis..


assalamualaikum..~

hari ni apabila budak-budak rumah pulang ke bangi, aku dan anis memilih untuk stay di bumi banting tersayang. minggu depan tetap balik demi maktab tercinta punya simposium apa ntah.

jadi, selepas tidur nyenyak dengan dodoian hujan yang lebat di luar kami memilih untuk mencuci mata di pasar malam bukit changgang. tapi bukan berdua sebaliknya disertai oleh tuan rumah iaitu kak mis. berjalan dan bergurau senda di pasar malam ibarat itu memang tempat permainan kami. cehh..

berkenalan dengan encik nagasari. *hai awak! pewiitt!*. merembat tudung hijau buat pakai jalan-jalan. merasa cendol orang banting yang kaww! serta membantu kak mis mengangkat barang :p . haruslah membantu mereka yang memerlukan. lagipun, kak mis yang baik telah belikan anggur dan epal untuk adik-adik berdua ni. hehe. alhamdulillah.

sebentar tadi baru usai belajar menganyam ketupat bersama keluarga kak mis. memang terasa seperti seorang loser dan slow learner yang sejati. (-.-') nasib baik kak mis seorang yang penyabar. dan sebagai membalas jasa beliau maka, aku pun berjaya menganyam dua ketupat dengan bimbingan beliau. aminn!! itu pun setelah banyak kali diperli oleh si budak kecil syawal yang hebat menganyam ketupat dari aku. grr..!!

walauapaapapun..

alhamdulillah..~ terima kasih Allah! terima kasih kak mis!

sunggguh indah hari yang dilalui. :)


Tuesday

heaven!


assalamualaikum..~

oh sungguh heaven hari ini. eh! heaven sangat ke?


hari ini akak PPM masakkan bubur nasi dia yang super sedap tuh. betul tak tipu. partner aku makan bertambah walaupun dia tak sihat. rahsia bubur tersebut adalah pada cara memasaknya. beras tu direndam semalaman. masa rebus air tu, masukkan bunga lawang dengan kulit kayu manis. then, masuk bahan-bahan yang lain. ketika memasak boleh la masukkan minyak bijan. hohoho. marvellous! rasa macam nak try sekali. tunggu bila dah lapang dan bersedia nanti.

hari ini berjalan-jalan shopping di pekan Banting. eceh! selama ni tak menghargai pun duduk bandar. sejak bermastautin jadi orang sini sementara waktu, pergi pekan itu dah rasa sangat heaven walau susah tak ada shopping mall yang besar-besar. first, pergi kedai TOP. ini bukan kedai jual baju dan kain tapi kedai jual alat tulis dan keperluan pelajar serta guru untuk belajar dan mengajar. then, jalan-jalan lagi masuk kedai pengantin cari span untuk boneka kawan. masuk kedai dua ringgit untuk beli sticker hias fail dan portfolio. perut rasa sebu pulak sebab tak makan tengah hari tadi. jumpa kedai aiskrim, masuk dan pekena eskrem vanila coklat. dua scoop pulak tuh. heaven!!

kemudian on the way balik singgah makan, pekena pulak ABC dengan koay teow tomyam. hoOo.. macam padang pasir bertemu antartik. panas bertemu sejuk. pastu sakit perut sebab overload. makan tak ikut sunnah gitu la jadinya. padan muka aku! dah balik pulak layan cerita 'Vanila Coklat'. mentang-mentang esok tak kena ngajar. siap boleh taip entri ni lagi. relax sungguh.

eh, cuba korang kira dah berapa kali aku sebut heaven tadi? haa..tu je sebab aku tulis entri dengan tajuk demikian.

nak pergi cari kerja berfaedah. kbai.


Thursday

Air terjun Sempeneh.


assalamualaikum..~

masihkah anda ingat tentang janji ingin bercerita mengenai air terjun Sempeneh beberapa entri lampau?

ini air terjun yang sungguh ohsem. kenapa? kerana airnya sungguh sejuk hingga ke tulang tetapi sekali masuk tak mahu keluar dari air walaupun kulit bertukar warna dan badan menggigil. tapi, bila dah keluar mula la perit tekak. sakit. efek mungkin berbeza mengikut individu.


ini candid.tak dalam pun air tapi saje hiperbola beraksi.

satu dari pemandangan indah ciptaan Allah. :)


sebenarnya tak banyak gambar sebab no volunteer. semua nak main air. kamera je main sorang-sorang. :p yang buat aku dan adik-adik teruja adalah motor pak cik jual satay ikan. turun dari kereta je semua bluetooth isyarat yang sama. tapi mak ngan abah telah membantutkan niat dengan menyuruh kami mengambil makanan berkhasiat yang telah dibawa. frust! tapi before balik dapat jugak beli dengan abah sebagai sponsor. hehe. best kot! teringat zaman dulu-dulu. memori satay ikan.

tempat ni dekat Batu Kurau, Perak. tak jauh dari pekan Kamunting. aku sering beranggapan bahawa Batu Kurau dan Kuala Kurau itu duduknya sebelah menyebelah walaupun tak pernah nampak signboard. rupanya dua tempat berbeza yang tak berkait. ceh. nasib dulu geografi dapat B, takdela malu sangat.

untuk info lebih lanjut dan tempat, sila layari gOogle oke. =D kbai.


Wednesday

hati bak agar-agar..


assalamualaikum..~

perempuan dan hatinya yang lembut bak agar-agar tu memang biasa la kan. sebab tu kalau terguris atau tercalar ada sedikit efek. mula la tak tenang hati sampai kadang-kadang tidur pun jadi tak lena sebab teringat-ingat benda tu. kronik. tak pun buat muka keras depan orang ramai. haha. jenis aku memang senang la nak detect sebab air muka aku tak pandai menipu. ciss. itu kata kawan aku. kata aku, rasanya dah habis palsu aku senyum dan cuba tutup.

tapi sampai mana la sangat kan nak bawak perasaan macam tu. tak ada kebaikan. maka, maafkan si dia dan tenangkan hati. insyaAllah, hati jadi tenang dan senang. zikir dan selawat banyak-banyak. sentiasa positifkan diri tak kisah la apa-apa pun yang jadi. sebab aturan Allah itu sangat cantik. eh, serious tak tipu. banyak sangat dah yang jadi sekeliling aku dalam jangka masa singkat ni yang buat aku makin percaya perkara tu.

so, kalau rasa hati tak cukup kuat. jom baca doa ini:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, ubun-ubunku adalah dalam genggaman-Mu, berlaku hukum-Mu ke atasku dan ketentuan-Mu adil kepadaku. Aku memohon daripada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, jadikanlah al-Quran itu penyejuk jiwaku, menjadi cahaya petunjuk dalam dadaku, menghilangkan kesedihanku, menghilangkan kesusahanku. Ya Allah, hilangkanlah kesusahanku dan gantikan kesedihanku dengan kebahagiaan."


:)

Tuesday

Banting, the second..


assalamualaikum..~

hai anda yang sedang lalu atau terbaca entri ini.. apa khabar?!

hopefully..baik-baik saja.

cuaca di banting sangat panas. tambahan pula, menetap di rumah berasaskan papan so, korang faham-faham la betapa berbahangnya kami insan-insan di dalamnya. oleh kerana cuaca dan keadaan persekitaran, aku telah jatuh demam dan selesema. ouh! sungguh tak seronok sakit di kala baru 3 minggu menjejak sekolah. rasa sungguh tak cool.

duduk di sini aku melihat potensi yang cerah untuk hidup yang lebih sihat. bukan sahaja kerana suasana dan persekitaran tak tercemar malah, kami kerap berbasikal untuk ke kedai fotostat dan bermain badminton di petang hari. influence siapakah? haha. hasil pemerhatian terhadap anak-anak tuan rumah. jadi, demam pun tak mampu hinggap lama-lama.

eh..hari tuh tuan rumah ajak pergi majlis berinai anak sedara beliau. apakah yang terlintas dan terimaginasikan oleh kamu saat mendengar perkataan 'majlis berinai'? pasti majlis tersebut secara kecil-kecilan dan bakal pengantin diinaikan. walhal, realitinya wahai kawan-kawan adalah sebaliknya. ketika kami sampai, sangat terkejut kerana pengantin sedang bersanding di atas pelamin sambil sebok ber'photoshoot' dengan saudara-mara terdekat. oke, itu rupanya majlis berinai. aku kena banyak membaca pasal adat-istiadat melayu. hee..~


'Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian'





kahwin muda


assalamualaikum..~

it's not desperado babeh! it's call needy.

a woman need a man to complete her. same goes to a man.

berkahwin di usia muda bukanlah satu penghalang.

bukan juga satu kemestian melainkan adalah satu pilihan.

************

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."

oke, itu pilihannya. :)
saya mahu seorang suami.



p/s: agak-agak mak cepuk tak kalau minta nak kahwin muda?

Monday

Banting, for the first..


assalamualaikum..~

akhirnya setelah bermimpi-angan-fantasi tentang Banting, here i am. ini bukan first time sebab before nih dah pernah menjejak Sungai Lang untuk program Bina Insan Guru (BIG). tapi kali ni untuk praktikum, for sure feeling dia sangat tidak sama. can't even pick a word to describe it.

mungkin disebabkan ini hari dan malam pertama serta first time meronda tengok persekitaran so, ada sedikit perasaan sebak menahan air mata. maybe aku tak cukup tau lagi maka, perspektifnya kurang mantap.

walaubagaimanapun, mari kita mempositifkan diri! *muka bersemangat*. banyak perkara dan pengalaman yang baru aku akan tempuh. kali ni duduk dengan kawan-kawan yang hebat dan banyak idea yang melimpah-limpah mereka yang aku boleh tadah dan tapis-tapis. hehehe. duduk luar dan berkongsi rumah dengan tuannya so, kena banyak tahan-tahan perangai bengong yang boleh membawa kemudaratan di kemudian hari. upgrade sikit praktikal bab manners and sosialisasi.

sila tunjuk muka kagum! aku mungkin dapat belajar budaya dan bahasa baru disini. bukan setakat berdepan dengan orang-orang Jawa bahkan, aku adalah insan terpilih dan memilih untuk mendekati orang Asli. :) cuma anda diluar sana tak perlu cuba berimaginasi lebih-lebih. ini orang Asli yang sudah moden dan hebat. tidakkah anda rasa sedikit awesome disitu?


'tak kenal maka tak cinta'


p/s: sudah mahu beradu demi kesegaran hari pertama di SK Bukit Tadom. hahaha. kg labohan dagang! berikan mimpi indahmu.