JellyPages.com

Thursday

Beauty Contest from Aina Rahman


assalamualaikum..~

this time about contest. 
macam tau-tau je aku gedik nak join.
baru pasang niat semalam, hari ni dah kena tag.
tu la namanya rezeki. alhamdulillah.

jom usha sama-sama..




contest Kak Aina yang gorgeus.
tukang mekap la pulak kan.
mana la tau kot-kot menang
baru la jadi fairytale betul
fairytale apa?!
alaa..yang ugly duckling bertukar jadi swan tuh.
hamboiihh..over berangan!
cepuk kang ~!

kalau nak tau pasal contest ni
sila layari link dibawah

Aina Rahman

baru la thrill sikit kan.
kalau cerita semua nanti tak suspen sangat.

insan-insan terpilih sekalian..~
jenguk-jenguk la yer

Mishie Yuki
Cik Anis
anismelon
Cik Sha




Tuesday

tahniah kawan..~


assalamualaikum..~

buat apa hari ni ea?!

membilang-bilang kad kahwin yang banyak dalam rumah ni.
agak sengal disitu.

point utama adalah nak wish bakal pengantin


CONGRATULATIONS!!

untuk semua yang bakal akhiri zaman anak dara/teruna.
especially to my long-no-see-friends.

still tak tau until dapat sms dari my bestfriend.
cakap kawan kitorang dah nak kawin.
akad nikah 17/12 ni.

kitorang rapat masa baru menginjak menengah bawah.
tapi naik je menengah atas dia pindah ikut family.
so, start la hikayat lost contact terus.
sampai la jiran bestfriend tu belajar satu tempat dengan dia.
baru dapat contact balik.

dulu selalu bising teka sape yang kahwin dulu.
so, i guess kitorang dah dapat jawapan.
antara kami bertiga dia dulu yang jadi isteri orang.
hebat betol..~





Thursday

happy birthday angah..~

assalamualaikum..~

hey hOi..!!

aduhh..! lambat lagi update entri.

biasa la orang busy belajar jadi suri rumah tangga. 

panggg!!
oke..dah kembali ke dunia nyata!!

hey angah..~~

HAPPY 21nd BIRTHDAY!!

besar sudah adik ayong yang senget sorang nih.
belajar jadi budak baik dan rajin.
belajar jadi ayu sikit.

semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur kamu sayang!
semoga semua impian dan hajat kamu bakal tercapai.
semoga happy dan ceria selalu. :)

^^

Saturday

Hyoyeon.SooYoung.Seo Hyun.


assalamualaikum..~~

hey si cantik dan si kacak semua..~~
sape kenal kumpulan HOT korea SNSD?!

xkenal?!
Girls Generation kenal?!
nama lain bagi kumpulan tersebut.

tak kenal jugak?!
sila baca saja entri ni diam-diam. : p

 meet the lovely girl..aww!~~
..SNSD..

 ..hyoyeon..
favourite adik aku no.2
awek chantek ni adalah penari utama SNSD.
muka dia kalau perasan macam Song Hye Kyo.
adik aku kata, dia cute dan lawak.
sebab tu la dia minat.
okey a~nyah!! :D

..SooYoung..
ni pulak favourite adik aku no.4
kaki dia adalah paling chantek dan dia ahli paling tinggi dalam SNSD.
bagi aku, dia comel dan dia sangat pandai buat imitation.
kalau tak percaya cuba search kat youtube.
confirm penat korang gelak golek-golek.

..Seo Hyun..
ni confirm la favourite aku.
maknae SNSD atau bahasa Melayunya paling muda.
bagi aku, dia cantik, pandai jaga diri dan unik.
orang yang paling dia kagumi adalah Ban Ki Moon.
Secretary-General of UN. hoho!~
aku sangat suka rambut dia! HEHE.


ni gambar masa rancangan 'Hello Baby'

kumpulan ni baru buat comeback..tengah meletop dengan lagu 'The Boys'.
chantek mv tuh. cuba tengok kalau tak percaya.



p/s:  hy~un di bahagian sidebar ni adalah Seo Hyun. kalau anda perasan!

makan ketam..yummy!!


assalamualaikum..~~

[ihsan cik goOgle]

yummy! yummy!
korang kesah atau tak ~ aku tetap nak cakap
aku dah craving untuk hidupan ini selama satu semester.
kalau pergi pasar hanya mampu tengok je. sob3.
sebab aku tak reti masak ketam. tapi ia sangatlah menggoda.

setelah bersusah-susah dahulu simpan perasaan 
akhirnya semalam aku bersenang-senang dengan ganjarannya.
memang sangat ohsemm dapat makan ketam.

bukan main jauh sampai ke Kuala Perlis kau.
padahal ketam kat pasar dekat rumah pun ada.

cehh..~
banyak cekadak pulak aku nih..
impian aku ditunaikan pun dah cukup bagus.

makanya..
semalam memang makan ketam dengan bersungguh sampai kenyang.
sampai terkepit lidah aku kat kulit dia.
kebas seminit dua pastu aku sambung balik makan.

abah dah senyum-senyum tengok
gamaknya dia bermonolog dalaman
'teruk betul perangai anak aku sorang ni'

memang sangat terBAIK lah semalam.
sotong dengan ikan pon ada.
tapi maaf, aku hanya setia pada ketam.
jadi, adik-adik aku memberi laluan kepada
kakak mereka untuk makan apa yang disukai.
terharu... ~~

disebabkan itu,
aku mampu tidur dengan lenanya.malam tadi..

^^

Friday

meet hijrah..~


sila uji ingatan anda..~
masih ingat entri mengenai budak kecik?!

xhengat?!
sila godek entri lampau sendiri. terima kaseh.

kali ni jom berkenalan dengan budak kecik tersebut.


ini hijrah.
budak kecik banyak perangai.
semalam berguling dekat tong sampah.
sebab?!
aku tak nak amek gambar dia banyak-banyak.
ceh..~

hari ni tercekik gula-gula.
tetiba je padahal takde sape-sape kacau.
huff..

back to the gambar..~
ni masa bawak dia bercuti tengah tahun ni.
yang dia tau keje nak terjun masuk kolam renang.
dalam atau tak belakang kira.
kalau tak bagi confirm satu tempat tuh boleh dengar dia nanges.
balik-balik kitorang gak malu.
so, takde pilihan kena jadi pak turut.
grr..~~



budak kecik dengan mama angkat dia. HAHA.
sikit-sikit cari adik aku yang nih..
disebabkan tak pandai sebut 'angah'
maka, dia panggil adik aku 'a~nyah'
suka suki betol.
aqila tukar jadi 'tya'
abot bertukar jadi 'abok'
nasib aku dia boleh sebut ayong. 

walaupun banyak kerenah buat orang geram
tapi orang dalam rumah aku ni still maintain sayang kat dia.
apa rahsia kau budak kecik..?!!~

^^

happy birthday iman..


assalamualaikum..~

bertemu lagi jumaat yang indah..alhamdulillah!!~

pada yang pergi mengadap Ilahi..iringi mereka dengan al-Fatihah bersama-sama.

buat yang menyambut ulang tahun kelahiran, happy birthday yaww..~

walaupun terlewat tapi masih mahu buat entry istimewa untuk this girl.

sape?!

the special person yang melengkapkan perjalanan cerita hidup ini. 

 berhenti ayat skema!!~

oke..sila terjah cik iman kalau nak kenal beliau lagi.

hey iman!!~ 
happy 22nd birthday girl..~~!
apa wish untuk umur baru ni?
xkesah lah walaupun kamu hanya akan ada 30 hari lagi 
sebelum menambah satu lagi angka kat belakang tuh.
chill babe..~!

semoga kamu akan terus dimurahkan rezeki dan panjang umur.
sentiasa Allah limpahkan bahagia dan kasih sayang.
sentiasa cantik dan awet muda!~ HAHA.

kalau nak taw, beliau ni ratu adobe kat kelas aku.
hasil kerja  beliau memang marvellous lah.
beliau juga pandai handle sesuatu perkara spontan.
emm..paling aku suka kalau dia berlakon depan orang ramai.
HAHA..~ terBAIK!

again girl..~
happy birthday..