JellyPages.com

Thursday

to be loved.

assalamualaikum..~


apa rahsia untuk disukai dan disenangi oleh orang di sekeliling kita? jadi diri kita sendiri. tapi kita selalu terlupa benda tu. kita terlalu suka untuk meniru dan menjadi seperti orang yang kita minati, sukai dan idolai (?). kenapa? sebab kita harap kita juga akan diterima seperti dia itu. alahai,mungkin kita diterima, mungkin juga tidak tapi kita akan kehilangan sesuatu yang dipanggil identiti diri. sebelum ni dan sampai sekarang, aku sangat suka maknae SNSD, Seo Hyun. pernah la terbabas semua benda nak jadi macam dia, nak tiru dia sampai la satu tahap start sedar diri yang penat rupanya cuba jadi orang lain. just jadi diri sendiri and that’s better. ambil the positive side that can inspired you to be a better person and fill the part that you still lacking. so far, she inspired me a lot in every perspective but i’m not going to be her clone cause i have my own personality. but lately my youngest sister keep telling me that i’m a little tomboyish and sometimes look likes a gangster that contrary with what my friend said. how come. tapi aku admit la aku memang suka girl yang tough style pastu cam gila-gila sikit tapi at the same time still feminine dengan gaya ketimuran dia. that’s why aku suka tengok perempuan Jepun dengan Korea. ahaks. itu mungkin mempengaruhi. sama la jugak macam masa aku study dulu. ada la sorang kawan ni yang aku suka personaliti dia dan selalu cuba untuk be like her. cuba bayangkan dah kalau dia dipenuhi ciri-ciri gadis yang disukai ramai dan punya banyak kelebihan, mesti la orang suka. masalah yang timbul adalah aku tak dapat tipu diri untuk jadi budak baik sebab aku berkecenderungan untuk jadi budak nakal. paling sedih adalah apabila bercakap soal kelebihan yang sampai hari ni aku tak dapat figure out tapi aku syak aku mempunyai kelebihan dalam meng’annoying’kan manusia disekeliling aku. (*-^)V     setelah disimpul dan konklusikan, pengajarannya adalah tetap jadi diri sendiri. biar orang sayang dan suka kita sebab diri kita bukan sebab kita adalah klon manusia lain and to be loved, kita pun kena la berusaha menyenangi dan menyayangi orang-orang itu juga walaupun kadang-kadang rasa nak mengumpat dan memaki beliau bertimba-timba dalam hati. hehe.  i wish to be loved by everyone in 2013. ihikk! ^_^

Sunday

#seafood yang mengecewakan.

assalamualaikum..~

rasa macam terimbas pulak detik-detik penghujung usia tahun 2011 dulu. aishh..kat Kuala Perlis ni jugak aku ngan family bertapak. masa tu sebab parents aku nak ke Langkawi membeli kelengkapan dapur. aku ngan adik-adik semua sepakat tak nak ikut sebab dah tau macam mana mak kalau shopping..hihi. kami cuma kirim sepam dua coklat buat penyedap anak tekak je. malamnya kitorang bagaikan lupa daratan menikmati makanan laut yang ada kat depan hotel. kitorang duduk Putra Brasmana Hotel sebab kedudukan dia agak  strategik. malam-malam boleh naik kuda menyelusuri jalan berdekatan , tu pun kalau korang tahan la bau dia. aku tak jadi naik pun sebab tak tahan bau aroma segar dia. tu tahun  lepas, tahun ni kitorang datang just sebab nak makan makanan laut yang akhirnya menyebabkan kami terdampar kekecewaan. mungkin kedai yang kitorang pergi tu tak sama walaupun dalam kawasan yang sama..grrr! kecewa gila kot walaupun impian nak makan seafood tu tercapai..redha je laa walaupun aku belasah gak sepinggan ketam tanpa belas kasihan. bangun pagi ni tiba-tiba mak cakap nak pergi Padang Besar..hoyeah!! terubat rasanya perasaan tu. hehe. jom shopping! i loike..~

Thursday

12.12.12

assalamualaikum..~

 hari ni dah masuk tarikh lain tapi tetap nak update pasal tarikh yang semua orang dok sebuk-sebuk konon sebab cantik uh..12/12/12. ada yang kawen, beranak, buat pelaburan masa depan, start something new atau buat move kat crush. erk? ada ke? tak kesah la yang penting semua orang happy. 

mula-mula, terfikir jugak should i do something meaningful today? ok la, pastu konon nak decorate bilik since dah khatam few Impiana and Anjung Seri magazine and kebetulan memang tengah nak bagi new look kat bilik tuh. dengan semangat yang penuh membara masuk bilik tengok adik-adik tengah lepak tengok Running Man, ehh..cam best pulak. duduk la tengok konon satu dua episod. pap! sekali tengok berepisod-episod siap tolak pelawaan mak untuk makan lagi. alih-alih bila dah siap nak pergi makan, abah balik and suruh siap-siap untuk teman tok wan jumpa dokter!! pheh! tension seminit dua. tapi lepas tu laju-laju bersiap dengan harapan sempat makan gulai lemak sebelum pergi hospital, nasib sempat. bila dah pergi hospital macam blur pulak tak tau nak buat apa since i never accompany him for his appointment before, haish.. actually tak lama macam yang dibayangkan pun sebab patient tak ramai mana. habis je semua urusan, tok wan ajak makan eskrem. ecehh..ini sungguh cool ok! cool! tapi aku yang cuak mula-mula sebab betul ke tok wan boleh makan? dah la depan klinik yang dia buat check up kot. tapi aku beli jugak makan sambil berlibur. balik rumah sambung aktiviti tengok cerita Secret Garden. ini bukan Secret Garden Korea tapi Secret Garden Singapore mari. aku dengan tya memang suka citer ni sebab kita bukan je menonton citer menghiburkan hati tapi dapat belajar mengenai jenis-jenis penyakit gangguan jiwa dan macam mana penyakit ni boleh terjadi. serious menarik sebab bila dia nak buat penerangan pasal punca penyakit, dia akan buat dalam bentuk lukisan yang cute. so, senang la kita nak faham. malam dah takde aktiviti yang dibuat sebab aku sakit kepala dan tidur awal. hehe. 

lastly, aktiviti mendecorate pun terpaksa ditangguhkan ke lain masa. hmm, biasa laa..







Friday

tahniah hero kecik.

assalamualaikum..~

homaii..rindu sangat dengan blog. banyak citer rasa nak tulis kat sini sepanjang cuti. tapi apa kan daya, internet slow macam siput gondang. grr..!! daripada tiap-tiap hari sedekahkan kata makian depan laptop wajar lagi pi buat kerja lain. huu. sesiapa ada kerja-kerja kosong part time? nak apply boleh?  hehe. sebelum internet ni bergondang-gondang, i would like to congratulate my adek bongsu here. kekeke.


dear my hero kecik, tahniah for your 5A result. thanks untuk suprise yang tak dijangkakan tuh. you're the best! ^_^


Sunday

#berita gembira


assalamualaikum..~

Alhamdulillah, siap akhirnya mengedit AR untuk final before dijilidkan. hehe. tak sabar-sabar rasanya nak hantar sebab tak mampu dah nak menghadap dengan penuh ketekunan dan ketenangan. :p esok final paper dan satu apa pun tak sentuh lagi melainkan jeling-jeling sayang dengan tajuk-tajuk dalam proforma je. haish. dalam hati dok dup dap dup dap dah. esok hari paling serius. adakah saya akan seserius itu juga? ^_^

malam esok farewell party dengan junior pulak..hoyeah! bestnya. seronok bila attend benda ni. dah la dapat beramah mesra dan pakai chantek-chantek. dapat pulak makan sedap-sedap. double happiness. ihik. kalau dapat hadiah kotak besar mesti lagi best. overboard. ni la namanya bagi betis nak peha. hehe.

untuk adik lelaki yang suka buat hensem, happy 18th birthday dear..~ may Allah bless you, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam ketaatan. :) tahniah untuk the best birthday present of this year. belajar rajin-rajin and do the best. untuk my mom yang tengah bergembira dengan pertukaran sekolah tu, tahniah! selamat menyesuaikan diri dengan sekolah baru. :)





Tuesday

Going Back

assalamualaikum..~


i'm coming home! i'm coming home! yabedabedu...~

frankly said, i didn't give a thought about going back to Penang..dear, it's my study week kot and even both my parent said it's okay to stay and study rather than i'm going back, no study, tired and then potpetpotpet here and there. yeah, its so me :p baik duduk bangi je.

but last minute, my friends said that there was a gap between my exam and my lovely kissm exam so, why don't i going back and have wonderful aidiladha there. for that reason now, here i am. kl sentral, my never-get-bored transportation. haha. after a few year without family in aidiladha so, here it come at the seriously great  end of the last semester. hehe. such a joy u know.

i hope i can study at least a few chapter. hopefully my adik-adik didn't try incited me in anything. your kakak want to focus la dey! i wish. i wish and i wish i can do that. 





p/s: someone said that she likes it when i write in English. yeah, i know my English is lil' bit mess up here and there but trying is just nice you know. :)

Wednesday

lebih baik diam.

assalamualaikum..~



saat bibir ini lelah untuk berkata
saat ini pula mulut ini diam tanpa kata..
saat bibir ini kelu untuk berbicara
saat ini pula ku harus diam
karna semua tak bisa di terima..

buat apa aku berbicara
bila kau tak bisa menerima
buat apa bibir ini menyapa
bila kau tak peduli dan hanya diam tanpa kata

selama ini aku menyapamu
itu karna aku sayang sama kamu
selama ini aku selalu berkata baik padamu
itu karna aku ingin mengerti kamu


tapi sekarang aku lebih baik diam
dan tak akan pernah mempedulikanmu lagi
itu karna aku sudah lelah
karna semua pengertian yang tulus yang kuberikan
tak pernah kau hargai sedikitpun.

by him



lebih baik diam tanpa kata, daripada banyak berbicara tanpa makna.