JellyPages.com

Tuesday

menaruh harapan.


assalamualaikum..~

dear! aku membayangkan bahawa cuti seminggu kat rumah ni akan dipenuhi dengan waktu aku belajar dan mengadap buku persis seorang nerd sejati. tapi sungguh kuciwa hatiku kerana menaruh harapan terlalu tinggi hingga kumulunimbus sana. sobsobsob. dari hari ahad sampai hari ni, jangan kata nak pegang buku, tengok pun tidak lagi. esok nak berpiknik dengan family tersayang dan haruslah aku akan beraksi letih lelah ibarat bekerja di ladang balak walaupun realitinya aku hanya bermain dan berendam di air terjun. -.-'

oke..frust sekejap!

fine! kena kerah usaha yang ada untuk susun semula jadual. i don't have enough time kalau semua benda pun nak tunggu last minute. so, yeah..anda di luar sana, sila jangan mencontohi sikap saya yang satu ini. ;p



"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."



p/s: aku pernah cakap pasal air terjun Sempeneh yang aku janji akan update sekiranya menarik. yes, tempat tu best dan will be update soon, insyaAllah.

Saturday

tinta.satu.





cinta itu takkan pernah datang bergolek andai kau tidak mahu membuka pintu hati.

:)





Thursday

sabar dan berlemah -lembutlah sayang..


assalamualaikum..~

Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wassalam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran dan lemah-lembut ." [Riwayat Muslim]

sentiasalah bersabar dan cuba untuk berlemah-lembut dalam apa jua keadaan sekalipun. walaupun pada masa yang sama kamu merasa sangat marah atau sedih kerana Allah sangat menyukai dua perkara ini. ayuh!! kita sama-sama tempatkan diri di antara mereka yang disukaiNya. mulakan dengan bertatih-tatih dahulu sebelum kita mampu berjalan dengan baik kelak kawan-kawan.

andai masih goyah lagi, sentiasa ingatkan diri bahawa Allah sedang menguji kekuatan diri maka, tunjukkanlah usaha terbaik kita yang mana di kemudian hari mampu buat kita tersenyum.

jika hati masih belum pasti, berpeganglah bahawa orang yang diberikan musibah atau ujian pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. kerana Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. :)



Wednesday

realiti hidup semester 7


assalamualaikum..~

apa khabar si chantek manis dan si tampan sekalian!

sangat rindu untuk menulis namun, tak berdaya dengan kekangan masa dan timbunan tugasan. ni pun sekadar curi masa rehat kejap. almaklumlah..perlu cover semua topik sehabis daya dalam masa sebulan nih maka, semua pun dah lembik mengejar tugasan dan memerah daya tumpuan yang tak berhenti. oke..sekarang dah faham macam mana rasanya mempunyai hidup yang sibuk dan tertanya-tanya macam mana manusia lain susun jadual supaya takde yang terabai..huff~~

disebabkan penggunaan kognitif yang lebih berbanding sebelumnya maka, aku mempunyai daya ingatan yang semakin kurang mantap. aku mempunyai kecenderungan untuk lupa perkara-perkara penting. hari aku patut hantar translation slide, aku lupa bawak pendrive dan menyebabkan proses print ditangguhkan. aku selalu lupa mana aku letak barang-barang then, tension sebab cari tak jumpa.

memandangkan ni tahun terakhir bergelar student, haruslah tumpuan lebih tanpa boleh main-main lagi. macam tak percaya yang aku senior paling senior kat maktab tuh. kalau tengok aku dengan muka nerd yang serious maka, korang cuba la elakkan mendekati aku untuk perkara-perkara tak berfaedah. haha. sedang belajar serious.

disebalik semua dugaan ni..ada satu perkara yang buat aku mampu tersenyum dan sangat bersyukur. Oke..mengaku siap-siap yang aku memang masih banyak kelemahan dan sedang merangkak-rangkak dalam proses penghijrahan dan membaikpulih diri. tapi tak sangka masih ada insan yang menjadikan aku inspirasinya untuk berubah. Alhamdulillah. moga aku dan dia istiqamah! :)

sekarang..kembali ke realiti. harus siapkan proposal untuk kajian tindakan sebelum dapat pegang segulung ijazah.. yuk capai impian kegembiraan ibu ayah dan masa depan!! :)


p/s: doakan aku berjaya harungi tahun akhir ni. :)

Sunday

My first 2012 day.


assalamualaikum..~

selamat tahun baru 2012 si manis dan si tampan semua!

apa je program di hari pertama tahun 2012 ni?

bershopping sampai lebam? berjalan sampai longgar lutut? takde apa-apa?

whatever yang korang buat hopefully buat korang happy oke. as for me, aku sambut tahun baru dengan mengemas rumah. ececeh..bunyi dah macam anak dara good-good je kan. eh..harus lah kan? 

sebenarnya aku balik awal ke bangi terchenta ni dan disebabkan itu, aku merasa sangat bertanggungjawab untuk kemas rumah bagi pihak housemate-housemate yang lain. lagipun, aku memang takde kerja nak buat pun. dapat la exercise sikit-sikit sambil bersihkan rumah kan? kata nak kurangkan lemak-lemak tersayang! hee..

apa yang menarik untuk hari pertama ni adalah entri sebak-sebak terharu dari cik adik sayang iaitu tya. ouch! touching oke..aku ingatkan kau hanya tahu kutuk aku je. yela..aku kan kadang-kadang perangai macam budak-budak,takde perasaan pastu skema la pulak kan. harus la bangga bila kau nampak sisi emas aku. rupanya takdela teruk sangat aku kat mata kau kan? berair jugak la mata aku ni. tapi bukan sebab entri kau tu tapi sebab mata aku yang bengkak ni hah. adoi! 

anyway, tanpa entri tu pun ayong tetap sayang kau oke budak comot!

and you know what peeps.. my mom had a blog at last! pewwiitt! setelah bising-bising mintak aku buatkan blog akhirnya hari ni dia dapat apa yang diidam-idamkan. boleh tahan jugak impak aku berblog ke atas family aku. ish3.. tapi aku galakkan dorang berblog sebab tak semua benda kita boleh directly bagitau orang lain dan sometimes bila kita tak dapat luah sesuatu pada orang maka, blog boleh dijadikan tempat mengadu. cewahh..~

last but not least,
for the rest of you out there..jom tingkatkan prestasi dan tambah lebih banyak kemanisan dalam diri. :D


Saturday

Bercuti di Perak..


assalamualaikum..~

mood cuti-cuti Malaysia masih tak habis-habis lagi. kali ini di negeri Perak Darul Ridzuan. ececeh..bercuti la sangat kan kat Perak ni padahal balik kampung..[sila lempang-lempang manja.]. As usual kalau balik sini sejak kebelakangan ini untuk menetap di Kurau Stone.





..one of the view..

 Maklumlah..semua dah membesar jadi si teruna dan si dara maka, malu-malu kucing jugak la nak tidur rumah sedara. tempat ni best untuk cuti-cuti rehatkan minda dan sesuai untuk mereka yang gemar memancing. bab memancing, sure inilah syurganya. ikan tak pernah aku tengok yang kecik-kecik. semua tahap ikan stim gedabak kat kedai tom yam tuh.

ops! banyak pulak cekadak dok buat promosi. dah-dah, korang pergi google sendiri pasal tempat ni. actually, selain untuk berehat kitorang akan pergi majlis kahwin anak kakak abah merangkap mak lang di Felda Gunung Besout, Slim River. so, dah pendek sikit jarak yang perlu dilalui and tak lah penat abah nak drive esok, hehe.

the other day pulak mahu pergi mandi air terjun. yippi!! air terjun ni dekat dengan jalan on the way balik rumah opah tapi tak pernah sekali pun lagi kitorang pergi selama dok berulang kali balik. this time mahu pergi cuba Air Terjun Sempeneh. kalau best, akan di rekomen pada next entry. so, wait and see peeps!!

seronok balik kampung abah ni..boleh makan buah-buahan fresh macam durian, manggis, salak and rambutan. ais kacang dan laksa still boleh dapat pada kadar RM1. ehh..terover plak!! 

till the next entry, smile people..~


Friday

1st Giveaway by Anis and Aina


assalamualaikum..~

jeng..jeng..jeng..

another great GA here..!!


seiously gadis-gadis manis serta wanita-wanita elegan di luar sana harus sertai GA yang super awesome nie.
boleh menyesal kalau tak join sebab bukan setakat hadiah dia tersangat la best tapi korang jugak akan diperkenalkan dengan blogshop yang very the best!!

done with intro!! :D

gadis-gadis bertuah, silakan jenguk ----> Ayu Iman Hana Yuki Yuyu