JellyPages.com

Wednesday

yakult.

assalamualaikum..~

from google.


sila lihat botol-botol kecik awesome yang berdiri sebaris kat atas tu. nampak gagah dan perkasa. anda dinasihatkan untuk minum bagi membantu usus anda lebih sihat dan kuat. 

tetiba je aku dok promote menda alah ni pasti buat orang tertanya-tanya. sebenarnya hari ni yakult datang bagi talk tentang kebaikannya pada budak-budak SK Bukit Tadom. aku yang konon tengah sibuk pun dipanggil join sekaki. mula-mula dia promote dan sogokkan budak-budak tak berdosa ni dengan fungsi yakult. pastu ada la sikit tayangan video dan sesi percubaan yakult sebotol sorang. kelas kau budak-budak. vitamin free, susu free, yakult pun free jugak. 

cukup. mari kita ke sesi seterusnya.

tahukah anda?
- yakult mengandungi strain shirota yang berasal dari nama Dr. Shirota.
- dilahirkan di Jepun sejak 1935 dan berusia 77 tahun.
- mengandungi 30 billion bakteria baik.
- membantu bakteria baik melawan bakteria jahat yang menginap dalam usus. *haiyahh!!
- memberikan tenaga untuk membesar. *untuk yang mengalami tumbesaran je. yang lain tak payah nak over.

apa yang terjadi kalau bakteria baik tumpas?
- mengalami keletihan, sembelit dll.

punca tumpasnya bakteria baik?
- makanan yang tak sihat, stress dan berjaga lewat malam.


jadi, dengan meminum sebotol yakult sehari bermakna anda telah membantu bakteria baik di usus anda  untuk berperang dengan si bakteria jahat. apabila mereka menang bermakna badan kita sihat. insyaAllah.

notakaki: semua ayat di atas adalah petikan dari talk tersebut. 

testimoni: aku memang minum si kecik ni atas saranan dokter kerana masalah gastricitis. alhamdulillah, simptom-simptom penyakit berkurangan dan usus menunjukkan petanda positif. perut juga merasa selamat andai tidak makan tetapi disumbatkan dengan isipadu cecair kecik ni. ok, cukuplah tu.



Monday

result

assalamualaikum..~


thanks google..


bila harap semua indah macam fantasi
Allah bagi sikit duri untuk cantikkan realiti
bila letak semua usaha dan laluinya sendiri
Dia bagi kegembiraan yang sangat tinggi.

terima kasih Ya Allah.



#walaupun result saya tak gempak  macam orang lain tapi saya tahu sejauh mana saya dah berusaha. Dan bila Allah bagi saya jatuh, Dia beri peluang untuk saya berdiri juga. how can i deny that Allah love me? tehee.. :)



Friday

last semester.

assalamualaikum..~

genap seminggu menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di maktab semula. so, this semester going to be haunted with extreme rush. seminggu jejak maktab, minggu depan kembali ke sekolah untuk sesi internship pulak sebulan. then, kena settle action research sebab nak rasa pegang segulung ijazah. seriously tu la benda paling menggerunkan sekarang ni berbanding cerita orang nak masuk meminang. ehh. tapi yang pasti, nak guna semester ni sepenuhnya untuk mengaut sebanyak yang mungkin momen indah sebagai student dan sahabat.



let me enjoy this last time to the fullest and grant everything i could Ya Allah.. :)


Wednesday

#1 Pulau Pinang.

assalamualaikum..~


aku sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Pulau Pinang sejak darjah 2 dengan ini nak melahirkan rasa malu dan segan kerana tidak begitu mengenali tempat kelahiran mak aku ni. pfft. kononnya nak pergi jenjalan dengan kawan minggu ni so, disebabkan tak dapat nak decide pergi mana terus bertanya dengan encik google. dam haji! banyak kot tempat yang aku tak tahu wujud kat sini contohnya macam Penang War Museum. siap tanya mak, sejak bila pulak ada muzium perang, tak pernah tahu pun. sedih! 

Tapi serious banyak tempat yang best untuk diteroka except shopping mall dia yang gempak-gempak tu. sebab bagi aku shopping mall tetap sama di mana-mana. hahaha. aku sempat pergi dua tempat je yang akan diceriterakan nanti , tapi tempat untuk second round punya plan jalan-jalan dah siap. thanks to my beloved tour guide. ^.~ wink!

sehari jalan-jalan memang tak boleh habis nak jelajah semua. sebab tu kena ada trip kedua. :)  actually, idea ni semua bermula masa pergi melawat adik aku kat kem PLKN White Resort. i was like, bestnya sini! abah pun cadangkan datang jalan-jalan kat pulau nanti. sebab ada setengah tempat yang aku tak pernah pergi. bila dah google lagi la bapak terkejut dengan kehadiran list name tempat yang best dan buat aku rasa melonjak nak pergi macam Tropical Fruit Farm, Penang Islamic Museum, Penang National Park [pernah pergi masa sekolah tapi tak habis teroka], Esplanade, Penang Museum and Art Gallery, and Tropical Spice Garden. hohoho. best kan? kalau nak tau lagi banyak sila jalan dekat Tourism Penang. cerita benda ni pun dah buat aku excited. ^.^

jadi, moralnya.. sebelum nak sibuk jalan-jalan tempat orang, jalan-jalan dan kenalilah dulu tempat anda. supaya tidak menjadi macam aku. peace yaw.!

Saturday

Terengganu dan wedding bff.

assalamualaikum..~

 yeay!! alhamdulillah..sampai di bumi Besut jam 5 pagi tadi. thanks to Ayu and her brother, abang Asyran yang telah bergilir-gilir membawa kereta dari Bangi. thanks to Zura yang share aura tidur tanpa henti dekat seat belakang. thanks to McDonald for their super awesome family dinner box. thanks to my mom yang benarkan her daughter jalan jauh-jauh. thanks to people yang concern a lot semalam. and thanks to sape-sape yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semalam. done. macam ayat orang gila je nak thanks tanpa henti dan bersebab. 

so, kalau dah sanggup secara tiba-tiba travel jauh-jauh cenggini  haruslah mempunyai reason yang kuat bukan. for your information dearest people, i keep counting the days from the first day i heard about this super magnificient news. dup dap dup dap rasanya. 

one of my bestie yang sanggup tadah telinga dengar aku excited membebel all the time, calm me down bila masuk aura sedih sedu, ajak aku jalan-jalan, teman dia dating mahupun pergi cari barang untuk majlis..going to leave her title as 'anak dara' soon. thats why aku datang untuk menyibuk di majlis beliau. seriously ecxited. hingga sanggup menolak ke tepi kenduri bakal kakak-kakak ipar yang berlangsung hari ni. hahaha. overboard.

untuk pengantin perempuan buat Encik Fadhlan Fatah, untuk pengantin lelaki buat Cik Umi Kalsom..semoga Allah memberkati kalian, semoga Allah menghimpunkan seluruh kebaikan ke atas kalian dan semoga Allah menghidupkan cinta kalian hingga ke syurga Jannah. :) selamat pengantin baru.

pada budak-budak kelas yang sanggup turun ke Terengganu macam aku..marilah kita memanfaatkan peluang ini bersungguh-sungguh. jom jalan-jalan!


Wednesday

hanya ilusi.

assalamualaikum..~



awak datang tumpahkan rasa
ceriakan hari dengan kata-kata
buat saya rasa terpinga-pinga

tapi sayang semua tu tak lama
saat ombak sedang kencang dan berlaga
awak pergi tinggalkan saya

saya cuba buka pintu kaca
dengan harapan saya bersedia
tapi tak sangka ia cuma dusta

kala saya tenang dan gembira
kembali semula seorang jejaka
buat saya rasa berbunga

cukuplah untuk semuanya
seperti permainan yang sia-sia
hanya kan  tambah rasa derita

semoga awak akan bahagia
dengan si dia yang bukan saya
cukuplah takdir yang berkata-kata.


*sekeping rindu datang mengganggu.

# didepan mata itu kadang-kadang hanya ilusi semata, terus gagah kawan.


p/s: buat kawan-kawan yang ada paper esok, moga otak terus kental bekerja! fighting! :)

Tuesday