JellyPages.com

Friday

sakit

assalamualaikum..~


Allah tak saja-saja bagi kita ujian. dia nak uji kita lemah dan mengalah atau bangkit dan tunjuk gagah. pilihan atas tangan kita. cara dan gaya penyelesaiannya juga ada pada kita. tapi di penghujungnya, inshaAllah akan terasa betapa sweetnya Allah itu. mana mungkin menang menimpa kalau tak pernah merasa sakit berjuang. :)

Sakit tu memang ada. berjuang sendiri bukan pilihan paling bijak. mohonlah pertolongan dari Allah. pasti Dia rindu rintihan syahdu dari hambaNya. mintalah nasihat dan pendapat dari mereka yang selayaknya. bangkit dan kuatkan diri untuk terus melangkah. Mengalah dan putus asa tak akan pernah bawa kita ke mana-mana. mugkin hari ini kita merasa susah, payah dan lelah, siapa tahu mungkin esok kita akan rasa tenang, gembira dan bahagia. mengumpul redha itu memang sangat sukar tetapi selagi kita mahu berjuang, kita pasti menang.

Mulai sekarang, jom kita perkemaskan langkah. bersiap sedia hadapi ujian dengaan tenang dan matang. Jika Allah letakkan kita pada jalan ini, inshaAllah Dia juga akan membawa kita melalui jalan ini. 

Sunday

wish you were here..

assalamualaikum..~


it's been awhile huh..~ here i am again with another rasa hati yang susah untuk difahami. ia bukan kelat atau pahit tapi suatu kemanisan yang sangat sangatt sangaattt dirindui. sekarang memang dah boleh define dengan ayat sendiri kalau tanya apa itu maksud menerima seseorang dengan segala kelebihan dan kekurangan mereka. masa duduk dekat-dekat memang tersasar sikit tapi bila dah duduk seberang sana laut dan belah sini semenanjung, memang rasa itu makin kuat dan makin lain. makin menghargai si dia itu. bukan berapa tahun kawan yang mengukur sejauh mana kita kenal dia itu, but it's about the same wavelenght, values and principles yang both of you try to built together. plus kerana Dia. *senyum.

sekarang bila dah kena berdiri atas kaki sendiri dan tak mampu clingy, memang sangat lain. dulu even konon boleh berdiri sendiri, masih ada mereka yang ampu dari belakang biar tak tumbang.sebab tau tak kuat mana kaki yang berdiri tu. kalau nak selak cerita-cerita dulu, tak akan pernah habis. keep on replaying in my mind. seriously missed the memory. wish you were here love. enough. 

it took more than i thought untuk diri adapt suasana baru. still awkward. still blank. the only reason untuk gagah senyum dan berdiri, si kecil permata negara sekalian. walau kadang jiwa dan raga sakit tak terkira. sebab tau tak mungkin boleh patah balik kembali jadi budak hingusan yang kerja ngadap buku dan nota. huu..i missed all the good days left behind. really. seriously. 

Monday

Officially Cikgu Aliya :)

assalamualaikum..~


Alhamdulillah..i am officially Cikgu Aliya now. tehee. semalam masa datang tengok-tengok sekolah i was like                                 
'wooww..rock siot tempat ni'. yelaa, cuba bayangkan kfc, station bus, pejabat agama, maybank, bsn, tasek takong si tempat berjoging petang-petang, pejabat pos dan segala jenis kedai hanya memerlukan aku menapak berjalan kaki untuk sampai dari sekolah. seriously heaven. kalau terasa nak masuk Thailand ikut Betong pon boleh. cuma lebih kurang 12 km saja kawan. tengokk. tak cukup best lagi ke? oke, dah mampu senyum sengih kerana inshaAllah gua boleh hidup kat sini. then, berjaya menapak ke kuarters pulak. ingat senang ke benda-benda kuarters ni. mujur Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Hari ni melapor diri secara rasmi. everything seem smooth sampai la berjumpa si jantung hati semua. alahai..budak-budak pon boleh tahan. boleh tahan nakal dan tak dengar cakap. siap bertumbuk time cikgu tengah bagi arahan kat depan. oke, korang nak berkenalan dengan cikgu style coolio camni. cikgu akan sediakan pelan strategi untuk tumpaskan kuasa korang. jangan harap nak buli cikgu. hehe.

InshaAllah, walaupun sebak sangat nak mulakan hidup sorang-sorang kat sini dengan amanah yang sangat besar, inshaAllah akan cuba untuk jadi kuat. Saya OK, saya dah besar..hehe. pinjam tagline sikit. :)


Sunday

cerita kita.

assalamualaikum..~



kita pernah lalu pasang surut satu perjalanan bernama perhubungan. aku pernah jatuh. tapi tidak kau. lepas semua badai berlalu, kita masih utuh ada untuk satu sama lain. atas nama persahabatan. tapi kau ingat senang ke untuk aku? tiap kali bertegur sapa bergelak ketawa, pengakhirannya aku yang tenggelam dalam rasa. kau nak jugak main tarik tali walau kadang-kadang aku rasa kau sama saja rasa apa yang aku rasa. aku degil. pipit dengan enggang mana mungkin bersama even diorang sama-sama terbang. tapi aku tetap berharap. bukan sekali aku rasa bodoh. lepaskan semua yang lain untuk kejar kau. ini bukan cite Hindustan yang banyak halangan tetapi tetap bersatu dihujungnya. ini cite realiti yang susah untuk dimengerti. hingga lewat doaku terkadang aku berharap kita punya jodoh yang panjang. bukan atas nama sahabat. waktu lainnya aku terfikir untuk terima yang lebih sudi jadikan aku permaisuri hati. tapi aku tetap  aku. belum mampu. hanya berteleku di antara dua persimpangan. moga aku lebih relevan pilih jalan menuju masa depan. pfftt..~~

Thursday

its hard

assalamualaikum..~


its hard untuk duduk sebangku kongsi semeja dengan manusia yang 24/7 dok rasa dia bagus, dia je yang betol. hello! kau duduk dengan manusia bukan beruk kera kat dalam hutan. concern la sikit hati perasaan orang sekeliling tu. jangan tau asyik nak melibas je. kau belom tengok aku melibas lagi, sakit karang. mulut tu jangan sedap je nak melepas macam kau tu bagus sangat. orang keliling bukan hamba-abdi-kuli-batak-kau. kau buat all the things yang memang buat orang sakit hati tu, tak ingat ke yang satu hari kau tetap perlukan kitorang. tapi orang tak paham. keep on cakap macam-macam. siapa je yang amek tahu rencah garam permainan dia. pfft..~

itu tak termasuk talam-talam dua tiga muka yang dok menempek. talam yang memang tak reti bahasa apa itu malu. its hard bila nak kena pretend yang kau sangat okay, relax, lepak chill dengan diorang sedangkan dalam hati tu dah berbuih-buih geram. manusia Allah cipta bukannya bodoh. so, please la jangan nak memperbodoh-bodohkan orang. orang tak bunyi tak bermakna orang tak tahu. huu..~

Wednesday

beauty is attitude

assalamualaikum..~


tengah hari tadi ada la tengok this one talk show yang memang best bab-bab bagi input yang menarik dan tertarik ni. sampai ke malam ni dok terngiang-ngiang ayat kakak cantik yang ditemuramah tu. beauty is atttitude. so right. beauty is within us. dalam dan luar. cara dan gaya. sekarang bukan zaman kita menilai cantik dari segi zahir fizikal je. apa yang ada kat dalam diri tu counted as well. muka cantik, body solid tapi kau kalau hampeh dari segi interpersonal with others, you fail. muka cantik, body solid tapi sombong dan perasan bagus je semedang, lagi la fail. luaran cantik tapi zero akhlak, tetap jugak nampak tak berapa nak cantik. lain bunyinya kalau kau cantik tapi kau down-to-earth, depan orang tua kau tau kod etika mana nak kena pakai, dengan manusia lain kau tau nak jaga diri, hati dan mulut, dalam masyarakat tau kat mana nak kena letak diri, thats it. enough. kau respect orang and orang akan respect kau balik. bila dalam diri dah complete cantik, dengan sendirinya kecantikan luaran tu akan lebih terserlah. orang suka kau, dan kau pun suka kat  orang. tak ada sesi aku cantik, kau cantik jom fight kalau kau rasa bagus sangat. tak ada sesi main tarik-tarik rambut tapi tak putus-putus jugak sebab bergaduh itu ini. nampak senang tapi susah sebenarnya. but it worth to try be a better beautiful young lady, kan? diri kita, haruslah kita yang tentukan jalan pilihan. takkan mak cik sebelah rumah pulak kan nak tolong adjust itu ini dalam diri. 

kalau letak aku dalam ayat panjang berjela kat atas tu mungkin aku pun dalam kategori suam-suam. tapi benda boleh ubah kan. walau kadang-kadang kena struggle lebih dalam sesetengah benda tu. bezanya aku ada contoh teladan yang real depan mata apa itu cantik dengan attitude. oke, beliau memang nampak cantik dengan perangai yang molek. *senyum sengih*

Friday

kehilangan

assalamualaikum..~

apabila sesuatu kebiasaan hidup itu dibawa pergi, barulah terasa seperti nak menyesal sudah tidak berguna lagi. tapi Allah tahu apa yang terbaik. jangan nak selfish bahagia diri sorang-sorang tanpa sikit pon timbang rasa hati orang lain. kehilangan tu memang sangat berat. sangat. tapi kita memang boleh dan dah ditakdirkan mampu laluinya. mulut dan jejari bisa mengatur patah demi patah kata yang memujuk tapi tidak sesekali jiwa dan raga yang merasakannya. tapi saya tahu, jalan ini jalan yang terbaik. jalan yang mampu bawa awak ke syurgaNya. jalan yang mampu pimpin awak untuk terus bahagia. hari ini, esok dan selamanya. saya cuba pujuk hati. pujuk diri. ini pilihan awak.pilihan yang telah lama awak nyatakan. pilihan yang tidak pernah saya persiapkan diri untuk hadapinya. pilihan yang kini buat saya rasa seperti kehilangan. sungguh dan bukan main-main. kehilangan yang buat saya sedar siapa awak dalam diri saya. yang buat saya rasa betapa pentingnya awak. sekarang, yang tinggal hanya pilihan buat saya. bermain dengan si bayang-bayang atau terima ketentuan dan bangkit berdiri. sebab satu hari nanti, saya akan lalui semua laluan dalam jalan pilihan yang awak buat dan mungkin ketika itu akan ada hati lain yang merasa kehilangan juga.





#moga mampu berdiri dan laju berlari.