JellyPages.com

Wednesday

ragam pancaragam hidup

assalamualaikum..~


memang gedik tau..nak buat kerja bajet takde mood tapi boleh je pulak nak taip entri dengan gagahnya. cehh. sangat cehh la kau..

nih memang sangat tau nak bebel. aku kadang-kadang appreciate sangat keprihatinan orang kat aku. pasal itu ini life aku. cuma jangan la lebih-lebih dari limit yang ada tuh. itu boleh mendatangkan bencana tahu. sebelum aku bukak mulut dan sound orang dengan jayanya, mohon sangat jasa baik jaga sikit perasaan aku. macam yang paling latest ni, bab jodoh. tolong la paham yang tu semua rahsia Allah bahkan, aku belum terdesak kot untuk berumahtangga. tak perlu kot baik hati sangat dok promote aku sentiasa. tak perlu kot ulang tanya duaratusnamplohkali. elok-elok aku dok sengih-sengih terus rasa nak keluar muka serious annoying je. single ke, available ke, tak available ke..tu semua hal peribadi aku. terima kasih ambil berat. tapi aku bukan orang yang perlu kamu-kamu semua risaukan. aku lagi risau bila jadi camni. aku tak habis lagi merasa nikmat Allah yang satu ni. bagi la aku jalan pelan-pelan.jangan la dok seret aku laju-laju dengan jalan korang. jangan la buat aku rasa stress. tak kisah la kawan-kawan atau si sebaya yang lain dah tunang, dah kawen, dah ada anak, dah ada whatsoever la sekalipun..tolong laa~

satu lagi manusia yang buat aku pening adalah orang yang keliru dengan diri sendiri. takkan status diri pon boleh lupa kan..saja la tuh nak buat-buat melampau. anda tuh golongan yang masyarakat hormat. yang saya sendiri hormat. jangan la buat rasa hormat tu hilang kerana kejengkelan dari sikap anda. kalau status tu single sekalipun, maaf! anda tak mungkin jadi pilihan memandangkan kita tak sekufu dari segi ilmu. HAHA. saya sedar diri dalam bab ni. harap sangat benda ni macam tak pernah jadi. malu la oiii..kita bukan nak jumpa sehari dua je. tak payah nak buat hal la sangat.

macam yang jenis ni pulak, sentiasa tau tak puas hati dengan orang. apa la sangat kalau setakat buat kerja lebih dan bagi tunjuk ajar pada adik-adik yang baru nak bertatih ni. tak luak kot ilmu yang ada. ini kerja asyik datang lambak buku, kertas, sijil dan segala benda yang boleh kat atas bahu kita yang zero nih. ewahh..suka sangat tau dapat kerja jatuh sebemban macam buah durian gugur. the only penenang hati adalah 'kalau aku buat semua ni inshaAllah aku akan dapat banyak ilmu dan belajar banyak benda'. tu pon  ada jugak hari angin datang, kita sibuk tau nak anyam ketupat pasal dia banyak-banyak. hehe. terima kasih la bagi kita inspirasi dan idea untuk mengata. walaupun sekali sekala suka tau anda bagi kita kecik hati. awesome sangat rasa. macam dah taknak lagi je rasa dia kaann..

sebenarnya banyak nak tulis. tapi takpela. idea pon kalau dah pegang main keyboard lama-lama,  mula la nak kering. mula la tak mencapai tahap bernas yang diingini. masa pon dah lewat sangat. Till then, semoga terus tersenyum..InshaAllah.







p/s: pancaragam hidup tu selalu saja mainkan lagu yang sesekali kita tak patut ikut. pilih la perkusi pilihan mana yang kita mahu. ada yang lancar dan ada yang sumbang. paling penting sentiasa update dengan kapten kalau nak selamat. .

Tuesday

#the date: 3Nov2013

assalamualaikum..~


hoyeahh..finally, i got my own house. oke, tak payah nak eksaited sangat sekadar dapat masuk kuarters. tapi yang penting, dah tak payah nak segan-segan ke malu-malu nak buat rumah orang macam rumah sendiri. hehe. sangat tidak selesa untuk lebih-lebih sebenarnya apabila bawak perkataan 'menumpang' bersama-sama. kalau nak angkut kaum kerabat bermalam atau bersiang pon dah tak payah nak mintak-mintak izin ni. 

so, last sunday my family and i making some sort of majlis sempena nak masuk duduk situ. it was my first event yang aku rasa macam besar dan tak payah tanya la penglibatan aktif aku dari A sampai Z benda alah tu berlangsung. memang sangat letih, nak-nak pulak isnin tu sekolah aku tak cuti.*juling-juling mata*. Alhamdulillah, everything went well. thanks sesangat la pada mak abah yang banyak bertungkus-lumus dan menyumbang idea, pada mak-mak dan pak-pak menakan yang sama naik dok tolong.

tapi, sekarang boleh la nak berlagak sebab ada orang teman. hehe. bukak sekolah nanti dah mula kena duduk sorang-sorang. hamek kau! tak payah nak berlagak sangat. 

that day la jugak, my brother turned 19 y/o. alololo..forget to buy a cake yang konon nak suprise dia since kitorang cam kelam-kabut sikit petang tuh. tapi inshaAllah nanti cuti kita celebrate sesama oke big bro..tak sabar nak jenjalan sesama adek beradik. last time kitorang kuar bersama-sama adalah 5tahun lepas. see..see..lama gile kann. asal plan je mesti ada je hal mengacau. sekarang ni pulak big bro tu jadual cuti tak sama dengan kami yang lain so, sangat la susah nak cari tarikh menggila bersama-sama. yang penting, gua nak ucap'HAPPY BIRTHDAY BRO'. may Allah grant all your wishes. moga jadi lebih baik, lebih soleh dan lebih berguna pada masa depan. hehe. 

# masih perlu

assalamualaikum..~


Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka

Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada

Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini

Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu

Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu





hai si dia ...~

Saturday

minggu yang panjang

assalamualaikum..~


minggu ni rasa sangat panjang hokeyy..and hari ni for the first time dok sorang-sorang kat rumah since housemate balik alor setar. tulaa rutin weekend kami si orang bujang. hehe. pantang ada kesempatan, laju je nak balik rumah family masing-masing. i am here still sebab nak settle kan urusan rumah kat sini. 

isnin sampai rabu hari tu kena kursus kat Sg. Petani so, sengih tak kira la sebab tak payah nak susah hati kena balik sini. straight dari kampung terus pergi tempat kursus. chehh..tak sampai setengah jam pon. after hampir setahun (please minus masa konvokesyen), finally dapat jumpa dan feeling-feeling zaman belajar dulu dengan kawan-kawan. sebilik dengan farha dan semeja with both farha and atiqah. wonderful. kami masih macam dulu rupanya. takdela membesar matang sangat walau dah bekerjaya. chewahh..cam best je sebut bekerjaya tu. hehe. tak tahu la perasaan both of them but frankly said i seriously enjoyed that moment. dah lama tak rasa buat perangai sakan.T.T

back to work khamis tu, start dah sibuk. habis kelas je straight ada meeting sampai 1.30 petang. then, ada discussion with partner and pembantu regarding some issue yang diri sendiri pon tak berapa dapat nak cope. solat then laju-laju masuk ICT lab untuk kursus LADAP sampai 5.30 petang. entah masuk ke tidak pon tak tahu since kepala tak berhenti berdenyut sakit dari mula. balik rumah pon kena sambung kerja. plan untuk jumaat dan isnin. 

jumaat memang tak fikir banyak sebab fikir dah boleh rest petang tu sebab rasa dah berat sangat kepala asyik kena sumbat itu ini je sepanjang minggu. alih-alih partner minta teman dia pergi mesyuarat. takkan la nak cakap tak pulak walaupun sebenarnya hati dah takde nak pergi mana.mana. 7.10 malam baru jejak rumah. see, i am that busy and i still need time and space to adapt. holaaa..dah dekat setengah tahun kot tinggal dunia yang busy dan hectic.

itu pon ada je yang nak cari masa sibuk berkursus. itu bukan tanda aku orang penting. tapi itu tanda tempat kerja aku tu sangat aktif dan cemerlang dalam banyak perkara. tambah pulak big boss yang cemerlang. alahaii..~

dan sesungguhnya, dek kerana kesibukkan la sangat tu, minggu ni je ada la dua tiga manusia yang complaint i am not keep in touch dengan diorang lama sangat. yelaa sayang-sayang sekalian, tak cukup space dah memory ni sebab banyak yang nak masuk. hehe. sorry pada mereka yang rasa terabai tu. :)

Sunday

kenapa esok isnin?

assalamualaikum..~


aiyakkk..baru je selesai menyiapkan tugasan tertangguh yang penting. terasa hebat seketika sebab mengadap laptop dan menaip dengan gigih dari pagi sampai nak masuk maghrib. cehh..cakap je la kena siapkan kerja tu by hook or by crook. kalau tak mengenangkan deadline yang tak mahu bertoleransi harus rasanya tak siap lagi. memang camtu la kan dari zaman belajar. terbawak-bawak sampai dah kerja ni. benda yang dah bagi berminggu-minggu pun boleh siapkan dalam masa sehari. padahal masa mula-mula dapat tugasan bukan main lagi tak boleh cerna dengan bernasnya apa yang dia nak. itu la, ini laa..bukan main banyak alasan dalam kepala tu. alih-alih hari ni boleh setel. ko dah apehal?

benda yang paling aku tak nak cerna adalah kenapa esok mesti hari isnin. kenapa? kenapa? tau tak aku belum bersedia nak pergi kerja. aku tak cukup puas rasa rehat weekend ni. oke, sebenarnya weekend yang aku tak balik rumah je yang akan buat aku jadi macam ni kan, padahal dok melepak dan melepet kat rumah depan tv je. kalau balik rumah, confirm ada je aktiviti merayap ke sana ke sini tapi tak pulak rasa nak menangis bila fikir esok isnin. mencik la camni. aumm...~ 

Thursday

#Hospitals Beyond Boundaries/Sarung Kaki Project

assalamualaikum..~


gatal sangat tangan nak share benda baru yang terjumpa masa tengah godek-godek stalk orang sana sini. ye, tolong la faham, stalk orang di alam maya ni sangat seronok tahu. banyak sangat informasi dan benda  baru yang boleh dapat. tapi pandai-pandai la tapis ye. 

I found this masa tengah blogwalking, Hospitals Beyond Boundaries. mashaAllah, sangat teruja nak tau lebih lanjut. laju-laju tekan like. kan dah cakap, one of my wishlist is nak terlibat dengan benda-benda sukarela ni. mungkin saya tak mampu nak jejak kaki ke sana tapi yang pasti saya mampu bantu spread the words around dan bagi donation. bukan nilai yang menjadi ukuran. niat dalam hati tu yang penting. so, apa kata ambil sedikit masa kita dan cuba fahami apa yang cuba dilakukan oleh mereka-mereka yang ohsem ni. besides, dorang ada jugak buat charity event untuk kumpul dana. haila..kalau la kuala lumpur dengan pengkalan hulu tu sebelah-sebelah, kan best. :)

satu lagi benda yang ohsem sangat adalah Sarung Kaki Project. ye kawan-kawan, yang ni pun laju-laju tekan like. nampak sangat kegelojohan diri disitu. suka tau buat benda laju-laju. hahaha. ini memang sangat suka sebab sekarang memang tengah kuatkan iman untuk sentiasa pakai stokin atau sarung kaki setiap kali keluar. dulu, hanya pakai sarung kaki ni kalau nak pergi kuliah je. waktu kerja pun sama. Alhamdulillah, sekarang ni cuba pakai setiap kali nak keluar rumah. mula-mula harus la susah. sebab tu pergi cari stokin comel-comel buat penguat jiwa dan raga. moga-moga terus istiqamah. kaki pun sebahagian dari aurat kita kawan-kawan. housemate kita yang comel tu pon dah start pakai sarung kaki pergi kerja tau. makin comel sekarang :)

Wednesday

Aktiviti

assalamualaikum..~


dah lewat tengah malam tapi bukan main gigih nak siapkan kerja. kononn. padahal tengah tak sihat. iye, demam dan selsema. tapi yang penting, dah boleh tarik nafas lega. satu tugasan berat dah selesai. sekarang tengah cuba untuk fokus pada aktiviti Gerak Tari Prasekolah 1Malaysia, perkhemahan dan lawatan si comel prasekolah. iyee, memang agak lewat la kan bulan 10 baru terkedek-kedek nak pergi lawatan tapi dah memang rezeki aku kot. hehe. merasa pergi lawatan dengan budak-budak prasekolah. tak sabar nak tengok muka penuh keterujaan dan kegembiraan dorang. muka itu sangat precious. riak yang tak dapat nak beli dengan wang ringgit. dan semestinya satu kepuasan dan kegembiraan cikgu dia jugak. ihihi. walaupun kadang-kadang terpaksa tadah telinga dengar cikgu membebel kan lately..tapi cikgu nak korang jadi budak baik. yelaa..mana ada yang tak marah kalau dah penat lelah siap cantik-cantik kelas tiba-tiba terkehel sana sini tak sampai 48jam. niat cikgu tu nak awak selesa belajar dan seronok ada kelas yang cantik dan banyak mainan walaupun awk tu tak sepandai budak-budak sebelah. mujur bab manners awak semua tip top. hehe. bangga cikgu..~

Gerak tari tak tau nak kata apa dah. dah naik tak lalu tengok semua orang dok berlatih. iyee, cikgu paham kamu budak-budak kecik memang tak paham apa itu harmoni dalam persembahan. tapi cuba buat yang terbaik macam cikgu buat kat kamu pun dah cukup. cikgu tau korang tak 'sempurna', at least jangan bagi cikgu sakit kepala dan sakit telinga cukup. hehe. 

sebenarnya selain sibuk menghitung aktiviti sekolah yang tak pernah surut, sibuk jugak la jari ni dok membilang hari nak jumpa baby mushlih and his cute mommy dan cik mieza. tak sabar nak jerit 'Melaka, here I come!'. hehe. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. :)