JellyPages.com

Thursday

Adorable kids.

assalamualaikum..~


alhamdulillah. semalam karnival bahasa melayu dah habis. walaupun si puteri tu tak dapat tempat. i am lega. sebab lepas ni dah boleh tumpu untuk action song district. tak payah lagi terkejar-kejar nak pikir bahagi waktu nak setel dua-dua benda. harap-harap tahun depan depa tak bagi dah jaga dua-dua. tak rasa hebat pon. rasa cacamarba lagi ada la. kesian 25 anakanda yang dianaktirikan minggu ni.


sekarang ni, budak-budak dah boleh paham. kalau waktu cikgu dia macam singa, apa yang depa kena buat. kalau tengah baik, sepuluh kali tanya soalan yang sama pon, relax je buat derk. dorang ni sangat la adorable. pagi-pagi je elok terpacak je muka cikgu kat pintu bagi salam, mula la sorang-sorang nak cari bahan pujian untuk cikgu. Sampai malu pulak cikgu dia. Hehe. Ada si comel dan bijak sorang ni, kalau cikgu dia gelak-gelak sambil cakap cuit-cuit pipi dorang sikit mula la keluar soalan cepumas dia berpuluh-puluh kali. "Cikgu tak marah kan harini?'. Alahaii, macam la selalu nau cikgu marah hangpa. Mula la nak rasa bersalah sebab marahkan dorang kalau nakal.


Cuma, tahun ni special sebab ada sorang si bijak dan comel ni asyik melekat je dengan cikgu. buat kerja, nak buat dengan cikgu. Nak balik, tunggu cikgu sekali. Nak jalan, pegang tangan cikgu. Tapi kalau cikgu marah dia sebab nakal sangat, mula la nangis macam baru lepas kena belasah teruk. Em, naik darjah satu nanti bukan cikgu ada sekali la syg oii. 


Nampak dah si bijak ni pon bakal ikut jejak langkah abang dan kakak pra dia tahun lepas. Kalau lalu je darjah 1 nak ke kantin, mula la kena prepare tangan macam nak lambai peminat sambil sedia senyuman manis paling menawan. Baik pergi ke nak balik ke kelas ke, sepanjang-panjang koridor tu boleh dengar depa panggil nama cikgu. Malunya lahaii walaupun terasa dihargai sangat sebab dorang ingat lagi cikgu depa dulu. Ada setengah tu lalu tepi cikgu pon buat taktau je. Ok, paham. Awak dah besar, kadang-kadang malu nak tegur kan? Kadang-kadang tak perasan. Dan kadang-kadang mungkin tak ingat. kekeke.


Tapi ada jugak kakak-kakak depa yang pantang nampak cikgu, berlari-lari masing-masing sebab nak salam. Ni yang buat cikgu meltimg nih. Cikgu tak pernah ajar kamu pon, kamu layan sampai camtu sekali. Alhamdulillah. Sweet sangat korang! Dorang semua ni la yang buat cikgu depa bersemangat mai sekolah tiap-tiap hari. Yes, nak suka datang sekolah memang nak kena ada faktor X yang buat kita rasa happy. Hehe. Kalau tak, hari-hari pon mungkin nak MC.




Monday

Seminar keusahawan pestaim

assalamualaikum..~


abah telefon suruh balik weekend lepas. katanya ada seminar keusahawanan dan dia suruh adik yang duduk jaga hakak dia ni balik pi dengar. ciss! ini adalah tidak adil untuk si hakak yang ditinggalkan. maka, hakaknya pon laju-laju volunteer diri nak pi dengaq sama. mujuq permohonan last minute hakak diterima. pestaim kot pi seminar camtu dan teruja sorang-sorang. 

best gila. penceramah best. dia tak merepek melaut sensorang diri. dia tak suka tuju-tuju tanya orang bertubi-tubi. isi kandungan dia best. direct terus pada apa yang kita kena tahu dan nak tahu. banyak gila tips dan pengalaman yang dia ajar. Allahu..memang menyesal la kalau tak datang. makan..err, best jugak. empat kali makan sampai taktau patut ke tak ni makan lagi. hailaa. memang orang gila je la yang cakap tak best.

bila nak buat sesuatu memang patut kita belajar dan ada ilmu. itu yang beza kan orang yang berjaya dan orang biasa-biasa. terus rasa bersemangat nak berniaga. hamboi sangat la kan. 

benda paling melekat adalah bila diingatkan pasal 'untung sana untung sini'. iye, kita selalu terkejarkan untung sini dan tak terpikir pon pasal untung kat sana nanti. jadi, mulai harini bila nak buat apa-apa dah boleh slow-slow ingat benda alah ni. bukan orang berniaga je. boleh apply dalam kehidupan seharian. ingatan untuk diri sendiri la tu. :)

rumah sakit

assalamualaikum..~


Well, sepanjang minggu lepas aku demam tak nak kebah walaupun aku rajin telan panadol sambil tampal koolfever di malam-malam hari. Mau tak kebah demam tu, tiap-tiap hari aku balik lewat petang. Malam-malam dok pressure diri siapkan itu ini. Yes, setiap malam. Nak bagi sedap hati dan jantung, aku cakap kat diri sendiri, ni kan bulan pertama memang le banyak benda nak set up. Yolaa..sangattt..


Tapi gigih je sabtu tu usaha balik kampung jugak padahal bape jam sangat yang tinggal pon. Tapi sebab hati tak tenang asyik dok ngigau je nak balik, usaha jugak sampai dapat. Hoyeah!! Lega gila bila tapak kaki pijak lantai rumah. Dan ntah macam mana demam pon tetiba hilang. Hahaha. Apakah benda ini dinamakan 'homesick'? Kerana dengan sesungguh hati ngadu kat mak nak balik. Sanggup nak nangis kuat-kuat kalau tak dapat balik jugak. Hihihi. 


Adik aku kata, "hang balik pon bukannya dapat apa along.". Nothing? Ehehe. Salah sama sekali. Aku rasa lega sangat. Lega sangat-sangat. Rasa kepala yang berat automatik ringan je. Rasa semua benda yang dok berdenyut tiba-tiba semua behave lalu jalan yang lurus. Hehe. Dan iye, aku budak rumah sakit.

Saturday

First Week

assalamualaikum..~


pepagi buta dah layan iamNEETA cover relakan jiwa. ehh, syahdu pulak rasa. haha. motip sangat pagi-pagi sabtu ni nak bangun awal cenggini tapi sebab hari ni kena attend program motivasi kena la gagah juga bangun iron baju bagai. Blergh. Sebab jiwa tak berapa nak rela, pilih baju paling dull sekali dalam almari. Hambik kauu..


First week kerja, i am so motivated. Kerja pon memang banyak. This year banyak pegang jawatan besar dan berat jadi perlu lebih dedikasi dan rajin, mungkin. Tapi minggu pertama dah lembik dan on the way nak jatuh sakit, cemana? tapi niat nak kurus tu nampak macam cerah je since all my kiddy yang cute mute tu sangat-sangat le aktif. baik mulutnya mahupun perlakuan. Serius memang penat. Memang takde chance langsung nak jenguk-jenguk handphone mahupun bergosip liar sikit dengan tetamu yang datang. Faham tak perasaan bila they keep calling your name and asks for your attention with no intention untuk tanya apa-apa. Fine korang! Second day, dah tunjuk-tunjuk rotan tapi rupanya dorang lagi takut dengan kuasa kelantangan suara cikgu. Ingat seronok ke? dah la sakit tekak kena lawan bunyi suara dorang pastu mendidih-didih je rasa darah. But luckily, i found that budak-budak ni senang control dengan nyanyian. Ini sangat comel. Bayangkan, bila suruh beratur dan luruskan barisan bukan main bising dan bersimpang siur je sambil buat-buat tak dengar kita dok cakap kat depan. tapi bila kita nyanyi je, sama naik dorang pon nyanyi dan luruskan barisan dengan cantik. Haish korang ni..


So, for this year my kiddy already gave me a hint. To get our attention please sing a song. Hehe. Siap ye korang, nanti kita belajar lagu sampai korang rasa nak muntah dengar. *evil laugh*

2014

assalamualaikum..~


Ok, dah masuk tahun baru. 2014 banyak sangat bagi pelajaran dan pengajaran. banyak sangat benda yang Dia ajar. Alhamdulillah. Quite tough tapi itu yang buat diri makin kuat.


Takdenye nak azam baru segala. Cuma benda paling besar nak perbaiki tahun ni adalah masa dengan mereka yang sayang saya. Sebab dorang dah sayang saya maka, saya sepatutnya menunjukkan betapa saya juga sayangkan mereka kan? Tahun lepas semua merungut tak cukup masa berkualiti dengan saya. Kadang-kadang sembang dengan dorang pon kepala dok fikir hal kerja. Alahaii. Bukan la workaholic sangat pon. Mungkin sebab baru lagi tu yang semangat membuak-buak.


Everything went well and boleh la nak mengaku sebagai tahun yang agak cemerlang untuk diri sendiri. Belajar kenal dunia baru, kawan baru dan hidup baru memang best. But it didn't end up macam starting year. I ended up with having stress, self-esteem down and having a great pain. Punca? Terlampau mengejar kesempurnaan. Satu suntikan, sepeket ubat tahan sakit dan cuti sehari di kampung tak mampu nak bagi bangun balik diri. Sampai la masa mengurut, the word memang sangat menenang dan menyenangkan.  Masa mengurut haritu, maklong tu pesan dah, "Kita ni kadang-kadang memang nak buat yang terbaik dengan kerja kita tu. Kita buat bersungguh dan habis baik, tawakkal. Kalau Allah tak izinkan perancangan kita tu, kena la redha." Lepas kena cuci sepanjang sesi tu baru le terasa lega. In shaa Allah, tawakkal dan redha.


Start je cuti sekolah, terus buat trip untuk diri sendiri. Motif nak gather dengan kawan-kawan sambil ambil angin baru. Cadangnya seminggu tapi terlajak pulak. Mula dengan mengimbau zaman belajar dekat Bangi, wedding classmate kat Rembau, bersuka ria dekat I-City, lepak dengan bestfriend dekat Tampin, jalan-jalan kat Jementah dengan Melaka. Alhamdulillah, sepanjang masa tu rasa happy sangat. Rasa nak senyum je sampai tido. Trip paling best sepanjang 2014.


Family pon sempat juga la berseronok hujung-hujung tu. Kitorang buat trip ke Langkawi. Kenapa Langkawi lagi? Ya, sebab hujung tahun ada banyak sale. Masa paling sesuai untuk shopping barang branded kegemaran yang best walaupun ala-ala terlepas season dia. Memang puas hati. Balik tu sibuk kejap dengan kenduri kahwin sepupu. Bila dah selesai semua, kitorang adik beradik buat movie running. Tengok Night at the museum dengan Terbaik dari langit. Upon request by Aqila dengan Abot. Kakak-kakak layankan je. First time tengok wayang dengan adik-adik. Never thought it can be so much fun. Lepas ni kena simpan duit banyak sikit, habuan nak ajak adik-adik buat movie running lagi pastu bincang dan ajuk filem tu sepanjang hari. *grin*


Thank you Allah, thank you mak abah adik-adik, thank you kawan-kawan for great 2014 i've been through. May Allah bless and ease our 2015 journey. 


Much love,
FA.





Monday

sakit putue cinta..err..

assalamualaikum..~

susah nak terang perasaan yang kelam tapi macam ada galau sikit. err..

mana mungkin kita mampu paksa orang yang kita sayang untuk stay dengan kita bilamana kita sedar dia dah takde lagi perasaan yang kononnya kita kongsi bersama satu ketika dahulu.
yeah..people's change, and their heart too..

tipu kalau cakap rasa dia macam takde pape pon sebab secara seriusnya sakit macam tak boleh blah. tambah-tambah kalau macam ada rasa rindu-rinduan pulak. emm..tapi, bersangka baik lah. dia mungkin bukan seteruk yang kita cuba bayangkan. dia pernah buat kita sengih sorang-sorang kot.

banyak sebab kenapa Allah hantar dia sekejap bukan untuk selamanya buat kita, bersyukurlah dia pernah masuk dalam life kita. putus cinta bukan penamat sebuah kehidupan. tak payah nak gaya jiwang dan sadis sangat la. bukan cinta sayang tu pon yang buat kita kenyang. go on with your life. be positive. there's always the reason why everything happen. Allah knows better. *smile*


Sunday

#Kursus : Pangkor the best!

assalammualaikum..~


Minggu lepas attend kursus asas jurulatih dan pendidikan luar kat Pangkor. Awesome sangatt. Both people and activities. Fall for it la bhaii. Sampai rasa oke-oke anda semua boleh panggil lagi datang sini. hehe. Trekking, snorkelling, cycling, abseiling, repelling, wall climbing, single tower, kawad, asas tali, kayak etc. Semua buat tanpa ngelat dan rasa sangat enjoy puas hati. tak sia-sia tenangkan hati untuk terima apa saja yang bakal berlaku sepanjang 6hari 5malam tu. Sungguh. Allah permudahkan. The best part adalah tidur dalam khemah tepi pantai lepastu barang kena geledah dan curik oleh beruk-beruk hutan.

Apa momen paling best?! harus sangat jawab masa jurulatih pilih untuk demonstrasi kayak terbalik. Ini laut bukan sungai oke. Kenapa boleh kena?! sebab partner aku yang si lelaki tu memang jurulatih dah kenal sebab selalu join benda sebegini. Aku rela dalam terpaksa je. Mujur masa demo tu semuanya lancar. Budak-budak lelaki tu puji aku berani, padahal dorang tak scan tengok jantung aku yang gila laju dupdapdupdap masa tu. pfft.

Kawan-kawan sangat best. takde pon dibezakan dengan status senior-junior mahupun sk-smk gituu. fuhh. kiranya semua orang memang aci redah je. Dah habis program sambung pulak ukhuwah kat wassup. Lepastu kerja dok habiskan bateri henpong dengan beratus-ratus wassup masuk satu hari. hadoiilaa..~



Lepastu bila balik kehidupan normal, aku rasa nak hentak-hentak kaki sebab tak sempat rehat terus busy sepanjang minggu. Rutin harian adalah sibuk dengan kerja dari pagi sampai malam. Tidur tu pon sebab tertidur. Grrr..~