assalamualaikum..~
alhamdulillah..hari ni ada lagi kesempatan nak update. kali ni pasal short vacay famili yang unplanned. kitorang memang ada weekend je since abah takde cuti dah. tambah lagi aku pon baru cuti dan adik lelaki dah start semester baru balik. jadi jangan nak mengada la nak lebih-lebih macam vacation lepas-lepas. i am very the excited nak pergi Cameron Highland. lama dah tak pergi sana. memang dah pengaruh mak cukup-cukup siap sibuk google-google itu ini. tapi last minute tak jadi. cehh..baru verangan nak makan strawberry bertimba-timba. but then, mak cakap nak pergi Langkawi then balik singgah Padang Besar sekali. walaupun tak excited sangat tapi boleh laa dari duduk rumah tak pegi mana-mana, huu..
jumaat petang kitorang bertolak ke Kuala Perlis. fetch adik dekat politeknik then terus gigih cari hotel nak check in. kitorang memang serius la unplanned. last decision lepas dok pusing-pusing Kangar kitorang decide duduk Putra Palace Hotel. tu pon sebab adik aku cakap dia tahu kat mana kedai steamboat & bbq rm10 yang dia pernah pegi. nampak tak lari dari idea asal perjalanan?! kalau tak silap nama kedai dia Renaz kot. elok-elok aku dok hairan apesal dia offer rm10 terus jadi tak hairan. lagi untung ada la. serius bijak dorang punya idea. bayangkan bila dia heboh steamboat boleh makan dengan harga rm10, orang mesti akan tertanya-tanya. kenapa rm10? untung ke dia? apa je yang ada? kalau pegi setakat sorang dua memang takkan rasa rugi tapi kalau dah satu famili macam aku memang satu kerugian besar la kalau tak makan sungguh-sungguh. dua jam kitorang lepak situ semata-mata nak cukupkan kuota rm70 yang kitorang bayar. hehe. tapi satu je, jangan expect steamboat ni hebat macam steamboat yang kita biasa bayar mahal tu. takde seafood tau. air pon tak termasuk dalam nilai rm10 tu. tapi bagi aku, oke laa.
pagi sabtu baru gerak pergi Kuala Perlis. hamboi ramai bebenor manusia nak pegi Langkawi ye.beratur punya beratur dapat la tiket pukul 12 tengah hari. so, kitorang lepak dulu dekat kedai makan depan jeti tuh. dalam pukul 2 camtu kitorang dah setel sume urusan kat jeti Kuah. then, sepakat gerak pergi kedai abang Jamal, anak sedara abah kat Datai. rindu gile nak pekena roti canai dia. memang terbaik lha. tak caya pegi la Datai Corner. masa sampai isteri dia jamu milo ais dengan bihun sup. lepas tu kitorang berpesta sakan la dengan roti canai. roti sardin dia memang superb. dah besar, tebal pulak, rasa pon sodap..haishh. pastu sambung dengan roti pisang dengan cheese. Ya Allah..nikmat apakah ini? sedaap sangat even makan camtu je. roti telur dengan roti planta dia pom mabeles. aduhaii..~ then, kitorang patah balik ke Kuah sebab memng cadang nak stay sana sebab senang nak ke sana-sini tempat shopim. ihikk. mak ngan abah lagi banyak tau tempat mana nak beli itu ini so, kami adik beradik memang tak argue la mana-mana diorang nak stay. lepas pusing-pusing, kitorang duduk dekat HIG Hotel milik Haji Ismail Group. memang tak menyesal duduk sini sebab kompleks dia sebelah je dengan hotel. kedai makan pon banyak depan tuh. malam tuh kitorang shopim cokelat bersungguh-sungguh dekat kompleks dia. mak rembat dua bagasi nak letak semua barang yang kitorang nak beli sebab kitorang datang hanya berbekalkan tiga beg galas dan satu beg baju je. kitorang punya niat nak membeli tu sampai sarat satu troli dengan cokelat kitorang kerjakan, sampai adik cashier tu buat muka kagum sambil lemparkan ayat-ayat menusuk kalbu. siap kau dik kalau akak jumpa kau lain kali.
pagi ahad lepas breakfast, gerak pergi mall dekat dengan Grand Continental. sini tempat kalau nak beli handbag. tambah pulak tengah buat sale. memang ohsem la bagi kaum wanita tak kira tua mahupun remaja. handbag berjenama diskaun 50% dan 70% , nak tunggu apa lagi. aku sendiri masuk-masuk je terus capai dua handbag dengan muka tak malunya. lepas tu buat muka dua kupang pinjam duit dengan abah. haha. next stop adalah Rams Home Decor. ini permintaan emak. oleh yang demikian tak ada sorang pon volunteer nak ikut melainkan aku. dah la yang lain bantai pegi pantai, kurang asam betol. cehh.
Sampai je Kuala Perlis, gerak terus pergi Padang Besar. kali ni tak ada apa sangat nak beli sebab tau bila musim cuti dorang suka kapak pelancong kaw-kaw. beza hokey pergi time cuti sekolah dengan pergi time tak cuti. so, aim kami adik beradik adalah beli baju. memang semua tak balik dengan tangan kosong. adik-adik lelaki aku yang banyak beli kat sini, yang perempuan beli sehelai dua je. tu pon sebab kali ni design tak banyak so, pilihan kami terhad. kalau handbag memang banyak pilihan. geram je aku tengok. lepas hantar adik aku balik politeknik baru kitorang gerak balik rumah. adik aku tuh tak padan ada project presentation minggu ni, gigih je nak ikut bercuti. haha. tapi macam seronok pulak rasa buat kerja bercuti tak pakai jadual cenggini. nak lagi boleyh??!