JellyPages.com

Friday

rasa

pernahkah suatu ketika
kau terasa sesak dan sebak
tanpa sebarang tanda.

rasa yang tak mampu terfahami
rasa yang perlu dikongsi
rasa yang memberat.


aku nak someone untuk kongsi apa yang aku 'rasa'. aku perlu kan seseorang untuk terangkan apa yang aku sedang lalui. aku perlukan jawapan yang boleh meyakinkan aku. terus terang aku akui, aku tak mahu mereka dengar luahan jiwa aku. sebab aku tahu sebab dan akibatnya. aku mahu dia dengari aku. sebab dia tak tahu sejauh mana hati aku. sebab dia akan beri jawapan yang berbeza. sebab dia tak perlu aku hadap. tapi mungkin jalan ceritanya, aku perlu bertahan dan bersabar dulu. sebab dia tak mampu hulurkan sedikit waktu. aku faham.



Thursday

Sunday

Ayam Penyet


ini bukan perkara paling latest yang berlaku.
ini entri 3 tempat dengan tiga rasa yang berbeza.
tapi satu nama yang sama.

haha.
ayat starter nak skema, nyampah kejap!

before ni asyik dengar je nama ayam penyet.
tak pulak rasa nak try makan.
alhamdulillah,bulan ni adalah bulan untuk ngetest makanan tersebut.

first time, makan di Wong Solo Bangi.
nyum3! sambal dia bikin aku tak senang duduk.
mana nak senang. sambal dia kena bibir aku.
pedih! harap maklum.

second time, makan original punya kedai indon kat Desa Baginda.
area rumah member aku. suggestion dari dia untuk try kat situ.
sedap! sambal dia terbaik, harga pun menarik!
tapi esoknya, aku, ayu dan mieza sakit perut berjemaah.

third, makan dekat Ayam Penyet Jawa di Semenyih.
jauh betul kedai nih, haha.
yang ni kawan kepada Cik Ayu iaitu Encik Didiey mau belanja.
yeay!! aku suka. boleh berjalan dan makan.
ayam dia paling best. lembut dalam, rangup luar.
terima kasih Encik Didiey!! =)


ayam penyet cap Wong Solo Bangi. hee.

Thursday

happy birthday cik tom



semalam dengan tarikh 20/9
is my cik tom punya ulangtahun kelahiran.

happy birthday sayang!


hehe..takde la gempak mana sambutan yang kitorang buat.
just prank kan besday girl dalam kereta.
siyan dia, sampai takut jadinya.
sori awak!! haha..

first, kitorang pergi makan dulu.
sebab belum dinner lagi semua time tuh.
then, Tutti Fruitti on the go. haha.
idea dari cik mieza weyh yang memang best.

next, pergi uptown jalan reko.
besday girl teringin nak pergi sana.
tak berjimba sakan pun sebab tak banyak gerai bukak. :(
tapi sempat la sambar blouse dengan t-shirt sehelai. hehe.
lepas dah puas, balik dengan senang hati.



itu dia birthday girl..!!







Monday

don't judge a book by its cover


belajar dari pengalaman. jangan menilai selagi tak betul tahu.



Sunday

..the dress, Putrajaya and us..

assalamualaikum..

semalam jalan-jalan area Putrajaya..saja mengambil angin sambil enjoy scenery dengan Farha, Nadiah, Tom and Ayu. Memang best sangat! thanks kOrang..again next time ea?! =)

first time keluar jalan-jalan pakai dress, hehe..dah lama beli tapi tak tau occasion apa yang sesuai so, semalam ajak Cik Ayu bergaya dengan dress jugak!

kami berlima


dengan Tom, Nadiah dan Farha.. =)



eh..tangan sape tuh? haha..

like..!!


Saturday

..dari sujud ke sujud,,



dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta


p/s: sekadar luahan dikala hati rawan..

Monday

open house jiran sebelah rumah!

assalamualaikum..

semalam, jiran sebelah rumah buat open house. semua budak rumah aku bukan main bergaya sakan. yang tak pernah pakai shawl tetiba pakai pulak. aku pakai biasa je sebab malas fikir dan malas iron baju. lagipun rumah sebelah je, saruk jubah sudah. baju raya save untuk majlis kat maktab. hehe.

orang Pantai Timur rasanya jiran aku ni. sebab ada Nasi Dagang dengan Laksam dalam menu hidangan. memandangkan tak ramai tetamu time tu maka, aku malas nak fikir bab-bab malu ni sangat. aku bedal je apa yang rasa nak makan. ada jugak la part tambah menambah hidangan kat dalam pinggan.

bila dah bergaya semua haruslah ada sesi amek gambar bagai op? makanya, dengan perasaan malu yang kurang menebal plus semua jenis gila berposing dan bergambar, snap sekeping dua kat jalan depan rumah.





macam biasa..aku tetap malas nak upload gambar!! cukup la dua keping tu..

word 4 da day: 14





kosong itu bosan.


Sunday

Quartet

assalamualaikum..


kali ni bercerita novel terbaru yang dibaca walaupun ni bukan novel terbaru kat pasaran. ok la tuh. aku tak kisah lama ke baru sebab bagi aku better late than never! oh, aku sangat suka dengan perumpamaan tu. hehe.


yeah! Quartet! novel yang berjaya tarik aku baca tanpa langkau muka surat mahupun terus selak helaian bab di belakang. aku suka cerita ni. cerita yang lebih aku dambakan dari cerita cinta picisan dalam novel biasa. ;)

Quartet membawa aku menelusuri hidup seorang Misa dari zaman jahiliahnya sehingga saat dia berubah 360 darjah dalam mencari cinta Allah. dari saat dia hanya ingin didampingi lelaki yang mencuri hatinya kepada bagaimana cinta itu sebenarnya membangun dan mendekatkannya dengan Yang Maha Esa. cerita bagaimana dia jatuh cinta dengan 4 lelaki yang akhirnya membawa dia bertemu pemilik sayap cintanya.

aku suka kisah bagaimana Misa berubah. tidak drastik. tapi selangkah demi selangkah. aku suka kehadiran Azra dan Milah sebagai sahabat yang sentiasa menyokong Misa dari rebah. aku suka bagaimana Misa bisa sering jatuh cinta dengan lelaki yang diharap dapat membimbing dia ke jalan Ilahi. sebab aku juga sama seperti dia yang mudah jatuh cinta.

aku suggest sangat korang baca buku ni!!







atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku




p/s: rasa menyesal sebab tak beli novel Contengan Jalanan karya Hlovate semalam..

Thursday

..doaku untukmu sayang..

kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia




dedikasi untuk semua yang menghiasi, menjaga, menyayangi, mendampingi, memberi kekuatan untuk diri ini..

sayang kamu semua!! =)

Wednesday

..i miss you..

Kekasihku percayakah kamu
Aku selalu menunggu..
Kekasihku percayakah kamu
Aku ingin bertemu..
Kalau kau cinta
Pasti kau tahu isi di hatiku

Ku bilang miss you pada dirimu
Agar kau tahu isi hatiku

Yang selalu menunggu di setiap waktu
Kerna I miss you





yes!! i miss you..
cuma awak yang terlintas.