JellyPages.com

Saturday

Bercuti di Perak..


assalamualaikum..~

mood cuti-cuti Malaysia masih tak habis-habis lagi. kali ini di negeri Perak Darul Ridzuan. ececeh..bercuti la sangat kan kat Perak ni padahal balik kampung..[sila lempang-lempang manja.]. As usual kalau balik sini sejak kebelakangan ini untuk menetap di Kurau Stone.





..one of the view..

 Maklumlah..semua dah membesar jadi si teruna dan si dara maka, malu-malu kucing jugak la nak tidur rumah sedara. tempat ni best untuk cuti-cuti rehatkan minda dan sesuai untuk mereka yang gemar memancing. bab memancing, sure inilah syurganya. ikan tak pernah aku tengok yang kecik-kecik. semua tahap ikan stim gedabak kat kedai tom yam tuh.

ops! banyak pulak cekadak dok buat promosi. dah-dah, korang pergi google sendiri pasal tempat ni. actually, selain untuk berehat kitorang akan pergi majlis kahwin anak kakak abah merangkap mak lang di Felda Gunung Besout, Slim River. so, dah pendek sikit jarak yang perlu dilalui and tak lah penat abah nak drive esok, hehe.

the other day pulak mahu pergi mandi air terjun. yippi!! air terjun ni dekat dengan jalan on the way balik rumah opah tapi tak pernah sekali pun lagi kitorang pergi selama dok berulang kali balik. this time mahu pergi cuba Air Terjun Sempeneh. kalau best, akan di rekomen pada next entry. so, wait and see peeps!!

seronok balik kampung abah ni..boleh makan buah-buahan fresh macam durian, manggis, salak and rambutan. ais kacang dan laksa still boleh dapat pada kadar RM1. ehh..terover plak!! 

till the next entry, smile people..~


Friday

1st Giveaway by Anis and Aina


assalamualaikum..~

jeng..jeng..jeng..

another great GA here..!!


seiously gadis-gadis manis serta wanita-wanita elegan di luar sana harus sertai GA yang super awesome nie.
boleh menyesal kalau tak join sebab bukan setakat hadiah dia tersangat la best tapi korang jugak akan diperkenalkan dengan blogshop yang very the best!!

done with intro!! :D

gadis-gadis bertuah, silakan jenguk ----> Ayu Iman Hana Yuki Yuyu 


My First Giveaway by Aimi


assalamualaikum..~


jom join giveaway dari aimi nie..~

mudah dan menarik! 

tag mereka ini ---- >  Ayu , Iman , Hanahyun 


selamat mencuba nasib !~

1st Giveaway Lily Butterfly


assalamualaikum..~

ini adalah giveaway yang best dari cik intan yang comey.


syarat penyertaan sangat mudah dan yang penting hadiah sangat menarik!

paling menarik minat tentulah PERFUME yang cik intan tawarkan. design botol nak comel.

mau tag mereka ini:



First Giveaway Dya


assalamualaikum..~

hai kawan-kawan.. ini satu lagi GA yang menarik untuk kita join.



untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan..kawan-kawan boleh klik banner di atas..

kepada empunya GA, saya dari berasal dari Penang..tapi study kat Selangor.


kepada yang membaca entry ini, secara automatik anda telah diTAG..harap maklum!!

Giveaway by Triple F


assalamualaikum..~


hah..cantik kan banner diatas ni..

ini adalah giveaway dari cik triple F iaitu Faja, Farinah dan Fika. so, jom kita meriahkan giveaway ni sama-sama. tak rugi pun kalau kita join dan meriahkannya.

sila tekan SINI untuk syarat-syarat penyertaan.


saya nak tag mereka dibawah ini..tapi sesiapa yang terbaca pun diTAG jugak..



Wednesday

tya, abot dan roman.


assalamualaikum..~

selamat petang semua si chantek manes dan si pria ganteng !

dah lama rasa tak jiwang..ececeh! lama la sangat kan. actually lepas kena tegur dengan follower setia blog ni iaitu adik aku tya, terus macam segan dah. budak tuh suka bahan aku dengan benda yang aku tulis kat sini.cess! memang nak kena sebat budak ni. padahal aku dah warning, baca je tapi tak boleh tanya atau kata apa-apa.

 itu tak masuk adik bongsu aku, abot. tengah syok-syok aku taip karang selamba badak je dia datang dan baca kuat-kuat. weyh-weyh!! kau boleh tak jaga sikit kelakuan kau tuh abot?! nanti tak nak layan kau macam tuan besar baru kau tahu erti penyesalan kot.  tak pun catu kau dari main game. haha.

haa..cakap pasal game, abot memang la hantu yang kita cari. kalau dia cakap nak main dan kau bagi jawapan tak boleh,  dia akan kacau kau sampai kau bagi dia main apa yang dia nak. dia kalau main game nak menang je selalu. kau tak payah berharap la nak menang. sebab tu dulu adik-adik aku semua tak nak main dengan dia dan sebagai kakak sulung aku la yang akan dia ajak main. cehh!  dia cepat pick up kot bab game tapi kalau kau duduk sebelah dia ajar matematik sumpah rasa nak marah maki dia. 

si budak bertuah, abot dan tya.

alamak! membebel banyak sampai terlupa niat sebenar nak ajak korang dengar lagu satu ni. tak tau baru atau dah lama tapi yang pasti aku baru je dengar kat hotfm. sedap jugak dilayan plus dia ada dua version, slow dengan fast version punya.  lagu ni adalah OST Tihany.

roman - roman ft kilafairy [fast version]

roman - roman ft kilafairy [slow version]


cinta..
usah kau ragu
ia kan selalu menemanimu
biarkan ia bertamu


jOm dengar..~!



p/s: tya and abot!! ayong sayang korang walaupun dah terkutuk kat sini. hehe. sorry, tersengaja! :p

Tuesday

Fullmusik Giveaway


assalamualaikum..~


jom join giveaway dari fullmusik !
dah masuk tahun ke-4 dah.. tahniah!
happy anniversary fullmusik!!~


inilah banner untuk giveaway yang best tuh. 
kenapa aku kata best?!
sila baca entry hingga titik terakhir oke.
hehehe..

meh kita menjawab soalan-soalan exam yang disediakan.

i) sebab kenapa mahu menang hadiah dari fullmusik.

- first and foremost, mestilah sebab aku suka and minat giler kat kamera tuh. comel doe! 

- hadiah itu sangat COOL oke..sangat COOL diulangi !! gila kau nak menangis aku  tengok. aku pernah usha mini kamera camtu dari blog Irine Nadia Marcello. 

- bukan selalu nak menang hadiah macam tu kan. apa salahnya sekali sekala bagi aku menang giveaway camni. hehe. 

p/s:  sorry la kalau sebab-sebab aku bagi ni simple sangat. Bak kata Abang Long Dil dalam KL Gangster, " ayat tu kalau boleh jangan macam drama petang-petang, gua tak leh terima, tak leh blah".

sebenarnya.. aku baru je berhenti guna fullmusik hari tu sebab aku ada letak video. tapi sekarang dah pakai  balik. gila dah banyak lagu baru dalam tuh. baru beberapa bulan je kot aku tinggal. yang penting bahagian lagu korea. terbaek!! sila update lagu korea yang best dan terkini banyak-banyak lagi wahai tuan punya blog. 

cuba tekan sini  nak taw lebih-lebih..


                                        
dikau sungguh ohsemm wahai  kamera!


 berjiwang la sampai terawang-awang ~



tahniah pada yang mampu baca sampai sini. :)


Monday

Coolest Siblings On Earth Contest


assalamualaikum..~

terbaca pasal contest ni kat blog cik izyankaher.
tajuk pun dah macam wow! so, i decide nak join.



klik kat atas nih kalau nak tau syarat-syarat penyertaan oke..


setelah berfikir dan berfikir lagi pasal gambar yang paling awesome dengan siblings
i choose this sebab aku rasa sangat awesome plus hasil tangan adik yang sweet.

cik izyan.. ni dikira sebagai one picture jugak kan?!

the best moments when lepaking dengan my siblings?!

sebenar dan sejujurnya.. semua moment kitorang bersama pun memang sangat best even time tu tengah perang besar atau gaduh. sebab benda tuh yang buat kitorang lagi rapat dan faham kehendak dan personaliti masing-masing walaupun kadang-kadang rasa macam  jahat syaitannirajim jugak la kan. disebabkan semua pun berterabur kat atas bumi Malaysia ni maka, kitorang jadi rapat than before. pernah rasa adik korang nangis by the time train korang berlepas sebab rindu dah? sebak je dengar tapi terharu sobsobsob. gambar kat atas tuh antara himpunan masa-masa kitorang bersosial bersama. so, conclusion dia, bila kami bersama-sama maka, itu adalah momen paling best the best lepaking ngan siblings. :)

so, the cool girl yang di tag please check the contest out


Saturday

Selamat Bertunang Syafi !


assalamualaikum..~

hari ni satu lagi catatan akan tertulis. catatan ikatan dua hati yang dalam perjalanan menjadi satu.
okey ! bahasa mudahnya, bertunang.

tahniah untuk Cik Syafiqah Zalahuddin !!

congrates dear..~

Syafi ni budak yang duduk depan aku dalam kelas. 
kitorang tak la rapat  tapi seronok berbual dengan dia.
duduk dengan dia bermakna bersedia untuk gelak.
macam-macam hal akak sorang ni.


sekarang, dia wakil tunggal kelas aku yang dah disarung cincin ber'title'.
kalau cincin biasa tu tak payah nak kira la kan. boleh beli bersepah-sepah kat luar.
dengan ini juga bermakna kemarau panjang dah berakhir.
batch aku hanya ada dua kelas yang belom ada sesiapa bertukar status
sama ada 'tunangan' atau 'suami/isteri orang'.
kelas aku dan kelas ex-roomate aku.
oke..kecoh ! bangga tak tentu pasal.

bytheway,
selamat bergelar tunangan orang Syafi.

Thursday

Beauty Contest from Aina Rahman


assalamualaikum..~

this time about contest. 
macam tau-tau je aku gedik nak join.
baru pasang niat semalam, hari ni dah kena tag.
tu la namanya rezeki. alhamdulillah.

jom usha sama-sama..




contest Kak Aina yang gorgeus.
tukang mekap la pulak kan.
mana la tau kot-kot menang
baru la jadi fairytale betul
fairytale apa?!
alaa..yang ugly duckling bertukar jadi swan tuh.
hamboiihh..over berangan!
cepuk kang ~!

kalau nak tau pasal contest ni
sila layari link dibawah

Aina Rahman

baru la thrill sikit kan.
kalau cerita semua nanti tak suspen sangat.

insan-insan terpilih sekalian..~
jenguk-jenguk la yer

Mishie Yuki
Cik Anis
anismelon
Cik Sha




Tuesday

tahniah kawan..~


assalamualaikum..~

buat apa hari ni ea?!

membilang-bilang kad kahwin yang banyak dalam rumah ni.
agak sengal disitu.

point utama adalah nak wish bakal pengantin


CONGRATULATIONS!!

untuk semua yang bakal akhiri zaman anak dara/teruna.
especially to my long-no-see-friends.

still tak tau until dapat sms dari my bestfriend.
cakap kawan kitorang dah nak kawin.
akad nikah 17/12 ni.

kitorang rapat masa baru menginjak menengah bawah.
tapi naik je menengah atas dia pindah ikut family.
so, start la hikayat lost contact terus.
sampai la jiran bestfriend tu belajar satu tempat dengan dia.
baru dapat contact balik.

dulu selalu bising teka sape yang kahwin dulu.
so, i guess kitorang dah dapat jawapan.
antara kami bertiga dia dulu yang jadi isteri orang.
hebat betol..~





Thursday

happy birthday angah..~

assalamualaikum..~

hey hOi..!!

aduhh..! lambat lagi update entri.

biasa la orang busy belajar jadi suri rumah tangga. 

panggg!!
oke..dah kembali ke dunia nyata!!

hey angah..~~

HAPPY 21nd BIRTHDAY!!

besar sudah adik ayong yang senget sorang nih.
belajar jadi budak baik dan rajin.
belajar jadi ayu sikit.

semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur kamu sayang!
semoga semua impian dan hajat kamu bakal tercapai.
semoga happy dan ceria selalu. :)

^^

Saturday

Hyoyeon.SooYoung.Seo Hyun.


assalamualaikum..~~

hey si cantik dan si kacak semua..~~
sape kenal kumpulan HOT korea SNSD?!

xkenal?!
Girls Generation kenal?!
nama lain bagi kumpulan tersebut.

tak kenal jugak?!
sila baca saja entri ni diam-diam. : p

 meet the lovely girl..aww!~~
..SNSD..

 ..hyoyeon..
favourite adik aku no.2
awek chantek ni adalah penari utama SNSD.
muka dia kalau perasan macam Song Hye Kyo.
adik aku kata, dia cute dan lawak.
sebab tu la dia minat.
okey a~nyah!! :D

..SooYoung..
ni pulak favourite adik aku no.4
kaki dia adalah paling chantek dan dia ahli paling tinggi dalam SNSD.
bagi aku, dia comel dan dia sangat pandai buat imitation.
kalau tak percaya cuba search kat youtube.
confirm penat korang gelak golek-golek.

..Seo Hyun..
ni confirm la favourite aku.
maknae SNSD atau bahasa Melayunya paling muda.
bagi aku, dia cantik, pandai jaga diri dan unik.
orang yang paling dia kagumi adalah Ban Ki Moon.
Secretary-General of UN. hoho!~
aku sangat suka rambut dia! HEHE.


ni gambar masa rancangan 'Hello Baby'

kumpulan ni baru buat comeback..tengah meletop dengan lagu 'The Boys'.
chantek mv tuh. cuba tengok kalau tak percaya.



p/s:  hy~un di bahagian sidebar ni adalah Seo Hyun. kalau anda perasan!

makan ketam..yummy!!


assalamualaikum..~~

[ihsan cik goOgle]

yummy! yummy!
korang kesah atau tak ~ aku tetap nak cakap
aku dah craving untuk hidupan ini selama satu semester.
kalau pergi pasar hanya mampu tengok je. sob3.
sebab aku tak reti masak ketam. tapi ia sangatlah menggoda.

setelah bersusah-susah dahulu simpan perasaan 
akhirnya semalam aku bersenang-senang dengan ganjarannya.
memang sangat ohsemm dapat makan ketam.

bukan main jauh sampai ke Kuala Perlis kau.
padahal ketam kat pasar dekat rumah pun ada.

cehh..~
banyak cekadak pulak aku nih..
impian aku ditunaikan pun dah cukup bagus.

makanya..
semalam memang makan ketam dengan bersungguh sampai kenyang.
sampai terkepit lidah aku kat kulit dia.
kebas seminit dua pastu aku sambung balik makan.

abah dah senyum-senyum tengok
gamaknya dia bermonolog dalaman
'teruk betul perangai anak aku sorang ni'

memang sangat terBAIK lah semalam.
sotong dengan ikan pon ada.
tapi maaf, aku hanya setia pada ketam.
jadi, adik-adik aku memberi laluan kepada
kakak mereka untuk makan apa yang disukai.
terharu... ~~

disebabkan itu,
aku mampu tidur dengan lenanya.malam tadi..

^^

Friday

meet hijrah..~


sila uji ingatan anda..~
masih ingat entri mengenai budak kecik?!

xhengat?!
sila godek entri lampau sendiri. terima kaseh.

kali ni jom berkenalan dengan budak kecik tersebut.


ini hijrah.
budak kecik banyak perangai.
semalam berguling dekat tong sampah.
sebab?!
aku tak nak amek gambar dia banyak-banyak.
ceh..~

hari ni tercekik gula-gula.
tetiba je padahal takde sape-sape kacau.
huff..

back to the gambar..~
ni masa bawak dia bercuti tengah tahun ni.
yang dia tau keje nak terjun masuk kolam renang.
dalam atau tak belakang kira.
kalau tak bagi confirm satu tempat tuh boleh dengar dia nanges.
balik-balik kitorang gak malu.
so, takde pilihan kena jadi pak turut.
grr..~~



budak kecik dengan mama angkat dia. HAHA.
sikit-sikit cari adik aku yang nih..
disebabkan tak pandai sebut 'angah'
maka, dia panggil adik aku 'a~nyah'
suka suki betol.
aqila tukar jadi 'tya'
abot bertukar jadi 'abok'
nasib aku dia boleh sebut ayong. 

walaupun banyak kerenah buat orang geram
tapi orang dalam rumah aku ni still maintain sayang kat dia.
apa rahsia kau budak kecik..?!!~

^^

happy birthday iman..


assalamualaikum..~

bertemu lagi jumaat yang indah..alhamdulillah!!~

pada yang pergi mengadap Ilahi..iringi mereka dengan al-Fatihah bersama-sama.

buat yang menyambut ulang tahun kelahiran, happy birthday yaww..~

walaupun terlewat tapi masih mahu buat entry istimewa untuk this girl.

sape?!

the special person yang melengkapkan perjalanan cerita hidup ini. 

 berhenti ayat skema!!~

oke..sila terjah cik iman kalau nak kenal beliau lagi.

hey iman!!~ 
happy 22nd birthday girl..~~!
apa wish untuk umur baru ni?
xkesah lah walaupun kamu hanya akan ada 30 hari lagi 
sebelum menambah satu lagi angka kat belakang tuh.
chill babe..~!

semoga kamu akan terus dimurahkan rezeki dan panjang umur.
sentiasa Allah limpahkan bahagia dan kasih sayang.
sentiasa cantik dan awet muda!~ HAHA.

kalau nak taw, beliau ni ratu adobe kat kelas aku.
hasil kerja  beliau memang marvellous lah.
beliau juga pandai handle sesuatu perkara spontan.
emm..paling aku suka kalau dia berlakon depan orang ramai.
HAHA..~ terBAIK!

again girl..~
happy birthday..

Monday

nak cium..~


kebiasaan masa cuti akan ada selingan dengan budak kecik.
yang suka buat kecoh dan bajet comel dalam rumah ni.
suka buat benda yang ntah-pape-mintak-semua-gelak.

maka, bila aku terpengaruh dengan si kecik
dengan aksi dan perkara yang annoying
maka sah-sah aku di offer dengan penampar 5 jari.

paling latest, main-main mintak cium gaya geli-geli.

"nak tium!! nak tium!!" [nak cium]

sekali dengan muncung ala-ala tapir tuh.
nanti tadah la budak kecik tuh pipi dia.
tak pun aku yang kena ready pipi.
pastu selamba badak je kata aku gatal.
cess..~

bila aku bosan kadang-kadang aku offer ayat tuh
kat adek beradek aku jugak.
semua dah gaya nak belasah aku dengan pandangan jijik.
haha..~~



moral : jangan terpengaruh dengan si kecik.

;D


Sunday

wordless.two.

you're mean







peeps..!!

hari ni masuk tahun baru dan aku baru je buat azam baru.
and suddenly some brainless people just make me take out the word

'SUCK'

hey!!
is it fun to be mean with other??

hello..~
kalau korang dah tak dapat nak rationalize sangat apa yang jadi
so, tak payah la nak kaitkan dengan orang lain.
tak payah nak pertikai itu ini.

pleasee laaa..!!~
bila nak judge people tuh boleh tak fikir dulu?
so that, takdela malu sangat kan bila kena bidas katak gitu je.
what a shame..~

ludah ke langit dan jilat balik..
oh mann..!! sungguh tak cool ok!

well..~ here goes some advice yang encourage a bit..

Most mean people have a sarcastic edge....arm yourself with a few funny one-liners that you can use when faced with a negative person.

Don't take what a mean person says personally...it is their problem, definitely not yours!

If you have a friend that has a mean streak and tends to say things that hurt you or others, try saying, "Ouch" out loud and never allow yourself to get sucked into the behavior. Always know it is okay to not continue the friendship.

Don't go running away scared from a mean person, walk away with a stronger sense of yourself, knowing that you made a good decision not to get sucked into the negativity!



be strong dear..~~!

salam maal hijrah


assalamualaikum..~~

salam maal hijrah semua..!!~

mulakan hari ceria dengan azam dan niat yang baru.
mesti ramai yang dah mula buka buku baru kan?!

so do i.
so, marilah kita sama-sama berhijrah ke jalan yang lebih lurus.

kita tutup semua kisah semalam dan kelmarin dengan buku lama.
kita maju ke depan dengan senyuman yang lebih menawan oke?!



^_^


Monday

Malam Seribu Kenangan



assalamualaikum..~

this time about Malam Seribu Kenangan.
untuk rai semester 8 under Persatuan Prasekolah. :)

pernah pergi Perantau Hill??
boleh tahan jugak tempat tuh.
takdela jauh sangat dari maktab.
so, kami budak sem 6 nih takdela terkejar-kejar sangat.
yela.. petang tuh ada paper muzik, habes pun dah pukul 5.

sampai-sampai je dah teruja tengok meja makan. yummy!!
agenda pertama pulak adalah makan, lagi lah suka.



quite sedih masa sesi bersalam-salaman dengan dorang. T.T

tapi tak jadi sedih lebih-lebih sebab dapat 2 3 kad jemputan kahwin..
terus moOd bertukar kepada gossip girl.
;p

zura! partner bergosip malam tuh..~
dari mula sampai habis majlis. :)

**************

all the best kakak-kakak dan abang-abang!!
ingat pesan lecturer-lecturer JIP ok..~
jadi cikgu prasekolah yang comel dan baik.

blogger kelas kami..~
takde kena mengena tapi saje buat kenangan.

blog kena terjah!


Assalamualaikum..~

pheww..~ lega satu paper dah lepas!
two more to go sayang.. fighting!!

habes je paper tadi, decide nak call my mom.
konon nak tanya pasal adek yang amek SPM hari ni.
macam la adek aku tuh nak terharu sangat la kan aku take care exam dia.
peliss la aliya!

baru je buat mukadimah.
mak aku cakap dengan selamba badak

"mak tengah tengok blog along nih."
bayangkan dia cakap sambil gelak-gelak.

terus aku bagi arahan terbaik.
" mak pegi kat atas sebelah kanan tuh ada button x kan?! tekan sekarang!"
gelak-gelak tapi tertekan.

rasa macam nak hantuk kepala laju-laju atas bantal.
biar hilang sekejap perasaan malu.
macam tu relax je kena terjah.
dah la belog ni bengong-bengong.
bersajak dengan madah pujangga semua.
=.='

kena tebalkan muka mulai hari ni.
pasti jadi bahan seminggu pertama lepas jejak rumahku syurgaku tu.
T.T



moral: berhati-hati dengan setiap perkara yang dilakukan..~ =)

Friday

menjauh bukan melupakan..


menjauhkan diri bukan bererti melupakan..

tidak berhubungan bukan bererti tidak bersangkutan..

cuma.. KEINDAHAN yang dirasai itu tidak mahu dipupuk..

kerna..~~

AKU TIDAK MAHU UNTUK MELALAIKAN.










from fatini azami wall..~~

selamat mengulangkaji..~~



exam datang lagi..!! larikk..~~

boleh tak buat macam tuh?
memang nak kena pelempang la kan jawabnya.

aku sanggup lagi pergi kelas tiap-tiap hari.
pergi lawatan sana sini.
pergi prasekolah buat ajar budak.

tapi..~~
aku paling tension kalau kena ngadap buku semedang.

terpaksa terima hakikat!!
exam dan student tak dapat dipisahkan lagi.
bagai aur dengan tebing la kan.
macam isi dengan kuku pulak tuh.

jadi..~
buat diri sendiri dan budak-budak lain yang amek exam.
selamat mengulangkaji semua!!
selamat menjawab peperiksaan juga..~~

~~..study smarter not harder..~~


baru lepas nangis sebab kena study..!!
oke..tipu jer!! hehe..
tetiba je muka jadi sembap macam tuh.


akak cun yang teman saya study di Mcd..~
bukan salah saya!! dia yang ajak dan bawak..


Sunday

aidiladha

salam aidiladha semua.
still tak lewat kan wishes tuh?!

aku bet mesti korang punya raya best kan?
even aku tak balik tapi alhamdulillah raya ni tak sia-sia.
rindu pada soto mak pun terubat dengan hidangan kat rumah lecturer.

aku beraya di alamanda kali ni.
korang ada?! takdekan?
mula-mula bajet teringin nak main bowling. so, bebudak ni layan je la niat aku tuh.
aku tak menang pon, dapat no.3 je. ok la tuh sebab saat-saat akhir banyak melongkang. menyampah jugak aku dibuatnya!

berdepan dengan bowling centre tuh ada kedai game.
ala, macam arkid untuk kau pergi lepak-lepak main segala game dengan member tuh.
aku pernah masuk dan aku teringin masuk lagi.
tapi sape je la yang nak temankan aku masuk tempat camtu.

hari ni aku berjaya masuk semula dengan member yang sporting plak tuh.
memang teruja dan seronok sangat, seyes!
tak tengok kiri kanan dah bila menjerit sebab menang.
childish sangat dah aku nih.
the best part bila etie ajar aku main satu game menembak.
best giler siot!! tapi aku main sekali je untuk tambah pengetahuan.
sebab aku kena guna 4 token untuk main sedangkan yang lain guna 1 atau 2 token je.
rugi pulak kalau main banyak-banyak kali.

dah siap main dan bazirkan duit tuh macam biasa la, mencekik!
bila dah kenyang dan puas exercise dalam acara berjalan pusing mall,
baru la fikir bab balik rumah.

balik rumah pun tak buat apa-apa pun.
bersenang-senang, usik-mengusik, gosip-menggosip sampai bosan
kemudian layan cerita 'hajar & aswad' kat tv.

the next stage adalah tidur.
ini harus okay! nak charge balik bateri yang dah habis guna hari ni.
oleh itu..tata semua!! :)

Tuesday

setelah assessment..

tidur lena setelah assessment berakhir..~~

walaupun yakin bukan dapat markah yang tinggi
at least, confident tekan papan keyboard even nervous sampai lupa beza not major dan minor.

okeh, terbaik la kan macam tuh!!
(T . T)


dapat pesanan hikmat before keluar bilik ujian,
praktis lagi yer..~~

whoa!!
rasa macam kena simbah air sejuk di tengah panas.
(^.^)


..tak tau nak interpretasikan perasaan happy atau sedih..

Sunday

teruja


wahahaha..!!

teruja beronline dari atas train di stesen ipoh dengan kepulangan ke bangi dengan kadar paling lewat dalam sejarah selama berulang-alik penang-bangi.

rasa macam nak pasang lagu teruja-ella sambil nyanyi kuat-kuat.

gila tak sedar diri kan?!
padahal esok ada assessment keyboard untuk subject muzik. menggagau la awok ea malam ni.

doakan yang terbaik untuk saya esok! :)

majlis kahwin yang best .


sepupu aku sebelah abah kahwin ahad lepas before deepavali.
dan itulah punca kenapa aku tak beria suka nak balik kampung.
sebab family aku datang bangi. hehe.

linda and her husband, si pengantin baru.


adik ngah, me and sapura, sepupu kami.
amek berkat bergambar dengan pengantin. : p
well, aku dan si pengantin mempunyai umur yang sama.
tapi dia dah jadi wife orang sedangkan aku masih lagi tak matang-matang.
nasib aku belum sedia nak jadi bini orang lagi. [ececeh!!! statement nak gatal..~]


tiga anak dara ni memang tak boleh duduk diam.
keje nak berposing bergambar je.
tapi aku ampun sikit than adik aku dua orang tuh.
takde mood nak bergambar berlebihan hari tu.


adik ngah, my mom and my youngest brother.
sedondon mereka except budak kecik yang belakang tuh.
saje nak menyebok!


fokus gambar ni adalah pada bunga di tengah meja tu sebenarnya.
simple tapi sangat menarik. bunga hidup penyeri meja.
sebab takde meja yang kosong so, bantai snap even mereka sedang menjamu selera.
sorry abang Eddy! boleh terbantut selera anda dengan kami..hehe~

*************

aku paling suka tentang majlis ni adalah makanannya.
memang terbaik dari ladang!!

ada kambing bakar, coleslaw, mash potato, marshmallow celup coklat, kuih koleh kacang, kuih seri muka, buah-buahan, bubur jagung.

air pun tak nak kalah. air punch buah-buahan bukan sirap atau oren. ada pulak teh tarik ngan nescafe.

semua aku suka except kurang sikit kat part kambing tuh. itu baru side dish.
menu utama pon hebat. memang berbaloi datang kenduri ni.

^^

Wednesday

super sunday!




dah lepas baru nak terhegeh-hegeh update kan.


bukan setakat salah warna tema, muka aku buleh pulak jadi macam tuh. grr..~
btw, tahniah kak mira!


cik ayu invite me, zura and etie untuk pegi convo bakal kakak ipar beliau kat UPM. aku malas jugak la mulanya sebab macam nothing jugak pon aku dapat kalau pegi. tapi bijak je cik ayu ni umpan dengan ajak pegi ekspo buku area UPM tu jugak. terus aku cakap yes and bersiap.


kejap je kat convo nie. then, pegi ekspo pulak. semua buku adalah buku English ok!! dari bebudak punya sampai la orang tua. pilih je korang nak genre apa. best sebab dia macam buat kat satu dewan besar yang tertutup. so, selain dilimpahi dengan buku-buku, boleh lah tengok manusia-manusia bergelimpangan atas lantai sambil baca buku dengan family atau kawan-kawan.

lama jugak aku usha buku.. kesian kawan aku zura yang dok ikut je aku ke hulu ke hilir. tapi aku nak jugak beli buku, at least mesti ada satu bila aku keluar nanti. teruk betul perangai aku sekarang ni. akhirnya, dapat 3 buku jugak. yeay!!


ni adalah buku yang menarik hati aku. walaupun belum habes baca, rasa nak je recommend kat yang lain.


buku yang sesuai untuk aku. tapi sebab dah tengok citer tuh so, tak nak la beli.


hehe (^.~)

Friday

word 4 da day:16



nasihat dari yang ramai itu kadangkala lagi baik dari seorang.

nasihat dari seorang tetapi penuh ilmu dan hikmah itu lebih bagus berbanding yang ramai.


^_~

Thursday

i will be rising from the ground





Skies are crying, I am watching
Catching teardrops in my hands
Only silence, as it’s ending
Like we never had a chance
Do you have to make me feel
Like there’s nothing left of me

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass
Like I’m made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better
To watch me while I bleed
All my windows still are broken
But I’m standing on my feet

Go run run run I’m gonna stay right here
Watch you disappear yeah
Go run run run yeah it’s a long way down
But I’m closer to the clouds up here


Wednesday

aku tak mau sendiri



dimana kamu dimana, di sini, bukan
kemana kamu kemana, ke sini, bukan
katanya pergi sebentar, ternyata lama
tahukah aku sendiri menunggu kamu

jangan kau pergi lagi
aku tak mau sendiri
temani aku tuk sebentar saja
agar aku tak kesepian

katanya pergi sebentar, ternyata lama
tahukah aku sendiri menunggu kamu

jangan janji-janji terus
aku tak mau kau bohong
temani aku tuk sebentar saja
agar aku tak kesepian


dengari INI




Saturday

word 4 da day:15


"ketika org lain bergntung pd dunia, gntungknlah dirimu hnya kepada Allah..

ketika org lain berasa gmbira dgn dunia, jdkanlah dirimu gmbira krana Allah..

ketika org lain berasa bahagia dgn kekasih2 mereka, jdikan dirimu berasa bahagia dgn Allah..

ketika org lain pergi mngadap raja2 & pmbesar2 utk mgharap harta dan mencintai mereka, jdikanlah dirimu benar2 mencintai Allah" - Ibnu Qayyim R.H

Friday

rasa

pernahkah suatu ketika
kau terasa sesak dan sebak
tanpa sebarang tanda.

rasa yang tak mampu terfahami
rasa yang perlu dikongsi
rasa yang memberat.


aku nak someone untuk kongsi apa yang aku 'rasa'. aku perlu kan seseorang untuk terangkan apa yang aku sedang lalui. aku perlukan jawapan yang boleh meyakinkan aku. terus terang aku akui, aku tak mahu mereka dengar luahan jiwa aku. sebab aku tahu sebab dan akibatnya. aku mahu dia dengari aku. sebab dia tak tahu sejauh mana hati aku. sebab dia akan beri jawapan yang berbeza. sebab dia tak perlu aku hadap. tapi mungkin jalan ceritanya, aku perlu bertahan dan bersabar dulu. sebab dia tak mampu hulurkan sedikit waktu. aku faham.



Thursday

Sunday

Ayam Penyet


ini bukan perkara paling latest yang berlaku.
ini entri 3 tempat dengan tiga rasa yang berbeza.
tapi satu nama yang sama.

haha.
ayat starter nak skema, nyampah kejap!

before ni asyik dengar je nama ayam penyet.
tak pulak rasa nak try makan.
alhamdulillah,bulan ni adalah bulan untuk ngetest makanan tersebut.

first time, makan di Wong Solo Bangi.
nyum3! sambal dia bikin aku tak senang duduk.
mana nak senang. sambal dia kena bibir aku.
pedih! harap maklum.

second time, makan original punya kedai indon kat Desa Baginda.
area rumah member aku. suggestion dari dia untuk try kat situ.
sedap! sambal dia terbaik, harga pun menarik!
tapi esoknya, aku, ayu dan mieza sakit perut berjemaah.

third, makan dekat Ayam Penyet Jawa di Semenyih.
jauh betul kedai nih, haha.
yang ni kawan kepada Cik Ayu iaitu Encik Didiey mau belanja.
yeay!! aku suka. boleh berjalan dan makan.
ayam dia paling best. lembut dalam, rangup luar.
terima kasih Encik Didiey!! =)


ayam penyet cap Wong Solo Bangi. hee.

Thursday

happy birthday cik tom



semalam dengan tarikh 20/9
is my cik tom punya ulangtahun kelahiran.

happy birthday sayang!


hehe..takde la gempak mana sambutan yang kitorang buat.
just prank kan besday girl dalam kereta.
siyan dia, sampai takut jadinya.
sori awak!! haha..

first, kitorang pergi makan dulu.
sebab belum dinner lagi semua time tuh.
then, Tutti Fruitti on the go. haha.
idea dari cik mieza weyh yang memang best.

next, pergi uptown jalan reko.
besday girl teringin nak pergi sana.
tak berjimba sakan pun sebab tak banyak gerai bukak. :(
tapi sempat la sambar blouse dengan t-shirt sehelai. hehe.
lepas dah puas, balik dengan senang hati.



itu dia birthday girl..!!







Monday

don't judge a book by its cover


belajar dari pengalaman. jangan menilai selagi tak betul tahu.



Sunday

..the dress, Putrajaya and us..

assalamualaikum..

semalam jalan-jalan area Putrajaya..saja mengambil angin sambil enjoy scenery dengan Farha, Nadiah, Tom and Ayu. Memang best sangat! thanks kOrang..again next time ea?! =)

first time keluar jalan-jalan pakai dress, hehe..dah lama beli tapi tak tau occasion apa yang sesuai so, semalam ajak Cik Ayu bergaya dengan dress jugak!

kami berlima


dengan Tom, Nadiah dan Farha.. =)



eh..tangan sape tuh? haha..

like..!!