JellyPages.com

Wednesday

Raya 2016

assalamualaikum..~


Seronoknya lahaii beraya tahun ni. Aku rasa best je hari-hari unless untuk hari bermulanya kena masuk kerja. Rasa cam spoil. Dah la dalam mood raya, ada pulak buat perangai macam sumbat lemang dalam kepala. Haishh..sabo je la.

Tahun ni sebab adik beradik dah matang sikit, kami yang handle preparation raya. Bab bajet, hidangan raya, pakaian raya, bahan mentah, bahan basah. Hoish..banyak laa..mak tinggal jadi master chef, adik aku yang dua lagi tu jadi chef kuih raya. Aku dorang kasi kitchen helper je. Ciss..mentang-mentang la aku selamba beli kek siap dah untuk raya. Yelaa..tahun depan aku bakar dua tiga biji ye.

Aku memang teruja gila ah. Gi cari baju raya pon rasa bersemangat padahal nak sedondon tapi cari baju last minit. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat warna biru yang dihajati, tetap juga kami semua sedondon di pagi raya. Kuih raya memang tak beria sebab memang buat benda yang nak makan. Bab pi pasar pagi paling teruja. First time aku betol-betol beli semua barang sebab biasa aku bahagian potong memotong dan bantu membantu je. Tolong faham perempuan kuat shopping memang perangai camtu. Eheh.

Pastu tetiba terasa cam hebat sebab pandai buat bajet raya. Rasa macam kaklong-kaklong gitu boleh handle adik-adik dan isi rumah. Haha. Siap tahun ni boleh bersenang-senang tak kalut malam raya dah. Aku syak bila dah besar semua benda akan jadi lebih terkawal berbanding time hingusan.

Raya keempat kami buat makan-makan. Meriah oii. Jamu orang makan memang perasaan dia mabeles kan walaupon bukan kau yang masak. Ihiks. Sepupu-sepupu aku pon join. Jadi lagi meriah. Siap khemah bagai. Pastu dah hujung-hujung hari mula la nak emo. Dah letih :p sape suruh jadi runner. Sape suruh kau yang tau semua benda. Sape suruh sampai tiga rumah kau nak kena jaga. Aku baru nak makan nasi boleh pula ada yang tanya mangkuk polisterin kat mana. Bantut selera.

Dah beronok-ronok sampai raya keempat, masuk hari kelima memang malas kuasa empat la nak balik. Mujur la hala balik tu melawan arus. Tak kena la hadap jem. Gila kot jalan biasa pon jem gila. Gila.


Thursday

Manusia lain

assalamualaikum..~

Manusia kalau dah tak berkeinginan nak pegang hati manusia lain, mohon la tak perlu gigih buat dia seperti diberi harapan. Lepastu jangan nak bagi alasan bebal manusia lain tu lambat sangat bila manusia bagi hint. Dah kalau manusia tu buta sangat dengan hint maha gedabak manusia lain bagi dah nak salah siapa? Sedap kau bagi harapan, gigih dah manusia lain tu cuba terima kau cenggini pulak perangai kau. 

Disebabkan kebebalan manusia tu, manusia lain pulak yang gundah hatinya. Tapi takpe, moga bahagia la manusia dengan pilihan hati dia. Bertahun kenal tu bukan ukuran dah kalau nak buat benda cenggini. Manusia lain  bukan tak boleh move on, bukan la ada hati sangat kat manusia cuma manusia lain macam ada satu perasaan pahit yang menggigit dalam hati dia. Perasaan menyampah bila kena tipu bila dah berusaha. 

Manusia lain mohon bertabah! Banyak lagi benda yang boleh menggembirakan hati dari benda cenggini. Banyak lagi benda yang boleh digigihkan untuk dicapai. Moh bagi hint maha gedabak untuk tulang belakang tulang belikat tulang segala tulang yang menyokong sampai jadi manusia macam sekarang. 

Doanya, semoga 2016 beri manusia lain penuh kebahagian dan kebaikan sama ada dunia mahupun akhirat. Beri erti kasih sayang yang sangat luas untuk dicapai bersama yang perlu, Mampu menjaga hati agar-agarnya lebih baik dan mampu berikan yang terbaik buat syurga-syurganya. Amin. =)