JellyPages.com

Wednesday

sotong celup tepung

hari ni gamat dapur mak aku tu dengan suara riuh aku ngan aqila. memandangkan mak aku takde, bermakna aku ngan dia bersuka ria sakan memasak. Punya la lama kat dapur dari buat breakfast sampai masuk mode masak tengah hari kitorang bersilat kat situ. bermula dengan sukun goreng sampai la sotong celup tepung, baru kitorang stop.hahaha.memandangkan aku chef utama dan aqila sebagai assistant je so,ada la sikit rasa bangga.tapi pengalaman masak sotong tu memang penuh ngan cabaran ah. start ngan kitorang xtau bancuh tepung pastu unsure tahap kelikatan tepung tuh.tp part sotong tu meletup-letup dalam kuali la yang paling kitorang takkan lupa.menjerit-jerit anak dara dua orang ni dan tok wan bertindak sebagai tukang gelak.cis!habis imej aku. nasib baik la masak kat wet kitchen so,minyak ala-ala bunga api yang selamat mendarat kat lantai tu takdela masalah besar sangat. rasanya ni la kali pertama dan terakhir kot kitorang masak sotong celup tepung,tak sanggup aku!!

ni bahan-bahan nak buat tepung tu,aku bagi sebagai info je. sebab aku sure ramai je beginner atau mereka yang nak try masak benda ni tapi tak tau apa yang nak guna sekiranya tepung goreng segera takde dalam stok kat dapur. aku call mak yang tengah mesyuarat ni semata-mata nak tanya benda alah ni,hahaha..



bahan:
- tepung gandum
- tepung beras
- telur

- garam
- kunyit


Tuesday

air

Air mungkin dianggap tak begitu penting bagi sesetengah pihak namun hakikatnya, air merupakan bahan penting kepada manusia sepanjang hayatnya selain oksigen. Tanpa bahan bernama air ni, darah tak dapat mengalir, oksigen dan khasiat-khasiat tak dapat diangkut, sisa kumuhan tak dapat dikumuhkan dan organ tak dapat berfungsi dengan lancarnya. Malah, kita tak akan mampu bertahan lama kalau hidup tanpa air.

Kalau air takde,nak membasuh baju pun susah.Sebab air diperlukan dgn banyaknya kalau nak buat aktiviti yg satu ni. Aktiviti kat dapur pun jadi rumit sebab nk memasak dan membasuh pinggan mangkuk tu gunakan air.Kalau guna angin tak payah cakap la,air takde sebulan pun takpe. Mandi, siram pokok, minum pun memerlukan air. Pendek kata, banyak la kegunaan air ni untuk manusia.

Kenapa aku sibuk sangat pasal air ni? Sebabnya rumah aku tengah takde air bahkan satu Penang ni pun sedang mengalami situasi yg sama. Tapi aku paham, mereka yakni pihak PBA sedang menjalankan tugas untuk manfaat kitorang gak.Hehe..

Sunday

welcOme to my blOg

hidup ini sememangnya penuh dengan kejutan dan pelbagai perkara yg menarik sama ada kita sedar atau tidak..terpulang bagaimana empunya diri tu nak laluinya..dan ruangan kecil ini aku lahirkan untuk jadi satu ruangan santai to express myself..as long i didn't hurt anybody,let me do it my way..

just enjoy my blog and leave a comment if u want too..