hari ni gamat dapur mak aku tu dengan suara riuh aku ngan aqila. memandangkan mak aku takde, bermakna aku ngan dia bersuka ria sakan memasak. Punya la lama kat dapur dari buat breakfast sampai masuk mode masak tengah hari kitorang bersilat kat situ. bermula dengan sukun goreng sampai la sotong celup tepung, baru kitorang stop.hahaha.memandangkan aku chef utama dan aqila sebagai assistant je so,ada la sikit rasa bangga.tapi pengalaman masak sotong tu memang penuh ngan cabaran ah. start ngan kitorang xtau bancuh tepung pastu unsure tahap kelikatan tepung tuh.tp part sotong tu meletup-letup dalam kuali la yang paling kitorang takkan lupa.menjerit-jerit anak dara dua orang ni dan tok wan bertindak sebagai tukang gelak.cis!habis imej aku. nasib baik la masak kat wet kitchen so,minyak ala-ala bunga api yang selamat mendarat kat lantai tu takdela masalah besar sangat. rasanya ni la kali pertama dan terakhir kot kitorang masak sotong celup tepung,tak sanggup aku!!
ni bahan-bahan nak buat tepung tu,aku bagi sebagai info je. sebab aku sure ramai je beginner atau mereka yang nak try masak benda ni tapi tak tau apa yang nak guna sekiranya tepung goreng segera takde dalam stok kat dapur. aku call mak yang tengah mesyuarat ni semata-mata nak tanya benda alah ni,hahaha..
bahan:
- tepung gandum
- tepung beras
- telur
- garam
- kunyit
No comments:
Post a Comment