assalamualaikum..~
from google.
sila lihat botol-botol kecik awesome yang berdiri sebaris kat atas tu. nampak gagah dan perkasa. anda dinasihatkan untuk minum bagi membantu usus anda lebih sihat dan kuat.
tetiba je aku dok promote menda alah ni pasti buat orang tertanya-tanya. sebenarnya hari ni yakult datang bagi talk tentang kebaikannya pada budak-budak SK Bukit Tadom. aku yang konon tengah sibuk pun dipanggil join sekaki. mula-mula dia promote dan sogokkan budak-budak tak berdosa ni dengan fungsi yakult. pastu ada la sikit tayangan video dan sesi percubaan yakult sebotol sorang. kelas kau budak-budak. vitamin free, susu free, yakult pun free jugak.
cukup. mari kita ke sesi seterusnya.
tahukah anda?
- yakult mengandungi strain shirota yang berasal dari nama Dr. Shirota.
- dilahirkan di Jepun sejak 1935 dan berusia 77 tahun.
- mengandungi 30 billion bakteria baik.
- membantu bakteria baik melawan bakteria jahat yang menginap dalam usus. *haiyahh!!
- memberikan tenaga untuk membesar. *untuk yang mengalami tumbesaran je. yang lain tak payah nak over.
apa yang terjadi kalau bakteria baik tumpas?
- mengalami keletihan, sembelit dll.
punca tumpasnya bakteria baik?
- makanan yang tak sihat, stress dan berjaga lewat malam.
jadi, dengan meminum sebotol yakult sehari bermakna anda telah membantu bakteria baik di usus anda untuk berperang dengan si bakteria jahat. apabila mereka menang bermakna badan kita sihat. insyaAllah.
notakaki: semua ayat di atas adalah petikan dari talk tersebut.
testimoni: aku memang minum si kecik ni atas saranan dokter kerana masalah gastricitis. alhamdulillah, simptom-simptom penyakit berkurangan dan usus menunjukkan petanda positif. perut juga merasa selamat andai tidak makan tetapi disumbatkan dengan isipadu cecair kecik ni. ok, cukuplah tu.