JellyPages.com

Wednesday

#1 Pulau Pinang.

assalamualaikum..~


aku sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Pulau Pinang sejak darjah 2 dengan ini nak melahirkan rasa malu dan segan kerana tidak begitu mengenali tempat kelahiran mak aku ni. pfft. kononnya nak pergi jenjalan dengan kawan minggu ni so, disebabkan tak dapat nak decide pergi mana terus bertanya dengan encik google. dam haji! banyak kot tempat yang aku tak tahu wujud kat sini contohnya macam Penang War Museum. siap tanya mak, sejak bila pulak ada muzium perang, tak pernah tahu pun. sedih! 

Tapi serious banyak tempat yang best untuk diteroka except shopping mall dia yang gempak-gempak tu. sebab bagi aku shopping mall tetap sama di mana-mana. hahaha. aku sempat pergi dua tempat je yang akan diceriterakan nanti , tapi tempat untuk second round punya plan jalan-jalan dah siap. thanks to my beloved tour guide. ^.~ wink!

sehari jalan-jalan memang tak boleh habis nak jelajah semua. sebab tu kena ada trip kedua. :)  actually, idea ni semua bermula masa pergi melawat adik aku kat kem PLKN White Resort. i was like, bestnya sini! abah pun cadangkan datang jalan-jalan kat pulau nanti. sebab ada setengah tempat yang aku tak pernah pergi. bila dah google lagi la bapak terkejut dengan kehadiran list name tempat yang best dan buat aku rasa melonjak nak pergi macam Tropical Fruit Farm, Penang Islamic Museum, Penang National Park [pernah pergi masa sekolah tapi tak habis teroka], Esplanade, Penang Museum and Art Gallery, and Tropical Spice Garden. hohoho. best kan? kalau nak tau lagi banyak sila jalan dekat Tourism Penang. cerita benda ni pun dah buat aku excited. ^.^

jadi, moralnya.. sebelum nak sibuk jalan-jalan tempat orang, jalan-jalan dan kenalilah dulu tempat anda. supaya tidak menjadi macam aku. peace yaw.!

No comments:

Post a Comment