JellyPages.com

Sunday

#seafood yang mengecewakan.

assalamualaikum..~

rasa macam terimbas pulak detik-detik penghujung usia tahun 2011 dulu. aishh..kat Kuala Perlis ni jugak aku ngan family bertapak. masa tu sebab parents aku nak ke Langkawi membeli kelengkapan dapur. aku ngan adik-adik semua sepakat tak nak ikut sebab dah tau macam mana mak kalau shopping..hihi. kami cuma kirim sepam dua coklat buat penyedap anak tekak je. malamnya kitorang bagaikan lupa daratan menikmati makanan laut yang ada kat depan hotel. kitorang duduk Putra Brasmana Hotel sebab kedudukan dia agak  strategik. malam-malam boleh naik kuda menyelusuri jalan berdekatan , tu pun kalau korang tahan la bau dia. aku tak jadi naik pun sebab tak tahan bau aroma segar dia. tu tahun  lepas, tahun ni kitorang datang just sebab nak makan makanan laut yang akhirnya menyebabkan kami terdampar kekecewaan. mungkin kedai yang kitorang pergi tu tak sama walaupun dalam kawasan yang sama..grrr! kecewa gila kot walaupun impian nak makan seafood tu tercapai..redha je laa walaupun aku belasah gak sepinggan ketam tanpa belas kasihan. bangun pagi ni tiba-tiba mak cakap nak pergi Padang Besar..hoyeah!! terubat rasanya perasaan tu. hehe. jom shopping! i loike..~

Thursday

12.12.12

assalamualaikum..~

 hari ni dah masuk tarikh lain tapi tetap nak update pasal tarikh yang semua orang dok sebuk-sebuk konon sebab cantik uh..12/12/12. ada yang kawen, beranak, buat pelaburan masa depan, start something new atau buat move kat crush. erk? ada ke? tak kesah la yang penting semua orang happy. 

mula-mula, terfikir jugak should i do something meaningful today? ok la, pastu konon nak decorate bilik since dah khatam few Impiana and Anjung Seri magazine and kebetulan memang tengah nak bagi new look kat bilik tuh. dengan semangat yang penuh membara masuk bilik tengok adik-adik tengah lepak tengok Running Man, ehh..cam best pulak. duduk la tengok konon satu dua episod. pap! sekali tengok berepisod-episod siap tolak pelawaan mak untuk makan lagi. alih-alih bila dah siap nak pergi makan, abah balik and suruh siap-siap untuk teman tok wan jumpa dokter!! pheh! tension seminit dua. tapi lepas tu laju-laju bersiap dengan harapan sempat makan gulai lemak sebelum pergi hospital, nasib sempat. bila dah pergi hospital macam blur pulak tak tau nak buat apa since i never accompany him for his appointment before, haish.. actually tak lama macam yang dibayangkan pun sebab patient tak ramai mana. habis je semua urusan, tok wan ajak makan eskrem. ecehh..ini sungguh cool ok! cool! tapi aku yang cuak mula-mula sebab betul ke tok wan boleh makan? dah la depan klinik yang dia buat check up kot. tapi aku beli jugak makan sambil berlibur. balik rumah sambung aktiviti tengok cerita Secret Garden. ini bukan Secret Garden Korea tapi Secret Garden Singapore mari. aku dengan tya memang suka citer ni sebab kita bukan je menonton citer menghiburkan hati tapi dapat belajar mengenai jenis-jenis penyakit gangguan jiwa dan macam mana penyakit ni boleh terjadi. serious menarik sebab bila dia nak buat penerangan pasal punca penyakit, dia akan buat dalam bentuk lukisan yang cute. so, senang la kita nak faham. malam dah takde aktiviti yang dibuat sebab aku sakit kepala dan tidur awal. hehe. 

lastly, aktiviti mendecorate pun terpaksa ditangguhkan ke lain masa. hmm, biasa laa..