JellyPages.com

Saturday

minggu yang panjang

assalamualaikum..~


minggu ni rasa sangat panjang hokeyy..and hari ni for the first time dok sorang-sorang kat rumah since housemate balik alor setar. tulaa rutin weekend kami si orang bujang. hehe. pantang ada kesempatan, laju je nak balik rumah family masing-masing. i am here still sebab nak settle kan urusan rumah kat sini. 

isnin sampai rabu hari tu kena kursus kat Sg. Petani so, sengih tak kira la sebab tak payah nak susah hati kena balik sini. straight dari kampung terus pergi tempat kursus. chehh..tak sampai setengah jam pon. after hampir setahun (please minus masa konvokesyen), finally dapat jumpa dan feeling-feeling zaman belajar dulu dengan kawan-kawan. sebilik dengan farha dan semeja with both farha and atiqah. wonderful. kami masih macam dulu rupanya. takdela membesar matang sangat walau dah bekerjaya. chewahh..cam best je sebut bekerjaya tu. hehe. tak tahu la perasaan both of them but frankly said i seriously enjoyed that moment. dah lama tak rasa buat perangai sakan.T.T

back to work khamis tu, start dah sibuk. habis kelas je straight ada meeting sampai 1.30 petang. then, ada discussion with partner and pembantu regarding some issue yang diri sendiri pon tak berapa dapat nak cope. solat then laju-laju masuk ICT lab untuk kursus LADAP sampai 5.30 petang. entah masuk ke tidak pon tak tahu since kepala tak berhenti berdenyut sakit dari mula. balik rumah pon kena sambung kerja. plan untuk jumaat dan isnin. 

jumaat memang tak fikir banyak sebab fikir dah boleh rest petang tu sebab rasa dah berat sangat kepala asyik kena sumbat itu ini je sepanjang minggu. alih-alih partner minta teman dia pergi mesyuarat. takkan la nak cakap tak pulak walaupun sebenarnya hati dah takde nak pergi mana.mana. 7.10 malam baru jejak rumah. see, i am that busy and i still need time and space to adapt. holaaa..dah dekat setengah tahun kot tinggal dunia yang busy dan hectic.

itu pon ada je yang nak cari masa sibuk berkursus. itu bukan tanda aku orang penting. tapi itu tanda tempat kerja aku tu sangat aktif dan cemerlang dalam banyak perkara. tambah pulak big boss yang cemerlang. alahaii..~

dan sesungguhnya, dek kerana kesibukkan la sangat tu, minggu ni je ada la dua tiga manusia yang complaint i am not keep in touch dengan diorang lama sangat. yelaa sayang-sayang sekalian, tak cukup space dah memory ni sebab banyak yang nak masuk. hehe. sorry pada mereka yang rasa terabai tu. :)

2 comments: