assalamualaikum..~
memang gedik tau..nak buat kerja bajet takde mood tapi boleh je pulak nak taip entri dengan gagahnya. cehh. sangat cehh la kau..
nih memang sangat tau nak bebel. aku kadang-kadang appreciate sangat keprihatinan orang kat aku. pasal itu ini life aku. cuma jangan la lebih-lebih dari limit yang ada tuh. itu boleh mendatangkan bencana tahu. sebelum aku bukak mulut dan sound orang dengan jayanya, mohon sangat jasa baik jaga sikit perasaan aku. macam yang paling latest ni, bab jodoh. tolong la paham yang tu semua rahsia Allah bahkan, aku belum terdesak kot untuk berumahtangga. tak perlu kot baik hati sangat dok promote aku sentiasa. tak perlu kot ulang tanya duaratusnamplohkali. elok-elok aku dok sengih-sengih terus rasa nak keluar muka serious annoying je. single ke, available ke, tak available ke..tu semua hal peribadi aku. terima kasih ambil berat. tapi aku bukan orang yang perlu kamu-kamu semua risaukan. aku lagi risau bila jadi camni. aku tak habis lagi merasa nikmat Allah yang satu ni. bagi la aku jalan pelan-pelan.jangan la dok seret aku laju-laju dengan jalan korang. jangan la buat aku rasa stress. tak kisah la kawan-kawan atau si sebaya yang lain dah tunang, dah kawen, dah ada anak, dah ada whatsoever la sekalipun..tolong laa~
satu lagi manusia yang buat aku pening adalah orang yang keliru dengan diri sendiri. takkan status diri pon boleh lupa kan..saja la tuh nak buat-buat melampau. anda tuh golongan yang masyarakat hormat. yang saya sendiri hormat. jangan la buat rasa hormat tu hilang kerana kejengkelan dari sikap anda. kalau status tu single sekalipun, maaf! anda tak mungkin jadi pilihan memandangkan kita tak sekufu dari segi ilmu. HAHA. saya sedar diri dalam bab ni. harap sangat benda ni macam tak pernah jadi. malu la oiii..kita bukan nak jumpa sehari dua je. tak payah nak buat hal la sangat.
macam yang jenis ni pulak, sentiasa tau tak puas hati dengan orang. apa la sangat kalau setakat buat kerja lebih dan bagi tunjuk ajar pada adik-adik yang baru nak bertatih ni. tak luak kot ilmu yang ada. ini kerja asyik datang lambak buku, kertas, sijil dan segala benda yang boleh kat atas bahu kita yang zero nih. ewahh..suka sangat tau dapat kerja jatuh sebemban macam buah durian gugur. the only penenang hati adalah 'kalau aku buat semua ni inshaAllah aku akan dapat banyak ilmu dan belajar banyak benda'. tu pon ada jugak hari angin datang, kita sibuk tau nak anyam ketupat pasal dia banyak-banyak. hehe. terima kasih la bagi kita inspirasi dan idea untuk mengata. walaupun sekali sekala suka tau anda bagi kita kecik hati. awesome sangat rasa. macam dah taknak lagi je rasa dia kaann..
sebenarnya banyak nak tulis. tapi takpela. idea pon kalau dah pegang main keyboard lama-lama, mula la nak kering. mula la tak mencapai tahap bernas yang diingini. masa pon dah lewat sangat. Till then, semoga terus tersenyum..InshaAllah.
p/s: pancaragam hidup tu selalu saja mainkan lagu yang sesekali kita tak patut ikut. pilih la perkusi pilihan mana yang kita mahu. ada yang lancar dan ada yang sumbang. paling penting sentiasa update dengan kapten kalau nak selamat. .
No comments:
Post a Comment