JellyPages.com

Monday

rumah sakit

assalamualaikum..~


Well, sepanjang minggu lepas aku demam tak nak kebah walaupun aku rajin telan panadol sambil tampal koolfever di malam-malam hari. Mau tak kebah demam tu, tiap-tiap hari aku balik lewat petang. Malam-malam dok pressure diri siapkan itu ini. Yes, setiap malam. Nak bagi sedap hati dan jantung, aku cakap kat diri sendiri, ni kan bulan pertama memang le banyak benda nak set up. Yolaa..sangattt..


Tapi gigih je sabtu tu usaha balik kampung jugak padahal bape jam sangat yang tinggal pon. Tapi sebab hati tak tenang asyik dok ngigau je nak balik, usaha jugak sampai dapat. Hoyeah!! Lega gila bila tapak kaki pijak lantai rumah. Dan ntah macam mana demam pon tetiba hilang. Hahaha. Apakah benda ini dinamakan 'homesick'? Kerana dengan sesungguh hati ngadu kat mak nak balik. Sanggup nak nangis kuat-kuat kalau tak dapat balik jugak. Hihihi. 


Adik aku kata, "hang balik pon bukannya dapat apa along.". Nothing? Ehehe. Salah sama sekali. Aku rasa lega sangat. Lega sangat-sangat. Rasa kepala yang berat automatik ringan je. Rasa semua benda yang dok berdenyut tiba-tiba semua behave lalu jalan yang lurus. Hehe. Dan iye, aku budak rumah sakit.

Saturday

First Week

assalamualaikum..~


pepagi buta dah layan iamNEETA cover relakan jiwa. ehh, syahdu pulak rasa. haha. motip sangat pagi-pagi sabtu ni nak bangun awal cenggini tapi sebab hari ni kena attend program motivasi kena la gagah juga bangun iron baju bagai. Blergh. Sebab jiwa tak berapa nak rela, pilih baju paling dull sekali dalam almari. Hambik kauu..


First week kerja, i am so motivated. Kerja pon memang banyak. This year banyak pegang jawatan besar dan berat jadi perlu lebih dedikasi dan rajin, mungkin. Tapi minggu pertama dah lembik dan on the way nak jatuh sakit, cemana? tapi niat nak kurus tu nampak macam cerah je since all my kiddy yang cute mute tu sangat-sangat le aktif. baik mulutnya mahupun perlakuan. Serius memang penat. Memang takde chance langsung nak jenguk-jenguk handphone mahupun bergosip liar sikit dengan tetamu yang datang. Faham tak perasaan bila they keep calling your name and asks for your attention with no intention untuk tanya apa-apa. Fine korang! Second day, dah tunjuk-tunjuk rotan tapi rupanya dorang lagi takut dengan kuasa kelantangan suara cikgu. Ingat seronok ke? dah la sakit tekak kena lawan bunyi suara dorang pastu mendidih-didih je rasa darah. But luckily, i found that budak-budak ni senang control dengan nyanyian. Ini sangat comel. Bayangkan, bila suruh beratur dan luruskan barisan bukan main bising dan bersimpang siur je sambil buat-buat tak dengar kita dok cakap kat depan. tapi bila kita nyanyi je, sama naik dorang pon nyanyi dan luruskan barisan dengan cantik. Haish korang ni..


So, for this year my kiddy already gave me a hint. To get our attention please sing a song. Hehe. Siap ye korang, nanti kita belajar lagu sampai korang rasa nak muntah dengar. *evil laugh*

2014

assalamualaikum..~


Ok, dah masuk tahun baru. 2014 banyak sangat bagi pelajaran dan pengajaran. banyak sangat benda yang Dia ajar. Alhamdulillah. Quite tough tapi itu yang buat diri makin kuat.


Takdenye nak azam baru segala. Cuma benda paling besar nak perbaiki tahun ni adalah masa dengan mereka yang sayang saya. Sebab dorang dah sayang saya maka, saya sepatutnya menunjukkan betapa saya juga sayangkan mereka kan? Tahun lepas semua merungut tak cukup masa berkualiti dengan saya. Kadang-kadang sembang dengan dorang pon kepala dok fikir hal kerja. Alahaii. Bukan la workaholic sangat pon. Mungkin sebab baru lagi tu yang semangat membuak-buak.


Everything went well and boleh la nak mengaku sebagai tahun yang agak cemerlang untuk diri sendiri. Belajar kenal dunia baru, kawan baru dan hidup baru memang best. But it didn't end up macam starting year. I ended up with having stress, self-esteem down and having a great pain. Punca? Terlampau mengejar kesempurnaan. Satu suntikan, sepeket ubat tahan sakit dan cuti sehari di kampung tak mampu nak bagi bangun balik diri. Sampai la masa mengurut, the word memang sangat menenang dan menyenangkan.  Masa mengurut haritu, maklong tu pesan dah, "Kita ni kadang-kadang memang nak buat yang terbaik dengan kerja kita tu. Kita buat bersungguh dan habis baik, tawakkal. Kalau Allah tak izinkan perancangan kita tu, kena la redha." Lepas kena cuci sepanjang sesi tu baru le terasa lega. In shaa Allah, tawakkal dan redha.


Start je cuti sekolah, terus buat trip untuk diri sendiri. Motif nak gather dengan kawan-kawan sambil ambil angin baru. Cadangnya seminggu tapi terlajak pulak. Mula dengan mengimbau zaman belajar dekat Bangi, wedding classmate kat Rembau, bersuka ria dekat I-City, lepak dengan bestfriend dekat Tampin, jalan-jalan kat Jementah dengan Melaka. Alhamdulillah, sepanjang masa tu rasa happy sangat. Rasa nak senyum je sampai tido. Trip paling best sepanjang 2014.


Family pon sempat juga la berseronok hujung-hujung tu. Kitorang buat trip ke Langkawi. Kenapa Langkawi lagi? Ya, sebab hujung tahun ada banyak sale. Masa paling sesuai untuk shopping barang branded kegemaran yang best walaupun ala-ala terlepas season dia. Memang puas hati. Balik tu sibuk kejap dengan kenduri kahwin sepupu. Bila dah selesai semua, kitorang adik beradik buat movie running. Tengok Night at the museum dengan Terbaik dari langit. Upon request by Aqila dengan Abot. Kakak-kakak layankan je. First time tengok wayang dengan adik-adik. Never thought it can be so much fun. Lepas ni kena simpan duit banyak sikit, habuan nak ajak adik-adik buat movie running lagi pastu bincang dan ajuk filem tu sepanjang hari. *grin*


Thank you Allah, thank you mak abah adik-adik, thank you kawan-kawan for great 2014 i've been through. May Allah bless and ease our 2015 journey. 


Much love,
FA.