JellyPages.com

Monday

rumah sakit

assalamualaikum..~


Well, sepanjang minggu lepas aku demam tak nak kebah walaupun aku rajin telan panadol sambil tampal koolfever di malam-malam hari. Mau tak kebah demam tu, tiap-tiap hari aku balik lewat petang. Malam-malam dok pressure diri siapkan itu ini. Yes, setiap malam. Nak bagi sedap hati dan jantung, aku cakap kat diri sendiri, ni kan bulan pertama memang le banyak benda nak set up. Yolaa..sangattt..


Tapi gigih je sabtu tu usaha balik kampung jugak padahal bape jam sangat yang tinggal pon. Tapi sebab hati tak tenang asyik dok ngigau je nak balik, usaha jugak sampai dapat. Hoyeah!! Lega gila bila tapak kaki pijak lantai rumah. Dan ntah macam mana demam pon tetiba hilang. Hahaha. Apakah benda ini dinamakan 'homesick'? Kerana dengan sesungguh hati ngadu kat mak nak balik. Sanggup nak nangis kuat-kuat kalau tak dapat balik jugak. Hihihi. 


Adik aku kata, "hang balik pon bukannya dapat apa along.". Nothing? Ehehe. Salah sama sekali. Aku rasa lega sangat. Lega sangat-sangat. Rasa kepala yang berat automatik ringan je. Rasa semua benda yang dok berdenyut tiba-tiba semua behave lalu jalan yang lurus. Hehe. Dan iye, aku budak rumah sakit.

No comments:

Post a Comment