JellyPages.com

Monday

respect

assalamualaikum..~


respect others so, others will respect you too. :) deep words. 

of course we're going to struggle a lot. but trying is not a bad idea you know. no one know your ability unless you yourself. take your first step. come on sisters, lets give respect to others and gain one back then. :)

Tuesday

#1 Hailaa..anak-anak.

assalamualaikum..~

Alhamdulillah..selesai urusan kerja untuk hari ni. Esok-esok masih belum lagi. :p Tahun ni memang rasa bersyukur sangat sebab dapat anak-anak prasekolah yang comel dan mendengar kata. But i don't expect much sebab dorang ni boleh berubah-ubah perangainya. tapi doanya mohon terus baik sampai hujung tahun. 

Nothing much to share actually. cuma lately terfikir. say patut bersyukur walau siapa pon anak-anak yang saya dapat untuk mengajar. ye, memang kadang-kadang suara naik tinggi melayut sampai dengar kelas sebelah. kadang-kadang ringan je tangan rasa nak cubit pipi gebu tu bagi dengar cakap. kadangkala rasa nak je hukum menulis dari pagi sampai balik supaya diam sikit kelas. but then, i always come up with this one feeling yang rasa bersalah pada those kiddo. dorang tak tahu ok. your world and theirs are totally different. mana dorang faham dunia awak yang kena sentiasa behave sopan, kena pandai itu ini, kena duduk diam-diam. yang dorang tahu dunia dorang penuh dengan imaginasi, warna-warni, kebisingan dan keceriaan. it's hard. 

bila dah banyak membaca. banyak ambil tahu. baru  sedar sepatutnya aku yang masuk dunia dorang. benda paling best yang aku belajar adalah jangan sesekali menjatuhkan anak-anak kita. protect them macam mana dorang protect kita bila dengan mak ayah orang keliling. sayang dorang the same ways they love us. treat dorang dengan cara yang sepatutnya. aku pon tak la bagus sangat. cuba sikit-sikit to be more rational dengan anak-anak ni. 

even sebelum ni selalu terasa macam orang point anak-anak aku itu ini tapi inshaAllah aku bangga dengan dorang. memang dorang tak bijak mana. tak ramai pon duduk kelas depan tahun 1 tapi yang penting dorang tahu erti nak hormat cikgu dia. tahu cara nak bersopan bila ada dengan orang lain. aku memang sayang setiap sorang dari dorang walaupun masa tu aku sempat 4bulan je dengan dorang. dan inshaAllah untuk adik-adik dorang ni aku akan bagi yang lagi terbaik. semoga telinga aku tak panas, hati aku tak kecik, mulut aku tak ringan membalas bila ada yang menyebut itu ini. 




*tiba-tiba terasa seperti mak-mak punya luahan..apakah? :D

Saturday

Do be their Jannah

assalamualaikum..~


jam dah nak masuk pukul 3pagi tapi aku maintain setia mengadap laptop. hohoii..kalah zaman study wey. steady je konon kan padahal dah minum dua cawan kopi. fine, i am addicted to L.A Coffee nowadays. ohhmaii..keep on nak lagi, lagi dan lagi. okbai, buat-buat lupa ada gastrik.

well, while facebook-ing earlier i found this one article. it touch my heart  enough. it feels like close enough to me.  the tagline was awesome.

If you really love someone, don't give them yourself - give them Jannah!

tahu je relationship sebelum nikah itu haram tapi buat-buat tutup mata kan demi dia yang konon the best man i ever met. cehh.. aku la tu kan. tahu jugak benda tu takkan last forever ending macam happily ever after punya cerita tapi maintain wey degil tak nak dengar benda yang Allah larang. oke, memang la best and macam sweet dunia ini kami yang punya la kan masa tu. padahal... tak pon.

tapi tu cerita sebelum ni. i’ll try even selalu rasa tak cukup kuat enough. benda yang dah biasa bukan senang nak buang buat tak tahu. tapi Dia ada. inshaAllah, i’ll try harder after this.

please do read this awesome, sisters. hehe. sebab sisters macam aku la yang selalu jatuh terguling-guling kalau bab cinta-cinta ni kan.

Do be their Jannah, don’t be their fitnaa’  ~ Aliya J

Wednesday

dear that someone

assalamualaikum..~


someone who we can share our interest together sometimes is not someone that we can be in love with.


i don’t need a platonic love game.
i don’t want pull and push thingy.
but the important don’t is
i don’t love you.

i’m sorry.  
friendship sometimes don’t need to fall into a relationship called LOVE.



 let it remain like before with no all of this feeling, man. *sigh*

Tuesday

vacation# Langkawi & Padang Besar.

assalamualaikum..~

alhamdulillah..hari ni ada lagi kesempatan nak update. kali ni pasal short vacay famili yang unplanned. kitorang memang ada weekend je since abah takde cuti dah. tambah lagi aku pon baru cuti dan adik lelaki dah start semester baru balik. jadi jangan nak mengada la nak lebih-lebih macam vacation lepas-lepas. i am very the excited nak pergi Cameron Highland. lama dah tak pergi sana. memang dah pengaruh mak cukup-cukup siap sibuk google-google itu ini. tapi last minute tak jadi. cehh..baru verangan nak makan strawberry bertimba-timba. but then, mak cakap nak pergi Langkawi then balik singgah Padang Besar sekali. walaupun tak excited sangat tapi boleh laa dari duduk rumah tak pegi mana-mana, huu..

jumaat petang kitorang bertolak ke Kuala Perlis. fetch adik dekat politeknik then terus gigih cari hotel nak check in. kitorang memang serius la unplanned. last decision lepas dok pusing-pusing Kangar kitorang decide duduk Putra Palace Hotel. tu pon sebab adik aku cakap dia tahu kat mana kedai steamboat & bbq rm10 yang dia pernah pegi. nampak tak lari dari idea asal perjalanan?! kalau tak silap nama kedai dia Renaz kot. elok-elok aku dok hairan apesal dia offer rm10 terus jadi tak hairan. lagi untung ada la. serius bijak dorang punya idea. bayangkan bila dia heboh steamboat boleh makan dengan harga rm10, orang mesti akan tertanya-tanya. kenapa rm10? untung ke dia? apa je yang ada? kalau pegi setakat sorang dua memang takkan rasa rugi tapi kalau dah satu famili macam aku memang  satu kerugian besar la kalau tak makan sungguh-sungguh. dua jam kitorang lepak situ semata-mata nak cukupkan kuota rm70 yang kitorang bayar. hehe. tapi satu je, jangan expect steamboat ni hebat macam steamboat yang kita biasa bayar mahal tu. takde seafood tau. air pon tak termasuk dalam nilai rm10 tu. tapi bagi aku, oke laa.

pagi sabtu baru gerak pergi Kuala Perlis. hamboi ramai bebenor manusia nak pegi Langkawi ye.beratur punya beratur dapat la tiket pukul 12 tengah hari. so, kitorang lepak dulu dekat kedai makan depan jeti tuh. dalam pukul 2 camtu kitorang dah setel sume urusan kat jeti Kuah. then, sepakat gerak pergi kedai abang Jamal, anak sedara abah kat Datai. rindu gile nak pekena roti canai dia. memang terbaik lha. tak caya pegi la Datai Corner. masa sampai isteri dia jamu milo ais dengan bihun sup. lepas tu kitorang berpesta sakan la dengan roti canai. roti sardin dia memang superb. dah besar, tebal pulak, rasa pon sodap..haishh. pastu sambung dengan roti pisang dengan cheese. Ya Allah..nikmat apakah ini? sedaap sangat even makan camtu je. roti telur dengan roti planta dia pom mabeles. aduhaii..~ then, kitorang patah balik ke Kuah sebab memng cadang nak stay sana sebab senang nak ke sana-sini tempat shopim. ihikk. mak ngan abah lagi banyak tau tempat mana nak beli itu ini so, kami adik beradik memang tak argue la mana-mana diorang nak stay. lepas pusing-pusing, kitorang duduk dekat HIG Hotel milik Haji Ismail Group. memang tak menyesal duduk sini sebab kompleks dia sebelah je dengan hotel. kedai makan pon banyak depan tuh. malam tuh kitorang shopim cokelat bersungguh-sungguh dekat kompleks dia. mak rembat dua bagasi nak letak semua barang yang kitorang nak beli sebab kitorang datang hanya berbekalkan tiga beg galas dan satu beg baju je. kitorang punya niat nak membeli tu sampai  sarat satu troli dengan cokelat kitorang kerjakan, sampai adik cashier tu buat muka kagum sambil lemparkan ayat-ayat menusuk kalbu. siap kau dik kalau akak jumpa kau lain kali.

pagi ahad lepas breakfast, gerak pergi mall dekat dengan Grand Continental. sini tempat kalau nak beli handbag. tambah pulak tengah buat sale. memang ohsem la bagi kaum wanita tak kira tua mahupun remaja. handbag berjenama diskaun 50% dan 70% , nak tunggu apa lagi. aku sendiri masuk-masuk je terus capai dua handbag dengan muka tak malunya. lepas tu buat muka dua kupang pinjam duit dengan abah. haha. next stop adalah Rams Home Decor. ini permintaan emak. oleh yang demikian tak ada sorang pon volunteer nak ikut melainkan aku. dah la yang lain bantai pegi pantai, kurang asam betol. cehh. 

Sampai je Kuala Perlis, gerak terus pergi Padang Besar. kali ni tak ada apa sangat nak beli sebab tau bila musim cuti dorang suka kapak pelancong kaw-kaw. beza hokey pergi time cuti sekolah dengan pergi time tak cuti. so, aim kami adik beradik adalah beli baju. memang semua tak balik dengan tangan kosong. adik-adik lelaki aku yang banyak beli kat sini, yang perempuan beli sehelai dua je. tu pon sebab kali ni design tak banyak so, pilihan kami terhad. kalau handbag memang banyak pilihan. geram je aku tengok. lepas hantar adik aku balik politeknik baru kitorang gerak balik rumah. adik aku tuh tak padan ada project presentation minggu ni, gigih je nak ikut bercuti. haha. tapi macam seronok pulak rasa buat kerja bercuti tak pakai jadual cenggini. nak lagi boleyh??!

Wednesday

ragam pancaragam hidup

assalamualaikum..~


memang gedik tau..nak buat kerja bajet takde mood tapi boleh je pulak nak taip entri dengan gagahnya. cehh. sangat cehh la kau..

nih memang sangat tau nak bebel. aku kadang-kadang appreciate sangat keprihatinan orang kat aku. pasal itu ini life aku. cuma jangan la lebih-lebih dari limit yang ada tuh. itu boleh mendatangkan bencana tahu. sebelum aku bukak mulut dan sound orang dengan jayanya, mohon sangat jasa baik jaga sikit perasaan aku. macam yang paling latest ni, bab jodoh. tolong la paham yang tu semua rahsia Allah bahkan, aku belum terdesak kot untuk berumahtangga. tak perlu kot baik hati sangat dok promote aku sentiasa. tak perlu kot ulang tanya duaratusnamplohkali. elok-elok aku dok sengih-sengih terus rasa nak keluar muka serious annoying je. single ke, available ke, tak available ke..tu semua hal peribadi aku. terima kasih ambil berat. tapi aku bukan orang yang perlu kamu-kamu semua risaukan. aku lagi risau bila jadi camni. aku tak habis lagi merasa nikmat Allah yang satu ni. bagi la aku jalan pelan-pelan.jangan la dok seret aku laju-laju dengan jalan korang. jangan la buat aku rasa stress. tak kisah la kawan-kawan atau si sebaya yang lain dah tunang, dah kawen, dah ada anak, dah ada whatsoever la sekalipun..tolong laa~

satu lagi manusia yang buat aku pening adalah orang yang keliru dengan diri sendiri. takkan status diri pon boleh lupa kan..saja la tuh nak buat-buat melampau. anda tuh golongan yang masyarakat hormat. yang saya sendiri hormat. jangan la buat rasa hormat tu hilang kerana kejengkelan dari sikap anda. kalau status tu single sekalipun, maaf! anda tak mungkin jadi pilihan memandangkan kita tak sekufu dari segi ilmu. HAHA. saya sedar diri dalam bab ni. harap sangat benda ni macam tak pernah jadi. malu la oiii..kita bukan nak jumpa sehari dua je. tak payah nak buat hal la sangat.

macam yang jenis ni pulak, sentiasa tau tak puas hati dengan orang. apa la sangat kalau setakat buat kerja lebih dan bagi tunjuk ajar pada adik-adik yang baru nak bertatih ni. tak luak kot ilmu yang ada. ini kerja asyik datang lambak buku, kertas, sijil dan segala benda yang boleh kat atas bahu kita yang zero nih. ewahh..suka sangat tau dapat kerja jatuh sebemban macam buah durian gugur. the only penenang hati adalah 'kalau aku buat semua ni inshaAllah aku akan dapat banyak ilmu dan belajar banyak benda'. tu pon  ada jugak hari angin datang, kita sibuk tau nak anyam ketupat pasal dia banyak-banyak. hehe. terima kasih la bagi kita inspirasi dan idea untuk mengata. walaupun sekali sekala suka tau anda bagi kita kecik hati. awesome sangat rasa. macam dah taknak lagi je rasa dia kaann..

sebenarnya banyak nak tulis. tapi takpela. idea pon kalau dah pegang main keyboard lama-lama,  mula la nak kering. mula la tak mencapai tahap bernas yang diingini. masa pon dah lewat sangat. Till then, semoga terus tersenyum..InshaAllah.







p/s: pancaragam hidup tu selalu saja mainkan lagu yang sesekali kita tak patut ikut. pilih la perkusi pilihan mana yang kita mahu. ada yang lancar dan ada yang sumbang. paling penting sentiasa update dengan kapten kalau nak selamat. .

Tuesday

#the date: 3Nov2013

assalamualaikum..~


hoyeahh..finally, i got my own house. oke, tak payah nak eksaited sangat sekadar dapat masuk kuarters. tapi yang penting, dah tak payah nak segan-segan ke malu-malu nak buat rumah orang macam rumah sendiri. hehe. sangat tidak selesa untuk lebih-lebih sebenarnya apabila bawak perkataan 'menumpang' bersama-sama. kalau nak angkut kaum kerabat bermalam atau bersiang pon dah tak payah nak mintak-mintak izin ni. 

so, last sunday my family and i making some sort of majlis sempena nak masuk duduk situ. it was my first event yang aku rasa macam besar dan tak payah tanya la penglibatan aktif aku dari A sampai Z benda alah tu berlangsung. memang sangat letih, nak-nak pulak isnin tu sekolah aku tak cuti.*juling-juling mata*. Alhamdulillah, everything went well. thanks sesangat la pada mak abah yang banyak bertungkus-lumus dan menyumbang idea, pada mak-mak dan pak-pak menakan yang sama naik dok tolong.

tapi, sekarang boleh la nak berlagak sebab ada orang teman. hehe. bukak sekolah nanti dah mula kena duduk sorang-sorang. hamek kau! tak payah nak berlagak sangat. 

that day la jugak, my brother turned 19 y/o. alololo..forget to buy a cake yang konon nak suprise dia since kitorang cam kelam-kabut sikit petang tuh. tapi inshaAllah nanti cuti kita celebrate sesama oke big bro..tak sabar nak jenjalan sesama adek beradik. last time kitorang kuar bersama-sama adalah 5tahun lepas. see..see..lama gile kann. asal plan je mesti ada je hal mengacau. sekarang ni pulak big bro tu jadual cuti tak sama dengan kami yang lain so, sangat la susah nak cari tarikh menggila bersama-sama. yang penting, gua nak ucap'HAPPY BIRTHDAY BRO'. may Allah grant all your wishes. moga jadi lebih baik, lebih soleh dan lebih berguna pada masa depan. hehe.