JellyPages.com

Thursday

soalan yang aku tak ada jawapan.

assalamualaikum..

ini adalah entri yang ditaip laju-laju sebab bajet nak siapkan assignment cepat-cepat!!

nothing sebenarnya cuma aku macam dok terngiang-ngiang ayat partner aku pagi tadi..

"kenapa mesti nak tutup pintu untuk orang lain tanpa mencuba?"


aku dok fikir-fikir jawapan yang bersesuaian dengan ayat tersebut tapi tetap aku tak jumpa jugak!

ok!! esok aku akan sambung fikir balik ..~


tu je aku nak cakap..tata~~

Wednesday

..awesome guys..

assalamualaikum..

hari ni roomate aku dok bukak cerita pasal guys yang memang setia minat dia in every single thing..i was like ~

"whOa!! awesome giler guys tuh."

bagi aku, susah nak cari guys yang betul-betul boleh terima kita dan family seadanya. yang sanggup bersusah payah walaupun kita bukannya siapa-siapa untuk dia. takde sebarang ikatan. tiada sebarang jaminan.

mungkin dia akan ada kekurangan tapi mungkin itu point untuk kita lengkapkan kekurangan tu. sesekali cuba ukur dia dengan kelebihan-kelebihan yang kita dapat lihat. tak semua orang sempurna dan tidak semua apa yang kita imaginasikan mampu merubah realiti.

bagi aku mudah je. kalau aku nak lelaki yang sempurna macam tu di mata aku, why don't aku start dan try jadi sempurna macam tu dulu. insyaAllah. aku dapat, kalau tak banyak sipi-sipi pun boleh lah. selalunya kita akan dapat pasangan yang seperti kita juga, kan?.

so, aku memang tak harap la kan dapat guys yang awesome seperti diatas sebab aku pun takde point tersebut. tapi kalau dah Allah anugerahkan untuk aku macam tu, mau gelak besar jugak la aku. hehe..~


oke, tu je aku nak cakap..tata~


p/s: salahkan roomate aku dengan wujudnya entri ni..~~

Sunday

takde mood


uwaa...takde mood nak buat kerja!!~

wake up aliya!! wake up!!

ni minggu kritikal untuk awak! tak boleh bersenang lenang sangat..~

tau..tapi takde rasa nak buat kerja..!

nak raya ke tak nak?!!

nak! nak!

so, sila siapkan semua kerja tu cepat!! nOw..!!~~











grr..~~ agak tak puas hati bila kerja melonggok-longgok tapi takde perasaan nak buat apa-apa..

Friday

awak, sila berhenti.


Awak, sedarlah dan buka minda.
Bukan awak yang dia suka.
Bukan awak pilihan hati dia.
Awak langsung tidak diberi peluang walaupun ingin hadir sebagai kawan sahaja.
[sumber]


still dengan penuh keyakinan awak nak laungkan yang awak akan terus setia menanti dengan harapan dia akan nampak awak dari timbunan semua usaha-usaha awak tu~



Awak, sila berhenti.
Berhenti dari tunggu dia yang tidak akan muncul di sisi.
Berhenti dari tunggu dia setiap hari.
Berhenti dari harap dia akan pandang awak di tepi.
Berhenti dari terus simpati.
Berhenti dari sikap menyakiti diri.
[sumber]


sampai bila awak nak bermain dengan bayang-bayang. awak takkan dapat tangkap bayang-bayang tu sekuat mana pun awak berusaha.















Tuesday

..leeloo's tune..




currently listening tO Maksim Mrvica - Leeloo's tune..~



dalam keadaan otak yang serabut, jiwa yang kacau dan mOod yang down..








aku kuat!! jangan menyerah aliya selagi belum berperang dan sampai ke titik akhir..~


word 4 da day:13



penat mengejar bayang-bayang. mentari pun boleh kelam.






Sunday

..my pak cik..!! :)

assalamualaikum..

lama aih tak update blog..huu~~ rindu sangat tapi kalau dah rasa 24 jam sehari tu macam tak cukup area mana aku nak rembat waktu untuk hupdate kan?!

hari ni tak mau bising2 mengeluh pasai hidup yang tak tenteram tapi nak cerita pasal the best boyfriend i ever had..grammar-grammar ni aku ampun sikit belasah sesedap mulut aku jadi kalau salah tu buat-buat tak nampak ok!!

boyfriend ni bermaksud kawan lelaki bukan pakwe/balak/kekasih hati taw..~~

mana nak cari kawan lelaki yang boleh baik ngan aku macam aku dengan dia..maksud aku dari belah aku la kan. dia mesti la relax-relax ja. aku memang seronok kawan dengan dia ni sebab kepala dia pun jenis masuk ayaq jugak. kalo boleh sembang tu selalunya mesti nak bengong-bengong. dia pon jenis layan ja rentak aku so, memang buleh geng la kami berdua. tapi kitorang kawan ikhlas with no heart feeling!! dah ada awek pak cik ni..~~ haha..

kitorang dah kenal lama since aku masuk ipg ni..mula kat tagged pastu kat yahoo messenger then bawak ke friendster sambung pulak kat facebook sekarang ni..

mesti korang rasa cam ntah hape-hape je la motif budak ni dok cerita pasai mamat ni bagai..~

tapi aku nak bagitau, motif entri ni adalah sebab aku sayang kat mamat ni! ini adalah sebagai penghargaan sebab sudi dan boleh stay sampai hari ni kawan dengan aku. pak cik..sila terharu!!

hensem tak saya?! :D


pak cik..!! kawan dengan aku sampai kita tua boleh? haha..~

Tuesday

aku nampak...Allah beri...

assalamualaikum..


hidup yang tunggang -langgang. kucar kacir. weekdays yang terkejar-kejar. weekend dan hidup berteman buku.

buku?! ya, buku yang banyak berjasa sepanjang sebulan lebih dan bakal beberapa minggu lagi.

aku bukan cuba merungut *mata juling ke atas* ok!aku sedang mempositifkan diri..~~

aku penat. tapi aku bahagia. aku geram. tapi aku senyum. aku stress. tapi aku enjoy.

aku nampak tanjung rambutan. tapi Allah sediakan syurga dunia untuk aku.

aku nampak hari yang seksa. tapi Allah beri masa-masa bahagia.

aku nampak budak nakal muka mintak penampar. tapi Allah kurniakan rasa sayang mereka untuk aku.

itu nikmat yang Allah beri. maka, aku harus bersyukur.

syukur..syukur..syukur..syukur Ya Allah!!!~




p/s: entri dikala sendirian di makmal menghitung waktu untuk punch card..teheee~~!!




Monday

..selamat menyambut ramadhan..

assalamualaikum..




hehe..still tak lewat kan nak wish menda ni, kan?! niat dah ada tapi malas pulak nak gerak menaip depan lappy nie..ish3!


semoga ramadhan ni penuh makna! =)

sila jaga diri dan jaga batasan..ececeh!! bersajak je aku ni kan..peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. banyak sangat suka buat benda lagho..haish! aliya..aliya..