assalamualaikum..~
pheww..~ hilang segala degap-degup jantung yang buat pecutan pagi tadi gara-gara kena handle assembly. haha. bunyi cam gempak je padahal hakikatnya hanya membaca buku Mutiara Budi je untuk tatapan si telinga budak-budak. cehh.
Topik minggu ni Jangan Berdendam. apa la gamaknya perasaan korang sebagai manusia yang berdiri gagah kat atas pentas tuh dengan penuh keyakinan bagi speech dan tiba-tiba bila mintak kasi sekeping dua respons tak ada balasan dari audiens. ciss! ciss! boleh bagi drop my waterface betol ni. dah la depan gb dengan penolong kanan segala.
ini boleh mendatangkan dendam kesumat dekat hati cikgu!
astaghfirullah hal azim..~
tapi tak jadi berdendam bila dapat motivasi pagi secara live dari gb. sungguh prihatin Allah saja yang tahu. terus bersemangat nak membuat kerja di pagi hari. cewaah!!
mai sini kita kongsi sikit ilmu.
- manusia punya pelbagai perasaan spt rindu, marah, gembira, kecewa dan lain-lain.
- manusia yg suka marah ni at last akan sakit hati dan berdendam.
- orang yang suka marah ni syaitan suka sebab dia boleh menghilangkan segala kebaikan yang pernah dibuatnya.
- tanda seseorang itu suka berdendam, dia pasti akan ucapkan 'padan muka' apabila sesuatu malapetaka atau musibah menimpa pada yang lain. Sebaliknya, merasa sakit hati bila yang lain mendapat nikmat Allah.
- selalunya hidup mereka tidak tenteram, susah memaafkan orang lain dan susah meminta maaf.
jadi, mari berfikir sejenak..
adakah kita tergolong dalam golongan ini?
renung-renungkan..~