JellyPages.com

Tuesday

al-fatihah..buat kamu kawan.


assalamualaikum..~~

pertama sekali, mari kita sedekahkan al-fatihah buat kawan satu batch di maktab saya. Wan Ahmad Hilmi bin Wan Muda. :)

kami tak rapat. kami tak selalu bersapa. kami tak satu kelas. tapi kami adalah satu saudara sesama islam yang sedang berusaha menjadi pendidik generasi akan datang.

dia baik, suka mengusik, nakal, ramah dan happy go lucky orangnya.
pendek kata, sangat menyenangkan hati.

tapi sehebat mana pun kita sayang pada manusia, hebat lagi sayang Allah pada hambaNya. mari kita doakan kesejahteraan beliau disana. semoga pemergiannya memberi peringatan bahawa kita jua tetap akan pergi suatu hari nanti.

semoga roh kamu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman kawan. amin.


*mari sama-sama muhasabah diri *


1 comment: