assalamualaikum..~
hari ni apabila budak-budak rumah pulang ke bangi, aku dan anis memilih untuk stay di bumi banting tersayang. minggu depan tetap balik demi maktab tercinta punya simposium apa ntah.
jadi, selepas tidur nyenyak dengan dodoian hujan yang lebat di luar kami memilih untuk mencuci mata di pasar malam bukit changgang. tapi bukan berdua sebaliknya disertai oleh tuan rumah iaitu kak mis. berjalan dan bergurau senda di pasar malam ibarat itu memang tempat permainan kami. cehh..
berkenalan dengan encik nagasari. *hai awak! pewiitt!*. merembat tudung hijau buat pakai jalan-jalan. merasa cendol orang banting yang kaww! serta membantu kak mis mengangkat barang :p . haruslah membantu mereka yang memerlukan. lagipun, kak mis yang baik telah belikan anggur dan epal untuk adik-adik berdua ni. hehe. alhamdulillah.
sebentar tadi baru usai belajar menganyam ketupat bersama keluarga kak mis. memang terasa seperti seorang loser dan slow learner yang sejati. (-.-') nasib baik kak mis seorang yang penyabar. dan sebagai membalas jasa beliau maka, aku pun berjaya menganyam dua ketupat dengan bimbingan beliau. aminn!! itu pun setelah banyak kali diperli oleh si budak kecil syawal yang hebat menganyam ketupat dari aku. grr..!!
walauapaapapun..
alhamdulillah..~ terima kasih Allah! terima kasih kak mis!
sunggguh indah hari yang dilalui. :)
hahhahah weh asl xmainsion sal ak.chewah =P
ReplyDelete