JellyPages.com

Sunday

pembetulan dan masa bahagia. :)

assalamualaikum..~

dang! dang! dang! ibarat bunyi mercun tengah meletup mengikut imaginasi dalam kepala aku. hoyeah! selesai sudah satu ujian. alhamdulillah..syukur! 

segala plan hujung minggu ni terabai sia-sia gara-gara last minute punya pembetulan assignment. dam haji betol. ini menyebabkan aku tidak dapat menjejakkan kaki ke jusco bukit tinggi yang aku dengar khabar-khabar angin kononnya sangat best. tak dapat jalan-jalan dengan cik ayu dan mieza yang sebenarnya nak ajak aku stay dekat telok panglima garang sebelum bawak aku besukaria bagai. tak dapat juga jumpa kawan lama yang janji nak belanja eskrem T.T

elok-elok dah ada lah sikit  plan nak siapkan rancangan mengajar semua terus burn dengan kerja-kerja menghadap model-model kajian tindakan. duhh. eh, tapi aku bukanlah nak mengeluh disini. ececeh..

walaubagaimanapun, hujung minggu ni membolehkan aku berkumpul dengan kawan-kawan lain yang dah membawa diri hampir 3 bulan dekat tempat orang. merasa tidur sama-sama. makan sama-sama. penat mengadap laptop sama-sama. sungguh indah momen-momen tu walaupun kejap je. ^.^

kononnya sebagai ganjaran kepada diri sendiri kerana telah berjaya menyelesaikan pembetulan asignment, aku  nak buat kek. omai..memang suka! tapi aku more kepada suka buat, suka makan tu terpaksa fikir semula dan kek pilihan minggu ini adalah chocolate moist tapi kali ni buat jugak dalam bentuk cupcake. yippi! rasa dia sangat happy bila orang jamah dan cakap sedap, tak kesahlah walaupun dia sedang menipu. hahaha.

ganjaran yang hebat juga bila adha, mirah, iman dan izzati nak keluar bersama-sama habiskan saki-baki baucer buku yang ada. heaven sungguh la ada kawan macam korang! serious rasa sangat bahagia.. :) 

sebab tu la aku kata aku bukan mengeluh  pada perenggan ketiga tadi. aku rasa bahagia dengan apa yang Allah beri. peace yaw!!


Saturday

situasi A dan teman baru.

assalamualaikum..~

kalau la blog ni ada perasaan pasti dia dah main hentak-hentak kaki dengan muka paling serius untuk bagitahu tuannya betapa sebalnya dia rasa. tapi sebab kau takde perasaan maka, lantak la kan. haha. menjejak kaki ke hujung april ni bertambah-tambah sebok rasanya tuan blog. praktikum dh sampai penghujung walaupun dah menggelupur tak sabar tapi banyak benda nak kena setel before tinggalkan sekolah. adoi doi doi!

Alhamdulillah..tu ujian Allah untuk aku belajar jadi lagi kuat dan banyak bersabar sebenarnya. banyak sungguh dugaan kebelakangan ni. harap-harap Allah takkan lepas hati aku dan biar aku hanyut. sesakit mana pun pasti keindahan tu akan menjenguk kembali. ouch! apa benda aku mengarut ni.?


hai! itu si teman baru. dangg!! rasa nak tampar muka sebab tak percaya ada peliharaan baru kat rumah. dah la peliharaan lagi besar dari tuan sehingga membawa kepada rasa lemas apabila mahu bermesra. huff..~
tapi harus la korang tahu bahawa ini adalah antara dugaan terbesar yang menyesakkan otak sekali sekala. kadang-kadang bila tidak berada di situasi A kita membayangkan omai..betapa indah dan bahagianya sedang hakikatnya rasa macam nak lari jauh-jauh je. sape nak gantikan tempat aku ni.? angkat tangan laju-laju please!

berada di situasi A membuatkan aku berfikir secara berterusan. banyak dugaan dan cabaran yang akan datang, banyak benda yang perlu aku siapkan mental dan fizikal, banyak perkara mungkin terabai andai aku tak pandai kawal diri dan yang paling aku takut adalah seandainya situasi A ini akan membawa aku jauh dari Allah. Astaghfirullah..sungguh tak sanggup rasanya nak terus fikir.

moralnya. sila bersyukur dengan apa yang kita ada.



sekadar untuk tatapan.
nah..ini anak kecil bijak dari suku kaum asli. belajar rajin-rajin sayang. :)