assalamualaikum..~
dang! dang! dang! ibarat bunyi mercun tengah meletup mengikut imaginasi dalam kepala aku. hoyeah! selesai sudah satu ujian. alhamdulillah..syukur!
segala plan hujung minggu ni terabai sia-sia gara-gara last minute punya pembetulan assignment. dam haji betol. ini menyebabkan aku tidak dapat menjejakkan kaki ke jusco bukit tinggi yang aku dengar khabar-khabar angin kononnya sangat best. tak dapat jalan-jalan dengan cik ayu dan mieza yang sebenarnya nak ajak aku stay dekat telok panglima garang sebelum bawak aku besukaria bagai. tak dapat juga jumpa kawan lama yang janji nak belanja eskrem T.T
elok-elok dah ada lah sikit plan nak siapkan rancangan mengajar semua terus burn dengan kerja-kerja menghadap model-model kajian tindakan. duhh. eh, tapi aku bukanlah nak mengeluh disini. ececeh..
walaubagaimanapun, hujung minggu ni membolehkan aku berkumpul dengan kawan-kawan lain yang dah membawa diri hampir 3 bulan dekat tempat orang. merasa tidur sama-sama. makan sama-sama. penat mengadap laptop sama-sama. sungguh indah momen-momen tu walaupun kejap je. ^.^
kononnya sebagai ganjaran kepada diri sendiri kerana telah berjaya menyelesaikan pembetulan asignment, aku nak buat kek. omai..memang suka! tapi aku more kepada suka buat, suka makan tu terpaksa fikir semula dan kek pilihan minggu ini adalah chocolate moist tapi kali ni buat jugak dalam bentuk cupcake. yippi! rasa dia sangat happy bila orang jamah dan cakap sedap, tak kesahlah walaupun dia sedang menipu. hahaha.
ganjaran yang hebat juga bila adha, mirah, iman dan izzati nak keluar bersama-sama habiskan saki-baki baucer buku yang ada. heaven sungguh la ada kawan macam korang! serious rasa sangat bahagia.. :)
sebab tu la aku kata aku bukan mengeluh pada perenggan ketiga tadi. aku rasa bahagia dengan apa yang Allah beri. peace yaw!!
No comments:
Post a Comment