JellyPages.com

Monday

Officially Cikgu Aliya :)

assalamualaikum..~


Alhamdulillah..i am officially Cikgu Aliya now. tehee. semalam masa datang tengok-tengok sekolah i was like                                 
'wooww..rock siot tempat ni'. yelaa, cuba bayangkan kfc, station bus, pejabat agama, maybank, bsn, tasek takong si tempat berjoging petang-petang, pejabat pos dan segala jenis kedai hanya memerlukan aku menapak berjalan kaki untuk sampai dari sekolah. seriously heaven. kalau terasa nak masuk Thailand ikut Betong pon boleh. cuma lebih kurang 12 km saja kawan. tengokk. tak cukup best lagi ke? oke, dah mampu senyum sengih kerana inshaAllah gua boleh hidup kat sini. then, berjaya menapak ke kuarters pulak. ingat senang ke benda-benda kuarters ni. mujur Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Hari ni melapor diri secara rasmi. everything seem smooth sampai la berjumpa si jantung hati semua. alahai..budak-budak pon boleh tahan. boleh tahan nakal dan tak dengar cakap. siap bertumbuk time cikgu tengah bagi arahan kat depan. oke, korang nak berkenalan dengan cikgu style coolio camni. cikgu akan sediakan pelan strategi untuk tumpaskan kuasa korang. jangan harap nak buli cikgu. hehe.

InshaAllah, walaupun sebak sangat nak mulakan hidup sorang-sorang kat sini dengan amanah yang sangat besar, inshaAllah akan cuba untuk jadi kuat. Saya OK, saya dah besar..hehe. pinjam tagline sikit. :)


No comments:

Post a Comment