JellyPages.com

Monday

Officially a driver.

assalamualaikum..~


aku memang problem la bab-bab jalan ni. Taktau kenapa dan bagaimana aku boleh start ada masalah dengan jalan raya. hatta, nak melintas jalan raya tambah-tambah yang sesak amat adalah satu benda yang azab untuk aku. Maka, alasan itu yang menjadikan aku bertangguh untuk memiliki lesen kereta. chewahh. tapi takkan nak cerita kat semua orang kelemahan diri masa tu. 


sejak start kerja tahun lepas, azam baru aku adalah untuk memiliki lesen sendiri. Dengan alasan senang la kalau aku nak selalu balik rumah kalau bosan. Kalau orang lain ambik masa singkat, aku ambik almost a year, almost ok almost. Tak sampai setahun pon. Motipnye sebab aku hanya pegi kelas pada weekend yang aku free sahaja. Ejen aku layankan je peel aku, terutamanya peel aku yang saja kadang-kadang weekend balik kampung. Nampak nau tak bersungguh. Jadi, dikala geng seangkatan masuk kursus yang lain dah dapat lesen dengan bangga atau mengulang secara berkala, aku masih lagi terkontang-kanting. 


Bulan 6, aku test komputer. Bapak bersungguh aku ulangkaji. Kalau mak tengok anak dia study rupa cenggitu mesti dia bangga. Kalau adik-adik tengok, mesti rasa termotivasi khenn? Kalah zaman study kakak dia hafal semua fakta. Tup-tup si naif ni masuk test untuk 40 soalan je. Kemahen hafal jawapan untuk 500 soalan yang lain. Hehe. Propa sangat. Alhamdulillah, lulus dengan cemerlang dan keluar dari tempat ujian dengan muka bangga dan berlagak macam budak UPSR baru dapat result 5A.


Bulan 9, akhirnya aku berjaya mengharungi onak duri bagi menggenggam sekeping kad bernama lesen. Bangga siot ada lesen walaupun masih segar huruf P beliau. Sayangnya, aku masih belom ada keberanian nak pegang stereng dan bergerak di jalan raya. Sungguh hampa hati masa tu.


Awal tahun ni, dengan dorongan Dia, sokongan semangat mak abah, kata-kata nista dan celaan dari manusia disebalik tabir, gagahkan diri belajar balik drive. Berbekalkan kancil manual abah, dari berulang alik sekolah hingga masuk felda semata-mata nak bagi cekap, semua aku redah. Aku tak berani tapi, hidup kat sini banyak ajar aku untuk mesti jadi berani. Dan syukur, sekarang masalah aku dan jalan raya dah berkurangan. Sendiri drive kemana-mana. 


Walaupun, aku lambat dari manusia yang seusia aku untuk miliki sekeping kad tu tapi aku okay. Sebab habis je belajar, aku terus dapat kereta sendiri. Alhamdulillah, rezeki. And now, i'm officially a driver. :)

No comments:

Post a Comment