JellyPages.com

Monday

untuk kau.

assalamualaikum...~


orang tak akan faham apa yang kita rasa. walau dia teman baik kita sekalipun, dia tak akan tahu apa yang ada dalam hati kita. dia hanya mampu dengar apa sahaja yang kita utarakan tapi bukan yang tersirat kemas dalam hati kat dalam tu. Ni bukan pasal life unfair atau apa. Ni pasal hidup yang kadang-kadang aku tak paham apa yang tengah berlaku.

aku memang manusia yang mempunyai sifat ignorant yang tinggi. aku memang malas menyibuk tentang apa yang orang cakap pasal aku atau apa yang orang cakap pasal orang lain. lagi senang kalau aku tak tau. balas wassup pon aku boleh tahan malas apatah lagi yang lain-lain tu. aku bukan duduk tengah bandar yang sentiasa ada line. laju pulak tuh. memang tak. kadang-kadang nampak je ada dua tiga line, tunggu sampai esok pagi pon tak terhantar sebarang benda. maka, bertambah malas la aku nak aktif. 

jadinya, semua social media yang menghubungkan aku dengan manusia lain adalah sangat terhad. paling laju dan efektif, mesej atau call. dari tahun pertama aku kerja lagi aku dah memang jadi macam ni. semua orang boleh accept. mungkin malas nak layan peel aku. benda tu dah jadi normal. 

aku tak sangka pulak ada yang tersentap hati dengan aku pasal benda ni. come on. semua orang dah move on dengan life masing-masing. kalau betul kita special antara satu sama lain, even kita tak contact pon kau sepatutnya tahu yang dalam diri kita, kita still ada antara satu sama lain. kadang-kadang aku memang lupa orang keliling, kau ingatkan aku bila kau rasa aku lupa kau. tak payah mengharapkan aku yang memang pemalas ni nak keep in touch dengan kau sentiasa. 

hidup memang tak akan pernah puas. dan aku takkan mampu puaskan hati kau kalau itu yang kau harapkan. kau pon tau aku macam mana. relationship kinda things ni memang bukan mainan aku. kalau kau rasa aku menyebabkan hati kau tu terluka, aku minta maaf sebab berjaya buat kau emo dengan aku. aku tak berniat langsung. cuma aku minta maaf sebab aku silap. aku ingat kau dah faham aku dalam luar macam yang kau selalu bagitau aku. mungkin aku terlebih expect hal ni dari kau. aku fikir bila kau selalu menganjing aku dengan ayat-ayat kau tuh, kau tahulah life aku macam mana. 


aku mintak maaf kalau kau terasa. cuma aku nak cakap, walau kita tak selalu contact aku memang tak pernah lupa kat kau. dan ini bukan ayat untuk sedapkan hati kau. 

No comments:

Post a Comment