JellyPages.com

Monday

nak cium..~


kebiasaan masa cuti akan ada selingan dengan budak kecik.
yang suka buat kecoh dan bajet comel dalam rumah ni.
suka buat benda yang ntah-pape-mintak-semua-gelak.

maka, bila aku terpengaruh dengan si kecik
dengan aksi dan perkara yang annoying
maka sah-sah aku di offer dengan penampar 5 jari.

paling latest, main-main mintak cium gaya geli-geli.

"nak tium!! nak tium!!" [nak cium]

sekali dengan muncung ala-ala tapir tuh.
nanti tadah la budak kecik tuh pipi dia.
tak pun aku yang kena ready pipi.
pastu selamba badak je kata aku gatal.
cess..~

bila aku bosan kadang-kadang aku offer ayat tuh
kat adek beradek aku jugak.
semua dah gaya nak belasah aku dengan pandangan jijik.
haha..~~



moral : jangan terpengaruh dengan si kecik.

;D


Sunday

wordless.two.

you're mean







peeps..!!

hari ni masuk tahun baru dan aku baru je buat azam baru.
and suddenly some brainless people just make me take out the word

'SUCK'

hey!!
is it fun to be mean with other??

hello..~
kalau korang dah tak dapat nak rationalize sangat apa yang jadi
so, tak payah la nak kaitkan dengan orang lain.
tak payah nak pertikai itu ini.

pleasee laaa..!!~
bila nak judge people tuh boleh tak fikir dulu?
so that, takdela malu sangat kan bila kena bidas katak gitu je.
what a shame..~

ludah ke langit dan jilat balik..
oh mann..!! sungguh tak cool ok!

well..~ here goes some advice yang encourage a bit..

Most mean people have a sarcastic edge....arm yourself with a few funny one-liners that you can use when faced with a negative person.

Don't take what a mean person says personally...it is their problem, definitely not yours!

If you have a friend that has a mean streak and tends to say things that hurt you or others, try saying, "Ouch" out loud and never allow yourself to get sucked into the behavior. Always know it is okay to not continue the friendship.

Don't go running away scared from a mean person, walk away with a stronger sense of yourself, knowing that you made a good decision not to get sucked into the negativity!



be strong dear..~~!

salam maal hijrah


assalamualaikum..~~

salam maal hijrah semua..!!~

mulakan hari ceria dengan azam dan niat yang baru.
mesti ramai yang dah mula buka buku baru kan?!

so do i.
so, marilah kita sama-sama berhijrah ke jalan yang lebih lurus.

kita tutup semua kisah semalam dan kelmarin dengan buku lama.
kita maju ke depan dengan senyuman yang lebih menawan oke?!



^_^


Monday

Malam Seribu Kenangan



assalamualaikum..~

this time about Malam Seribu Kenangan.
untuk rai semester 8 under Persatuan Prasekolah. :)

pernah pergi Perantau Hill??
boleh tahan jugak tempat tuh.
takdela jauh sangat dari maktab.
so, kami budak sem 6 nih takdela terkejar-kejar sangat.
yela.. petang tuh ada paper muzik, habes pun dah pukul 5.

sampai-sampai je dah teruja tengok meja makan. yummy!!
agenda pertama pulak adalah makan, lagi lah suka.



quite sedih masa sesi bersalam-salaman dengan dorang. T.T

tapi tak jadi sedih lebih-lebih sebab dapat 2 3 kad jemputan kahwin..
terus moOd bertukar kepada gossip girl.
;p

zura! partner bergosip malam tuh..~
dari mula sampai habis majlis. :)

**************

all the best kakak-kakak dan abang-abang!!
ingat pesan lecturer-lecturer JIP ok..~
jadi cikgu prasekolah yang comel dan baik.

blogger kelas kami..~
takde kena mengena tapi saje buat kenangan.

blog kena terjah!


Assalamualaikum..~

pheww..~ lega satu paper dah lepas!
two more to go sayang.. fighting!!

habes je paper tadi, decide nak call my mom.
konon nak tanya pasal adek yang amek SPM hari ni.
macam la adek aku tuh nak terharu sangat la kan aku take care exam dia.
peliss la aliya!

baru je buat mukadimah.
mak aku cakap dengan selamba badak

"mak tengah tengok blog along nih."
bayangkan dia cakap sambil gelak-gelak.

terus aku bagi arahan terbaik.
" mak pegi kat atas sebelah kanan tuh ada button x kan?! tekan sekarang!"
gelak-gelak tapi tertekan.

rasa macam nak hantuk kepala laju-laju atas bantal.
biar hilang sekejap perasaan malu.
macam tu relax je kena terjah.
dah la belog ni bengong-bengong.
bersajak dengan madah pujangga semua.
=.='

kena tebalkan muka mulai hari ni.
pasti jadi bahan seminggu pertama lepas jejak rumahku syurgaku tu.
T.T



moral: berhati-hati dengan setiap perkara yang dilakukan..~ =)

Friday

menjauh bukan melupakan..


menjauhkan diri bukan bererti melupakan..

tidak berhubungan bukan bererti tidak bersangkutan..

cuma.. KEINDAHAN yang dirasai itu tidak mahu dipupuk..

kerna..~~

AKU TIDAK MAHU UNTUK MELALAIKAN.










from fatini azami wall..~~

selamat mengulangkaji..~~



exam datang lagi..!! larikk..~~

boleh tak buat macam tuh?
memang nak kena pelempang la kan jawabnya.

aku sanggup lagi pergi kelas tiap-tiap hari.
pergi lawatan sana sini.
pergi prasekolah buat ajar budak.

tapi..~~
aku paling tension kalau kena ngadap buku semedang.

terpaksa terima hakikat!!
exam dan student tak dapat dipisahkan lagi.
bagai aur dengan tebing la kan.
macam isi dengan kuku pulak tuh.

jadi..~
buat diri sendiri dan budak-budak lain yang amek exam.
selamat mengulangkaji semua!!
selamat menjawab peperiksaan juga..~~

~~..study smarter not harder..~~


baru lepas nangis sebab kena study..!!
oke..tipu jer!! hehe..
tetiba je muka jadi sembap macam tuh.


akak cun yang teman saya study di Mcd..~
bukan salah saya!! dia yang ajak dan bawak..


Sunday

aidiladha

salam aidiladha semua.
still tak lewat kan wishes tuh?!

aku bet mesti korang punya raya best kan?
even aku tak balik tapi alhamdulillah raya ni tak sia-sia.
rindu pada soto mak pun terubat dengan hidangan kat rumah lecturer.

aku beraya di alamanda kali ni.
korang ada?! takdekan?
mula-mula bajet teringin nak main bowling. so, bebudak ni layan je la niat aku tuh.
aku tak menang pon, dapat no.3 je. ok la tuh sebab saat-saat akhir banyak melongkang. menyampah jugak aku dibuatnya!

berdepan dengan bowling centre tuh ada kedai game.
ala, macam arkid untuk kau pergi lepak-lepak main segala game dengan member tuh.
aku pernah masuk dan aku teringin masuk lagi.
tapi sape je la yang nak temankan aku masuk tempat camtu.

hari ni aku berjaya masuk semula dengan member yang sporting plak tuh.
memang teruja dan seronok sangat, seyes!
tak tengok kiri kanan dah bila menjerit sebab menang.
childish sangat dah aku nih.
the best part bila etie ajar aku main satu game menembak.
best giler siot!! tapi aku main sekali je untuk tambah pengetahuan.
sebab aku kena guna 4 token untuk main sedangkan yang lain guna 1 atau 2 token je.
rugi pulak kalau main banyak-banyak kali.

dah siap main dan bazirkan duit tuh macam biasa la, mencekik!
bila dah kenyang dan puas exercise dalam acara berjalan pusing mall,
baru la fikir bab balik rumah.

balik rumah pun tak buat apa-apa pun.
bersenang-senang, usik-mengusik, gosip-menggosip sampai bosan
kemudian layan cerita 'hajar & aswad' kat tv.

the next stage adalah tidur.
ini harus okay! nak charge balik bateri yang dah habis guna hari ni.
oleh itu..tata semua!! :)

Tuesday

setelah assessment..

tidur lena setelah assessment berakhir..~~

walaupun yakin bukan dapat markah yang tinggi
at least, confident tekan papan keyboard even nervous sampai lupa beza not major dan minor.

okeh, terbaik la kan macam tuh!!
(T . T)


dapat pesanan hikmat before keluar bilik ujian,
praktis lagi yer..~~

whoa!!
rasa macam kena simbah air sejuk di tengah panas.
(^.^)


..tak tau nak interpretasikan perasaan happy atau sedih..