JellyPages.com

Tuesday

heaven!


assalamualaikum..~

oh sungguh heaven hari ini. eh! heaven sangat ke?


hari ini akak PPM masakkan bubur nasi dia yang super sedap tuh. betul tak tipu. partner aku makan bertambah walaupun dia tak sihat. rahsia bubur tersebut adalah pada cara memasaknya. beras tu direndam semalaman. masa rebus air tu, masukkan bunga lawang dengan kulit kayu manis. then, masuk bahan-bahan yang lain. ketika memasak boleh la masukkan minyak bijan. hohoho. marvellous! rasa macam nak try sekali. tunggu bila dah lapang dan bersedia nanti.

hari ini berjalan-jalan shopping di pekan Banting. eceh! selama ni tak menghargai pun duduk bandar. sejak bermastautin jadi orang sini sementara waktu, pergi pekan itu dah rasa sangat heaven walau susah tak ada shopping mall yang besar-besar. first, pergi kedai TOP. ini bukan kedai jual baju dan kain tapi kedai jual alat tulis dan keperluan pelajar serta guru untuk belajar dan mengajar. then, jalan-jalan lagi masuk kedai pengantin cari span untuk boneka kawan. masuk kedai dua ringgit untuk beli sticker hias fail dan portfolio. perut rasa sebu pulak sebab tak makan tengah hari tadi. jumpa kedai aiskrim, masuk dan pekena eskrem vanila coklat. dua scoop pulak tuh. heaven!!

kemudian on the way balik singgah makan, pekena pulak ABC dengan koay teow tomyam. hoOo.. macam padang pasir bertemu antartik. panas bertemu sejuk. pastu sakit perut sebab overload. makan tak ikut sunnah gitu la jadinya. padan muka aku! dah balik pulak layan cerita 'Vanila Coklat'. mentang-mentang esok tak kena ngajar. siap boleh taip entri ni lagi. relax sungguh.

eh, cuba korang kira dah berapa kali aku sebut heaven tadi? haa..tu je sebab aku tulis entri dengan tajuk demikian.

nak pergi cari kerja berfaedah. kbai.


Thursday

Air terjun Sempeneh.


assalamualaikum..~

masihkah anda ingat tentang janji ingin bercerita mengenai air terjun Sempeneh beberapa entri lampau?

ini air terjun yang sungguh ohsem. kenapa? kerana airnya sungguh sejuk hingga ke tulang tetapi sekali masuk tak mahu keluar dari air walaupun kulit bertukar warna dan badan menggigil. tapi, bila dah keluar mula la perit tekak. sakit. efek mungkin berbeza mengikut individu.


ini candid.tak dalam pun air tapi saje hiperbola beraksi.

satu dari pemandangan indah ciptaan Allah. :)


sebenarnya tak banyak gambar sebab no volunteer. semua nak main air. kamera je main sorang-sorang. :p yang buat aku dan adik-adik teruja adalah motor pak cik jual satay ikan. turun dari kereta je semua bluetooth isyarat yang sama. tapi mak ngan abah telah membantutkan niat dengan menyuruh kami mengambil makanan berkhasiat yang telah dibawa. frust! tapi before balik dapat jugak beli dengan abah sebagai sponsor. hehe. best kot! teringat zaman dulu-dulu. memori satay ikan.

tempat ni dekat Batu Kurau, Perak. tak jauh dari pekan Kamunting. aku sering beranggapan bahawa Batu Kurau dan Kuala Kurau itu duduknya sebelah menyebelah walaupun tak pernah nampak signboard. rupanya dua tempat berbeza yang tak berkait. ceh. nasib dulu geografi dapat B, takdela malu sangat.

untuk info lebih lanjut dan tempat, sila layari gOogle oke. =D kbai.


Wednesday

hati bak agar-agar..


assalamualaikum..~

perempuan dan hatinya yang lembut bak agar-agar tu memang biasa la kan. sebab tu kalau terguris atau tercalar ada sedikit efek. mula la tak tenang hati sampai kadang-kadang tidur pun jadi tak lena sebab teringat-ingat benda tu. kronik. tak pun buat muka keras depan orang ramai. haha. jenis aku memang senang la nak detect sebab air muka aku tak pandai menipu. ciss. itu kata kawan aku. kata aku, rasanya dah habis palsu aku senyum dan cuba tutup.

tapi sampai mana la sangat kan nak bawak perasaan macam tu. tak ada kebaikan. maka, maafkan si dia dan tenangkan hati. insyaAllah, hati jadi tenang dan senang. zikir dan selawat banyak-banyak. sentiasa positifkan diri tak kisah la apa-apa pun yang jadi. sebab aturan Allah itu sangat cantik. eh, serious tak tipu. banyak sangat dah yang jadi sekeliling aku dalam jangka masa singkat ni yang buat aku makin percaya perkara tu.

so, kalau rasa hati tak cukup kuat. jom baca doa ini:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, ubun-ubunku adalah dalam genggaman-Mu, berlaku hukum-Mu ke atasku dan ketentuan-Mu adil kepadaku. Aku memohon daripada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, jadikanlah al-Quran itu penyejuk jiwaku, menjadi cahaya petunjuk dalam dadaku, menghilangkan kesedihanku, menghilangkan kesusahanku. Ya Allah, hilangkanlah kesusahanku dan gantikan kesedihanku dengan kebahagiaan."


:)

Tuesday

Banting, the second..


assalamualaikum..~

hai anda yang sedang lalu atau terbaca entri ini.. apa khabar?!

hopefully..baik-baik saja.

cuaca di banting sangat panas. tambahan pula, menetap di rumah berasaskan papan so, korang faham-faham la betapa berbahangnya kami insan-insan di dalamnya. oleh kerana cuaca dan keadaan persekitaran, aku telah jatuh demam dan selesema. ouh! sungguh tak seronok sakit di kala baru 3 minggu menjejak sekolah. rasa sungguh tak cool.

duduk di sini aku melihat potensi yang cerah untuk hidup yang lebih sihat. bukan sahaja kerana suasana dan persekitaran tak tercemar malah, kami kerap berbasikal untuk ke kedai fotostat dan bermain badminton di petang hari. influence siapakah? haha. hasil pemerhatian terhadap anak-anak tuan rumah. jadi, demam pun tak mampu hinggap lama-lama.

eh..hari tuh tuan rumah ajak pergi majlis berinai anak sedara beliau. apakah yang terlintas dan terimaginasikan oleh kamu saat mendengar perkataan 'majlis berinai'? pasti majlis tersebut secara kecil-kecilan dan bakal pengantin diinaikan. walhal, realitinya wahai kawan-kawan adalah sebaliknya. ketika kami sampai, sangat terkejut kerana pengantin sedang bersanding di atas pelamin sambil sebok ber'photoshoot' dengan saudara-mara terdekat. oke, itu rupanya majlis berinai. aku kena banyak membaca pasal adat-istiadat melayu. hee..~


'Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian'