assalamualaikum..~
hai anda yang sedang lalu atau terbaca entri ini.. apa khabar?!
hopefully..baik-baik saja.
cuaca di banting sangat panas. tambahan pula, menetap di rumah berasaskan papan so, korang faham-faham la betapa berbahangnya kami insan-insan di dalamnya. oleh kerana cuaca dan keadaan persekitaran, aku telah jatuh demam dan selesema. ouh! sungguh tak seronok sakit di kala baru 3 minggu menjejak sekolah. rasa sungguh tak cool.
duduk di sini aku melihat potensi yang cerah untuk hidup yang lebih sihat. bukan sahaja kerana suasana dan persekitaran tak tercemar malah, kami kerap berbasikal untuk ke kedai fotostat dan bermain badminton di petang hari. influence siapakah? haha. hasil pemerhatian terhadap anak-anak tuan rumah. jadi, demam pun tak mampu hinggap lama-lama.
eh..hari tuh tuan rumah ajak pergi majlis berinai anak sedara beliau. apakah yang terlintas dan terimaginasikan oleh kamu saat mendengar perkataan 'majlis berinai'? pasti majlis tersebut secara kecil-kecilan dan bakal pengantin diinaikan. walhal, realitinya wahai kawan-kawan adalah sebaliknya. ketika kami sampai, sangat terkejut kerana pengantin sedang bersanding di atas pelamin sambil sebok ber'photoshoot' dengan saudara-mara terdekat. oke, itu rupanya majlis berinai. aku kena banyak membaca pasal adat-istiadat melayu. hee..~
'Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian'
No comments:
Post a Comment