JellyPages.com

Thursday

Air terjun Sempeneh.


assalamualaikum..~

masihkah anda ingat tentang janji ingin bercerita mengenai air terjun Sempeneh beberapa entri lampau?

ini air terjun yang sungguh ohsem. kenapa? kerana airnya sungguh sejuk hingga ke tulang tetapi sekali masuk tak mahu keluar dari air walaupun kulit bertukar warna dan badan menggigil. tapi, bila dah keluar mula la perit tekak. sakit. efek mungkin berbeza mengikut individu.


ini candid.tak dalam pun air tapi saje hiperbola beraksi.

satu dari pemandangan indah ciptaan Allah. :)


sebenarnya tak banyak gambar sebab no volunteer. semua nak main air. kamera je main sorang-sorang. :p yang buat aku dan adik-adik teruja adalah motor pak cik jual satay ikan. turun dari kereta je semua bluetooth isyarat yang sama. tapi mak ngan abah telah membantutkan niat dengan menyuruh kami mengambil makanan berkhasiat yang telah dibawa. frust! tapi before balik dapat jugak beli dengan abah sebagai sponsor. hehe. best kot! teringat zaman dulu-dulu. memori satay ikan.

tempat ni dekat Batu Kurau, Perak. tak jauh dari pekan Kamunting. aku sering beranggapan bahawa Batu Kurau dan Kuala Kurau itu duduknya sebelah menyebelah walaupun tak pernah nampak signboard. rupanya dua tempat berbeza yang tak berkait. ceh. nasib dulu geografi dapat B, takdela malu sangat.

untuk info lebih lanjut dan tempat, sila layari gOogle oke. =D kbai.


No comments:

Post a Comment