JellyPages.com

Saturday

si budak tamak.

assalamualaikum..~

hello people! eceh. bukan main. sekarang ni sedang bertarung dengan masa. banyak keje nak kena setel bersama kesayangan baru, encik AR! ahh..aku benci kau. tapi terpaksa berpura-pura seperti dilamun cinta. demm.

tapi aku time sedang sibuk bercinta la nafsu dan akal membuak-buak buang tebiat. time ni la sibuk nak ajak orang sana sini keluar makan lepak-lepak, pergi jalan-jalan shopping sini situ dan mau buat itu ini. haish. kau bajet encik AR kau tu senang dijaga? memang nak mampus la jawabnya.

disamping encik AR, ada dua tiga project yang aku sedang sibuk fikir-fikirkan. project untuk masa depan.  satu dah jalan and sedang berdebar menanti feedback, satu on the way and the other one masih dalam draf perancangan. semoga niat murni aku ni akan dipermudahkan Allah s.w.t. amin!!  nanti bila dah sampai seru aku nak bukak cerita, ada la entri dia. hehe.

dalam masa yang sama, kegilaan aku terhadap trend membeli-belah secara online juga mencanak-canak naik. tabiat tak bagus ni. habis duit aku dikau kerjakan. mentang-mentang hanya perlu menekan-nekan isi si tikus terus mampu miliki barang idaman, macam orang gila la kau kan. sekarang ni tengah tunggu barang-barang sampai ke rumah. tak sabar nak bergaya walaupun dah hampir papa kedana. oh pama! i think i love you more today. ;p you have my account number already right? wink*

juga  angan-angan aku mau ke seoul garden, mau try kedai-kedai makan best, mau pergi picnic, mau main baseball dan mau mau lagi..banyak. tapi masa pulak tak ada. cis.. kau ni tamak betul kan? semua benda kau nak buat, semua benda kau nak try. rasa dah mampu sangat kot handle semua perkara.


 #walaupun aku tamak tapi aku rasa mau positif. bhahaha.

Sunday

1# puasa

assalamualaikum..~

Selamat berpuasa semua. apa macam puasa tahun ni? ada perubahan? niat dan azam baru? atau hilang rasa? erk..

puasa-puasa ni pasti tidur menjadi habit kecintaan jiwa raga setiap individu kan? oleh yang demikian, aku telah menjalankan aktiviti yang mampu mengganggu waktu tidur petang yang dicintai. niat baru adalah mengurangkan waktu tidur di siang hari tapi mempercepatkan masa berkuak lentang di malam hari. mengancam betul niat tu. sila doakan aku berjaya.

semalam yakni hari pertama semua umat Islam berpuasa, sedang manusia lain sibuk memikirkan juadah berbuka puasa, aku dan cik ayu bergegas ke salun untuk membuat rawatan. amboihh..puasa pun  tak sampai sehari lagi.  marvellous betul rasanya bila dimanja-manja dan dibelai-belai dek akak tu sampai tertidur-tidur kau. dah siap buang masa dan duit, terus ke pasar malam cari-cari makanan yang mampu tambat selera. yela, time puasa ni tekak lain macam sikit. 

hari ni menjalani rutin yang sama. lepas je solat zohor, terus ajak cik ayu membuat rawatan kecantikkan di rumah. hari ni buat peeling dan masker sendiri guna produk mustika ratu, peeling mundisari dan masker bengkoang. ya ampunn!! bau peeling tu bukan main mencucuk hidung tapi demi kononnya nak cantik, gagahkan jugak laa. bila dah siap-siap semua, sambung buat kerja. ni baru terhegeh-hegeh fikir nak membeli kat mana. haish.

dalam hati ingat lepas ni, petang-petang ajak cik ayu buang masa lagi dengan benda-benda basic seorang perempuan. mekap, tudung etc. hamboihh, tinggi kemain cita-cita. kalau mak dengar ni pasti kena semangkuk dengan dia. dah bila masanya kau nak mengaji semua bagai kalau sibuk main buang-buang masa cenggini. hehe.

pendek kata, marilah kita merancang aktiviti petang yang berfaedah di bulan puasa ni. tak kiralah duniawi atau ukhrawi. kalau dua-dua lagi bagus kan. :)


Thursday

shikshin. ;p

assalamualaikum..~

shikshin? apa tu? sejenis makanan baru? rancangan televisyen? haruslah tidak kan. kalau korang pengikut tegar dunia korea mungkin korang akan tau. shikshin adalah perkataan korea yang bernaksud "food god". 

shik 식 from 음식 (eumshik) which means 'food'
shin 신 which means 'God'

tetiba korang kena hadap tulisan bulat-bulat panjang di atas. anggap seperti sejenis snek di kala lapar je kemudian buat tak layan sebab nampak makanan yang lagi lazat. oke, aku bukan nak ajar korang belajar bahasa korea. cuma nak bukak cerita.

lately, gaya pemakanan tak sihat dan seimbang kembali menghantui hidup. makan bukan ikut keperluan tapi ikut nafsu semata. tak tau la macam mana perut dan usus  bekerja keras hadamkan semua benda yang aku telan. pfft. sayur dan buah langsung takde dalam list melainkan makanan-makanan bergoreng. dan sosej menduduki carta paling atas kerana aku merasakan ianya sangat lazat sehingga mampu membuat aku kecur air liur memandang. padahal sudah jelas lagi nyata ia tak bagus. -.-'

tengok makanan je mula la meronta-ronta anak tekak. satu hari bukan hanya makan tiga hidangan tapi berhidang-hidang hah aku makan. disebabkan kadar metabolisme dah tak tinggi macam dulu maka, jarum pada alat penimbang pun menunjukkan kadar peningkatan mendadak. tapi konon bijak la bila setiap kali makan aku duduk jauh-jauh dari alat penimbang supaya tak rasa bersalah dengan diri sendiri. cehh. memang la tak nak pakai lama kan badan kau tu aliya.

sila jangan ikut perangai tamak haloba aku bila berdepan makanan. jadilah gentleman dan mengurat sedikit demi sedikit makanan tersebut. tak payah nak 'shikshin' sangat kalau makan pun tak reti nak seimbangkan. banyak bahayanya apabila makan tak ikut kadar yang betul. berdampinglah dengan encik google kalau nak tahu apa kesan pengambilan makanan tak seimbang. :)


mulai hari ini, marilah kita makan salad dan buah pisang. ehh?


google



Monday

K.A.M.I dan Maskot.

assalamualaikum..~

kawan-kawan internship.


apa bendanya gambar setepek di atas tu?! jangan guna banyak tenaga untuk fikir. sebenarnya itu adalah gambar cikgu-cikgu internship dengan maskot untuk Minggu Celik Minda. kelas kau jahh. pelancaran kat sekolah pun siap ada maskot bagai. tapi takpe, alang-alang dah buat biar la meriah sikit kan. idak le berasa terhina apabila budak-budak lain bercerita dengan gahnya kelak. :p