assalamualaikum..~
shikshin? apa tu? sejenis makanan baru? rancangan televisyen? haruslah tidak kan. kalau korang pengikut tegar dunia korea mungkin korang akan tau. shikshin adalah perkataan korea yang bernaksud "food god".
shin 신 which means 'God'
tetiba korang kena hadap tulisan bulat-bulat panjang di atas. anggap seperti sejenis snek di kala lapar je kemudian buat tak layan sebab nampak makanan yang lagi lazat. oke, aku bukan nak ajar korang belajar bahasa korea. cuma nak bukak cerita.
lately, gaya pemakanan tak sihat dan seimbang kembali menghantui hidup. makan bukan ikut keperluan tapi ikut nafsu semata. tak tau la macam mana perut dan usus bekerja keras hadamkan semua benda yang aku telan. pfft. sayur dan buah langsung takde dalam list melainkan makanan-makanan bergoreng. dan sosej menduduki carta paling atas kerana aku merasakan ianya sangat lazat sehingga mampu membuat aku kecur air liur memandang. padahal sudah jelas lagi nyata ia tak bagus. -.-'
tengok makanan je mula la meronta-ronta anak tekak. satu hari bukan hanya makan tiga hidangan tapi berhidang-hidang hah aku makan. disebabkan kadar metabolisme dah tak tinggi macam dulu maka, jarum pada alat penimbang pun menunjukkan kadar peningkatan mendadak. tapi konon bijak la bila setiap kali makan aku duduk jauh-jauh dari alat penimbang supaya tak rasa bersalah dengan diri sendiri. cehh. memang la tak nak pakai lama kan badan kau tu aliya.
sila jangan ikut perangai tamak haloba aku bila berdepan makanan. jadilah gentleman dan mengurat sedikit demi sedikit makanan tersebut. tak payah nak 'shikshin' sangat kalau makan pun tak reti nak seimbangkan. banyak bahayanya apabila makan tak ikut kadar yang betul. berdampinglah dengan encik google kalau nak tahu apa kesan pengambilan makanan tak seimbang. :)
mulai hari ini, marilah kita makan salad dan buah pisang. ehh?
google
No comments:
Post a Comment