JellyPages.com

Sunday

1# puasa

assalamualaikum..~

Selamat berpuasa semua. apa macam puasa tahun ni? ada perubahan? niat dan azam baru? atau hilang rasa? erk..

puasa-puasa ni pasti tidur menjadi habit kecintaan jiwa raga setiap individu kan? oleh yang demikian, aku telah menjalankan aktiviti yang mampu mengganggu waktu tidur petang yang dicintai. niat baru adalah mengurangkan waktu tidur di siang hari tapi mempercepatkan masa berkuak lentang di malam hari. mengancam betul niat tu. sila doakan aku berjaya.

semalam yakni hari pertama semua umat Islam berpuasa, sedang manusia lain sibuk memikirkan juadah berbuka puasa, aku dan cik ayu bergegas ke salun untuk membuat rawatan. amboihh..puasa pun  tak sampai sehari lagi.  marvellous betul rasanya bila dimanja-manja dan dibelai-belai dek akak tu sampai tertidur-tidur kau. dah siap buang masa dan duit, terus ke pasar malam cari-cari makanan yang mampu tambat selera. yela, time puasa ni tekak lain macam sikit. 

hari ni menjalani rutin yang sama. lepas je solat zohor, terus ajak cik ayu membuat rawatan kecantikkan di rumah. hari ni buat peeling dan masker sendiri guna produk mustika ratu, peeling mundisari dan masker bengkoang. ya ampunn!! bau peeling tu bukan main mencucuk hidung tapi demi kononnya nak cantik, gagahkan jugak laa. bila dah siap-siap semua, sambung buat kerja. ni baru terhegeh-hegeh fikir nak membeli kat mana. haish.

dalam hati ingat lepas ni, petang-petang ajak cik ayu buang masa lagi dengan benda-benda basic seorang perempuan. mekap, tudung etc. hamboihh, tinggi kemain cita-cita. kalau mak dengar ni pasti kena semangkuk dengan dia. dah bila masanya kau nak mengaji semua bagai kalau sibuk main buang-buang masa cenggini. hehe.

pendek kata, marilah kita merancang aktiviti petang yang berfaedah di bulan puasa ni. tak kiralah duniawi atau ukhrawi. kalau dua-dua lagi bagus kan. :)


No comments:

Post a Comment