assalamualaikum..~
aiyakkk..baru je selesai menyiapkan tugasan tertangguh yang penting. terasa hebat seketika sebab mengadap laptop dan menaip dengan gigih dari pagi sampai nak masuk maghrib. cehh..cakap je la kena siapkan kerja tu by hook or by crook. kalau tak mengenangkan deadline yang tak mahu bertoleransi harus rasanya tak siap lagi. memang camtu la kan dari zaman belajar. terbawak-bawak sampai dah kerja ni. benda yang dah bagi berminggu-minggu pun boleh siapkan dalam masa sehari. padahal masa mula-mula dapat tugasan bukan main lagi tak boleh cerna dengan bernasnya apa yang dia nak. itu la, ini laa..bukan main banyak alasan dalam kepala tu. alih-alih hari ni boleh setel. ko dah apehal?
benda yang paling aku tak nak cerna adalah kenapa esok mesti hari isnin. kenapa? kenapa? tau tak aku belum bersedia nak pergi kerja. aku tak cukup puas rasa rehat weekend ni. oke, sebenarnya weekend yang aku tak balik rumah je yang akan buat aku jadi macam ni kan, padahal dok melepak dan melepet kat rumah depan tv je. kalau balik rumah, confirm ada je aktiviti merayap ke sana ke sini tapi tak pulak rasa nak menangis bila fikir esok isnin. mencik la camni. aumm...~