JellyPages.com

Wednesday

Aktiviti

assalamualaikum..~


dah lewat tengah malam tapi bukan main gigih nak siapkan kerja. kononn. padahal tengah tak sihat. iye, demam dan selsema. tapi yang penting, dah boleh tarik nafas lega. satu tugasan berat dah selesai. sekarang tengah cuba untuk fokus pada aktiviti Gerak Tari Prasekolah 1Malaysia, perkhemahan dan lawatan si comel prasekolah. iyee, memang agak lewat la kan bulan 10 baru terkedek-kedek nak pergi lawatan tapi dah memang rezeki aku kot. hehe. merasa pergi lawatan dengan budak-budak prasekolah. tak sabar nak tengok muka penuh keterujaan dan kegembiraan dorang. muka itu sangat precious. riak yang tak dapat nak beli dengan wang ringgit. dan semestinya satu kepuasan dan kegembiraan cikgu dia jugak. ihihi. walaupun kadang-kadang terpaksa tadah telinga dengar cikgu membebel kan lately..tapi cikgu nak korang jadi budak baik. yelaa..mana ada yang tak marah kalau dah penat lelah siap cantik-cantik kelas tiba-tiba terkehel sana sini tak sampai 48jam. niat cikgu tu nak awak selesa belajar dan seronok ada kelas yang cantik dan banyak mainan walaupun awk tu tak sepandai budak-budak sebelah. mujur bab manners awak semua tip top. hehe. bangga cikgu..~

Gerak tari tak tau nak kata apa dah. dah naik tak lalu tengok semua orang dok berlatih. iyee, cikgu paham kamu budak-budak kecik memang tak paham apa itu harmoni dalam persembahan. tapi cuba buat yang terbaik macam cikgu buat kat kamu pun dah cukup. cikgu tau korang tak 'sempurna', at least jangan bagi cikgu sakit kepala dan sakit telinga cukup. hehe. 

sebenarnya selain sibuk menghitung aktiviti sekolah yang tak pernah surut, sibuk jugak la jari ni dok membilang hari nak jumpa baby mushlih and his cute mommy dan cik mieza. tak sabar nak jerit 'Melaka, here I come!'. hehe. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. :)

2 comments:

  1. wah lame gler x online blog..by da way sgt xsabr nk jumpe kamo jugk..!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..ko on9 ke x mna ak tau. asek nk private je..btw, ak pon da xsabar2 ni..

    ReplyDelete