assalamualaikum..~
kadang-kadang memang la niat kita tu baik nak jadi orang tengah untuk dua manusia bina masjid. tapi sesekali tu cuba bawak-bawak tenung balik, calon yang kita bawak tu memenuhi kriteria diri kita atau kriteria orang yang kita nak calonkan tu. ye, rupa itu bukanlah segala-galanya dalam memilih pasangan. tapi rupa itu perlu juga diambil kira. muka yang kita nak tenung tiap-tiap hari kan. biar la mata tu rasa selesa dan sejuk. ini kalau letak langit dengan bumi sebelah-sebelah, confirm la tak sepadan. tak mampu kot. tapi tu la hakikat yang orang selalu terlepas.
*merepek sebentar hasil renungan semalam.
wahh..baru isnin tapi dah tak sabar-sabar nak jejak jumaat, apa kes. baru plan nak jejak tanah Melaka dah tergendala tak sempat dirancang. banyak mak oii kerja nak kena siapkan. rasa nak mintak tiap-tiap hari bagi lebih dari 24 jam je. hehe. gaya macam kerja keras je kan. ni pon tengah berusaha dok susun jadual kerja bagi tak serabut kepala. baru tau betapa susahnya nak dapat duit gaji tu. ingat goyang kaki pung pang pung pang je ke ajar abc. memang tak la. dulu kalau orang dok perlekeh kerja yang aku bakal pikul, boleh la dok sengih-sengih lagi. sekarang, totally jangan cari pasal. sentap sangat kalau ada yang tak paham lepas tu buat ayat andaian sendiri macam la kerja aku ni senang sangat. mudah. cuba la ganti sehari tempat aku, nescaya tak ramai yang mampu. aku pon kalau tak kena train 5 tahun setengah tu, serius cakap memang aku lari. tapi aku memang kecewa sangat la dengan mentaliti orang yang sebegini.* positifkan diri.* takpe, orang-orang sebegini la yang aku kena bantu faham kan apa benda yang mereka tak faham tentang dunia aku. dunia yang hebat dengan cabaran. dunia yang senang buat pahala dan senang jugak nak buat dosa. :-) keep smiling untuk minggu ni.
No comments:
Post a Comment