JellyPages.com

Sunday

word 4 da day:9

jika kita menjaga dia dengan doa

insyaAllah..dia tidak akan kekurangan apa-apa pun




~Dalam Mihrab Cinta~

Saturday

Mencintai Dirinya Dalam Diam..=)

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

.

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )


Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

.

Cukup cintai dia dari kejauhan.

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

.

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan.

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

.

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Friday

Dalam Mihrab Cinta

assalamualaikum..

semalam sembang ngan encik hazrie and dia tetiba cakap dah tengok movie Dalam Mihrab Cinta..uish!! agak jeles la sebab aku memang nak tengok tapi belom kesampaian..malas rasa nak baca novel dia sebab ada sampai dua volume kot lagipun baik aku baca nota2 lagi berfaedah..aku ni kalau dapat novel ni karang mula tak bergerak dah..xboleh2!!

aku pon tak tau dari celah mana tetiba masuk kelas hari ni aku dengar kawan aku sebut pasal citer tuh..rupanya dia ada citer tersebut..waaaaa~~~

aku pon hambek memandangkan tengah on lappy time tuh..sebab arini aku ngan partner kena bentang pasal teori kekecewaan-agresif dalam sukan..sebab hari tu aku tak alert yang presentation tu takde pasal teori ni..mana taknya, aku tak tau nape tetiba boleh wat sleep running lepas maghrib xmau bangun2 bawak ke subuh..cis!!

aku dengan Cik Fatini Azami memang sangat teruja nak tengok citer tersebut..hOi aliya!! giler tak sedar diri yang awak tu tengah exam..adoyai~

balik bilik masing2 on lappy..sebab aku lupa amek portable music aku yang selalu wat jadi speaker tu..cik vostro ni pulak sound dia alahai slow bebenar..aku sendiri nak dengar lagu aci sumbat earphone atau headphone je..


wahh..citer ni sweet, bermakna and tacing laa..Cik Fatini sangat berminat nampaknya, siap goOgle kot..teros nak dengar lagu and usha pelakon2 dia..

encik hazrie kata biasa2 je, cik aliya kata best je..better than Ayat-ayat Cinta and Ketika Cinta Bertasbih..besa laa, semua orang kan ada pandangan masing-masing..gender memainkan peranannya di situ,haha..perbezaan melalui budaya..

kitorang nak tengok pulak citer Perempuan Berkalung Sorban pasni..huu~~ sape ada?!




p/s: aku sangat suka dengar lagu 'mahar cinta' lately..rasa cam inspired by the words! o.O
abaikan cik aliya sengal ni..~~

Thursday

pheww...

assalamualaikum..

phewww..~

habes satu perang mental aku..!! siyes memang rasa nak mental aku and the gang..

kalau aku yang suka main aci selam2 pegi kuliah nie kata susah boleh terima akal laa..ni budak yang straight pegi kelas tak tinggal cakap susah..memang tak tau la nak kata apa lagi..~

siap boleh keluar ayat.." kalau letak buku teks kat sebelah pun belom tentu boleh dapat A..."..

fikir la sendiri kOrang!!


tapi belom settle lagi..still ada 4 paper minggu depan, siap straight tanpa henti dari isnin sampai khamis..

pergh..~~ orang yang susun jadual ni memang terbaik ah..!!


ok la..nak pegi sambung konon2 study..tata~

Sunday

..selamat hari guru..

assalamualaikum..

ouh..16 mei la kawan2!! tarikh yang dinanti2 oleh warga pendidik + bakal guru jugak..! haha..eksaited sudah~

Selamat Hari Guru..~~


pada sume cikgu2 saya..pensyarah2 jugak..terima kasih!!

for my beloved mom, Cikgu Suzana..and my aunt, Cikgu Norhaizah..


pada bakal2 pendidik PISMP 5.05..anis, mieza, ayu, nadiah, farha, yatie, izzati, mirah, iman, umie, zura, bella, syazana, atiqah, syafi, isma, adha, etie, naam.. =)


...SELAMAT HARI GURU...

Saturday

mahar cinta

assalamualaikum..

alhamdulillah..at last, blog dah boleh bukak~ *muka hepy sambil loncat2* yeay!!

arini rasa nak share lagu ni..aritu download tapi langsung tak dengar, tapi tadi tetiba rasa nak dengar..laa, sedap gak rupanya..ohh~


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..







i'm not hanging anymOre..shud i move on or still menunggu?

~ abaikan semua tu aliya..jalani hidup seperti biasa ~



Wednesday

bila hati bicara..

assalamualaikum..


entry ni more kepada kata2 nasihat daripada someone yang aku appreciate sebab hadir dalam hidup seorang aliya sebagai pendorong aku untuk banyak berfikir pasal diri sendiri*malu sekejap*

kita asyik fikir masalah hubungan kita dengan A..macam mana nak go on hubungan dengan si B? macam mana kedudukan hubungan kita dengan C? tapi kita selalu lupa dengan hubungan yang lebih penting daripada itu..hubungan yang lagi penting dari sibuk2 layan perasaan tentang orang yang confirm2 belum tentu akan stay dengan kita sampai the last time..*pekup muka sambil geleng2*

hubungan kita dengan Allah..

hubungan kita dengan Rasul..

hubungan kita dengan ibu bapa..

and the last but not least, bila nak buat sesuatu tu sila la rujuk dengan encik/cik akal dengan dipandu oleh tuan iman..bila terlalu ikut perasaan sangat kesan dia memang superb kasi korang tekanan dan emo2 bagai macam aku ni hah..*pekup muka sb malu*

pesanan terakhir beliau:
mungkin org lain bncikn anda...tp awk kna igt...Allah, Rasul dan ibu bapa awk snantiasa sygkn awk...jgn mlu2 atau segan2 nk rujuk mereka...
*copy paste sb malas taip*

respons lepas baca:
aku rasa sangat malu..sangat! dan sangat!!
baca balik and balik..~ air hujan turun 3 minit.stop.baring.tido.
hari ni baca balik and aku dah boleh positif kn diri..


terima kasih..~~




encik genesis..~
saya suka la kat awak..
saya suka tengok muka awak yang icy giler tu..
mata awak yg tajam but looks innocent sometimes
gaya awak yang cam gagah perkasa
part paling best ialah rambut awak yg sangat cOol
kyaa~~ muka pencahayaan agung! *pengsan 3 saat*


p/s: sila abaikan perenggan bahagian bawah..sebab lama sgt dok fikir nak tulis, mula aku merepek dah!! kalau insaf 30 minit mesti aku merapu balik sejam..hik3!

..truth and sad..

a sweet truth:
someday someone will walk into your life and make you realize
why it never worked out with anyone else



the sad catch:
when you keep on waiting but nobody comes
it means that you've already let that one pass you by


Tuesday

Ya Allah..aku jatuh cinta!




YA ALLAH.. If he’s meant for me and i meant for him Let us be together through ijabkabul.
YA ALLAH.. If we are not meant to be together, please avoid us from seeing one another.
YA ALLAH.. If he’s the right person for me, let his iman be the one that I adores and let him make my way easier to Jannah.
YA ALLAH.. If he’s not the right one for me, show him the right way so that he can lead others instead.

word 4 da day:8



Ya Allah..

jagalah dirinya disaat aku tidak mampu menjaganya

Monday

sabar itu indah..!!


aliya..~

sabar itu sesuatu yang sangat indah sayang..!!







Friday

..big bro cOnvo + date with sweet couple..

assalamualaikum..

selasa lepas adalah majlis konvokesyen abang long a.k.a encik hafizi kamarudin..kalau mereka2 yang rapat with me for sure kenal sape beliau..tapi for those yang tak, mesti confuse cOz everyone know yang aku ni anak sulung..emm,camne tu? hahaha~ buat la critical thinking sampai naik uban tuh ea..

fine! meh aku gitau korang..abang long tu adalah boyfriend kepada ayong aku iaitu mish aryu..haish! mesti pelik lagi kan?! gOdek la sendiri entry2 lepas kalau nak tau pasal ayong nie..aku kan mmg suka2 hati je cop orang as family tak rasmi aku..plus abg long ni tak kesah, lagi menjadi2 la tahap keperasanan aku sbg adik beliau..hee~

ehh..banyak pulak aku bebel..moh tengok gambar dulu laa..

encik hafizi kamarudin a.k.a abang long..^^
maaf..gambar terjambu sikit!


..abang long and ayong..


that sweet couple..=p

muka bosan abang long kena hadap hobi aku and ayong
tapi bila aku tanya xnak ngaku..huh~



hehe~ masa gi PICC tu aku ngan ayong sempat la jumpa family abg long..ngeh3! aku besa2 je tapi ayong mmg la nervous! jumpa mak mertua kn..~ then kitorang pegi bergambar kat taman depan dengan PICC..ala, gambar2 kat atas tu la tempatnya..pastu g teman abg long makan..hantar jubah balik kat PICC then pergi kajang cari tiket abg long..pastu sweet couple bawak adik kesayangan yg gedik ni g makan kat taman warisan, putrajaya.. [ sebab aku je yg xpenah g makan kat situ..mencik!!]..disebabkan hari sudah pun malam maka, aku dan ayong dihantar balik oleh abg long..the end~~

siyes best!! bukan senang nak feeling2 ada kakak ngan abang..ehem!! ayat yg sebenarnya adalah..bukan senang nak mengacau daun orang berdating..haha~~ mintak maap sume..lain kali bawak saya lagi ea..~


p/s: adik aku pun dah nak kOnvo 9/5 nie..aku je yg tak konvo2 lg..huu~ Y_Y

jadual minggu ini..!

assalamualaikum..

waa..lama giler rasa tak menaip kat sini even tak sampai satu minggu pun kot..haha~ sorry, cik aliya mmg tak senang duduk kalau tak update blog sayang nie..

selasa ~ konvo abg long + ngedate ngan sweet kapel..^^

rabu ~ lawatan ke sekolah berprestasi tinggi..SK TTDI (1)

khamis ~ lawatan ke kementerian belia dan sukan and kompleks sukan bukit jalil..

jumaat ~ bengkel prasekolah peringkat ipg kpi..

sabtu ~ broga hill..last minute ea!


see..~ penuhkan jadual cik aliya! pastu hasrat nak main post2 kat sini pun tergendala sebab bajet penat giler and rasa nak rest jer..so, arini nak update dan qadha balik hari2 yang tak terisi..hee ~

Thursday

word 4 da day:7

jika kamu mencintainya...
jangan sesekali biarkan dia lalai kerana kamu


~aliya~

Monday

..to love you more..

Take me, back into the arms I love
Need me, like you did before
Touch me once again
And remember when
There was no one that you wanted more

Don’t go, you know you will break my heart
She won’t, love you like I will
I’m the one who’ll stay
When she walks away
And you know I’ll be standing here still

I’ll be waiting for you
Here inside my heart
I’m the one who wants to love you more
You will see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

See me, as if you never knew
Hold me, so you can’t let go
Just believe in me
I will make you see
All the things that your heart needs to know

I’ll be waiting for you
Here inside my heart
I’m the one who wants to love you more
Can’t you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

And some way, all the love that we had can be saved
Whatever it takes, we’ll find a way

Just believe in me
I will make you see
All the things that your heart needs to know

I’ll be waiting for you
Here inside my heart
I’m the one who wants to love you more
Can’t you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

it's a dedication song from someone i appreciate..thanks dear!! i'm touched..

yeah..sometimes kita takkan sedar bahawa ada insan yang begitu setia disisi menyayangi kita sedangkan kita pula sibuk mengejar insan lain yang belum tentu akan menerima kita apa adanya.. ~hargai mereka sebelum kamu menyesal~

dan sesungguhnya menyintai seseorang itu dalam diam ternyata sangat menyakitkan..terlalu sakit...cinta itu ibarat menanti buah yang tak mungkin akan gugur..apatah lagi melihat insan tersebut dengan yang lain..tanpa sedikit pun tahu tentang adanya kita..~ pasti akan ada pelangi yang indah di balik hujan ini ~



p/s: suka lagu ni even liriknya sangat jiwang..[melayang-layang]


satu rindu..



Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu...Oh ibu...

Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu...oh ibu...kau ibu...

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu...oh ibu...kau ibu...
oh ibu...oh ibu...

Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu...kau ibu...kau ibu



hujan renyai-renyai diluar dengan putaran lagu satu rindu dari opick dan amanda yang sayu..buat hati ini terbang ke sana..rindu sangat pada semua!!..pada adik-adik yang nakal dan manja dengan ayong dorang ni..pada abah yang selalu care pasal anak-anaknya..dan pada si dia, pendengar setia celoteh dan keletah anak sulungnya yang manja dan kelam-kabut..emak!~

emak! ayong nak balik sana..nak jumpa semua! nak berkumpul dan bukak cerita sama-sama..rindu bila kitorang usik mak ramai-ramai..rindu nak dengar cerita zaman muda-muda..cinta cintun mak ngan abah..rindu nak bising-bising bila mak ngan abah romantik-romantik depan kami..

emak! ayong nak gitau..u're the best mom ever..~~ mana ada orang yg sporting support bila taw hati anak dia dah jatuh kat guys..jarang ada mak yang gila-gila macam kawan dengan anak-anak..and the best part! whatever i did..u always support me mom..~ setiap kali ayong masak even x sedap kadang-kadang pun still mak cakap sedap sb xnak ayong give up..bila ayong rasa dah buat wrong decision, mak akan bg kata-kata semangat untuk go on..bila ayong bengang dan tension dengan persekitaran, mak akan bagi nasihat..

THANK YOU MOM..I LOVE YOU!!





Sunday

angan tentang "dia"

assalamualaikum..

emm..macam yang korang boleh baca kat status facebook aku tuh. aku tengah jeles dengan dua orang member aku nie..sebabnye dua2 nak keluar dating esok and bakal meninggalkan aku sorang2 kat sini..ok, aku tipu..takdela sorang2 coz ada lagi budak lain tp dalam konteks kami bertiga makanya tinggal aku je laa..

aku nak jugak keluar dating macam budak2 nie..nak jugak sweet2 dengan dia..juga nak disayangi dan dihargai macam pasangan lain..

tapi kalau boleh aku tak mahu dengan "dia" yang bergelar kekasih semata-mata..tapi "dia" yang bergelar suami..sebabnya korang boleh bayangkan tak betapa sweet giler moment2 tuh bila bersama "dia" yang sudah sah menjadi milik korang..even nak pegang tangan or arm to arm pun korang takdela rasa cam nak pengsan sebab segan..pastu kalau nak buat eye contact banyak2 pun xdela rasa bersalah lagi..nak romantika de amour pun sape je la nak amek kesah..korangkan suami isteri..lain la kalau bukan, memang la semua sibuk nak amek taw..

hahaha~ ok..aku memang sangat suka berangan2 camtu..sebab aku sangat suka sweet2 dengan orang..aku suka kalau orang romantik2 dengan aku,hehe~..dan tiap saat aku berdoa agar Allah berikan aku pasangan yang mampu menjadi imam buat aku dan bakal penyeri rumah tangga kami kelak, mampu menerima baik buruknya diri ini..mampu membimbing aku..dan mampu menyerikan hari2 aku yang akan datang..hee~~

..pic credit to google..

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

http://cahayamunirah.blogspot.com



p/s: saya suka berangan2..sebab dari angan2lah akan terhasilnya kenyataan..kan?!