JellyPages.com

Sunday

angan tentang "dia"

assalamualaikum..

emm..macam yang korang boleh baca kat status facebook aku tuh. aku tengah jeles dengan dua orang member aku nie..sebabnye dua2 nak keluar dating esok and bakal meninggalkan aku sorang2 kat sini..ok, aku tipu..takdela sorang2 coz ada lagi budak lain tp dalam konteks kami bertiga makanya tinggal aku je laa..

aku nak jugak keluar dating macam budak2 nie..nak jugak sweet2 dengan dia..juga nak disayangi dan dihargai macam pasangan lain..

tapi kalau boleh aku tak mahu dengan "dia" yang bergelar kekasih semata-mata..tapi "dia" yang bergelar suami..sebabnya korang boleh bayangkan tak betapa sweet giler moment2 tuh bila bersama "dia" yang sudah sah menjadi milik korang..even nak pegang tangan or arm to arm pun korang takdela rasa cam nak pengsan sebab segan..pastu kalau nak buat eye contact banyak2 pun xdela rasa bersalah lagi..nak romantika de amour pun sape je la nak amek kesah..korangkan suami isteri..lain la kalau bukan, memang la semua sibuk nak amek taw..

hahaha~ ok..aku memang sangat suka berangan2 camtu..sebab aku sangat suka sweet2 dengan orang..aku suka kalau orang romantik2 dengan aku,hehe~..dan tiap saat aku berdoa agar Allah berikan aku pasangan yang mampu menjadi imam buat aku dan bakal penyeri rumah tangga kami kelak, mampu menerima baik buruknya diri ini..mampu membimbing aku..dan mampu menyerikan hari2 aku yang akan datang..hee~~

..pic credit to google..

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

http://cahayamunirah.blogspot.com



p/s: saya suka berangan2..sebab dari angan2lah akan terhasilnya kenyataan..kan?!

3 comments:

  1. ok ak censel kuar smate2 bc entry mu e...hahahhahha

    ReplyDelete
  2. hahaha..~ ish..ngade2 la awak nie..it's ok laa,pegi jer..=p

    ReplyDelete
  3. (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
    (An-Nuur:26)

    ReplyDelete