JellyPages.com

Sunday

word 4 da day:12

Kesepian itu indah walaupun kadangkala ia mampu membuat kita
menitiskan air mata..

Friday

..tak perlu kau susah hati..

sape yang dah dengar lagu baru Aliff Satar - Lelaki Seperti Aku, sila angkat kening tinggi-tinggi..!!

hee..~ aku tengah layan lagu nie..punya la berzaman aku cari baru hari ni jumpa, aiseyh~~

aku nak kongsi part yang aku suka kat lagu nie.. :

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

tak ke korang rasa lirik tu inspired, supaya kita tak terlalu mengharap dan terus berharap pada seorang lelaki sebab sebenarnya kita ada banyak pilihan kat luar sana?!

ke aku sorang je yang rasa camtu sebab aku bukannya pandai nak interpretasikan ayat yang tersirat-sirat ni..hmm??!



ok! tu je aku nak cakap..tata~~

Saturday

..sahabat..

walau pahit, manis, masam atau masin yang timbul dalam hubungan ni..saya akan tetap bertahan! biar saya sakit dan terluka..saya akan cuba untuk lupakan semua tu..! sebab saya sayangkan hubungan kami ni..~~


itu adalah janji saya pada diri sejak kita mulai rapat..sehingga sekarang, saya masih berpegang dengan janji itu..biar banyak kali saya terluka, saya tetap tahan sebab saya sayang! tapi janganlah terus - terusan sakitkan hati saya..sebab saya juga manusia yang ada pelbagai perasaan dan sentiasa terbatas sifatnya..

Friday

::di penghujungnya..::


Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup

Monday

..i'm sorry..

i'm sorry..
that i run away when i don't know what to do.

i'm sorry..
that i'm tired of searching to be accepted and that there's nothing else i can do.

i'm sorry..
that I told you I loved you and actually meant it.

i'm sorry..
that I wasn't what you were looking for.

i'm sorry..
that you broke my heart.

i'm sorry..
that I gave you the chance to break my heart again.

but mostly..

i'm sorry that i don't hate you.



dia yang memberi keyakinan..

assalamualaikum..

hari ni aku bangun awal so, banyak masa lagi before bertolak pergi sekolah..tetiba rasa cam nak menconteng muka dengan alat mekap..saje je menggedik di pagi hari!!

ala, bukannya beria pon aku mekap takat letak eyeliner, eyeshadow ngan pakai lip balm je kot..tu pon dah kecoh bebudak ni siap dok perli2 aku..

"..apesal mata ko lebam.."

"pakai blusher ke?".

"eh..pakai eyeliner ea?".

dah tu siap bantai gelak beramai2..kecik hati doe!!~ huh..

dah lama kot aku tak sentuh menda2 tuh..padahal dulu aku tak penah pegi kuliah atau outing tanpa calit eyeliner, bedak ngan lip balm..wajib biar lambat mana pon aku! tapi sejak aku try berubah, aku jarang dah sentuh menda2 tuh..bahkan ada barang mekap aku dah sedekah kat yang berminat walaupun baru beli dan pakai hanya sekali dua je..~huhu..

tak kesah la apa dorang nak kata..tapi aku nak kongsi apa yang memberi keyakinan buat aku hari ni..hehe~~


..maybelline colour bloom lip balm..
pink rose


lebih kurang camni la hasilnya

cantik..!! i like..~

even balm dia dah kering tapi still korang punya bibir pinky lagi..

ok! tu je aku nak cakap..tata~~

Sunday

word 4 da day:11

dimana pun cahaya itu berada..diri ini akan tetap bersama dengannya..~~


^_^

word 4 da day:10


Jika aku banyak melalaikanmu. Jika aku membawa kamu jauh dari Allah. Dan jika kamu mencintai dan mengingati aku lebih banyak berbanding Dia. Maka tinggalkan aku.

Jika benar aku membawa kamu lebih dekat dengan Allah. Jika benar kamu mencintaiku kerana cintamu pada-Dia melebihi segalanya. Maka nikahilah aku. ♥

Saturday

..apado gwaen chanayo..

even if my heart is broken when loving you..
even if my heart is separated when waiting for you..
it's okay because i love you..
it's okay even if i get hurt..



naega eolmana doe geuriwo haeya geude naemam alsu inayo??!

geudael sarangae seo apeun geongayo?
neomu sarangae seo beulbaneun geongayo?



apado gwaen chanayo
~ it's okay even if i get hurt ~



Friday

muka bahagia..=p

assalamualaikum..

hello everyone!!! [via muka sengih sampai telinga]

aku kena tegur dengan cik Fatini Azami coz dok show off muka bahagia kat dia satu hari nie..aku pun tak taw apa la gamaknya yang buat aku bahagia sangat sampai semua bebudak aku nak tegur..dengan orang sume aku nak beramah mesra..muka nak tempek senyum sepanjang hari..

gamaknya penangan tak cukup tido 2 3 hari ni kot..terus jam sebentar function rationality otak aku..huhu~~

Thursday

satria..!

assalamualaikum..

[taip via muka bahagia..lalala~~]

hehe..online straight dari prasekolah satria tersayang!

korang baca tak status aku semalam..?baca tak?! baca tak?!

ok! aku bahagia sebab hari ni bebudak satria behave baik sikit dengan aku..~ and aku tak banyak di komen oleh kak zura..ala, takat menda2 kecik terlepas pandang tu biasa la brO...mana ada yg perfect tip top je sume menda kalo dah nama pun pelatih..kan3?!!


satria semua!! esok behave baik lagi tau..nanti cikgu bawak gula2 untuk korang pulak..~ ngee..

aku suka bila aku tak perlu keji sangat dengan orang..!! hee..~

Tuesday

guru pembimbing..

assalamualaikum..

aku tebiat dah gamaknya online tengah2 sibuk dok buat rancangan pengajaran slot (rps) untuk budak2 satria ter'sayang' tu..siyes cakap, dalam banyak2 preschool yang aku penah pegi..budak2 ni adalah yang paling mencabar tahap kesabaran aku..grr..~ dah la aku still dalam mode selsema, batuk dan demam sampai hilang2 suara aku dok ngajar dorang..aiyooO!!

masuk part guru pembimbing pulak..pergh!! memandangkan aku kena mengajar arus perdana selain major aku maka, aku ada dua guru pembimbing..untuk preschool aku dibimbing oleh cikgu Azura manakala untuk subjek pendidikan jasmani tu aku dibimbing oleh cikgu Khusyairi..

cikgu Khusyairi ni bujang ag..haha~~ tapi aku bukan nak kata la..dia punya kerja memang tip top!! oleh tu aku dan cik Fatini Azami pun perlu berusaha keras untuk mencapai taraf yang dia nak..cikgu Azura pun lebih kurang..aku rasa dia letak tinggi sangat expectation kat kitorang..padahal kitorang ni bukan main biasa2 je..

cikgu Khusyairi ni memang aku tak nafi la kemas dan handsome orangnya..kalo tak, takdenye partner aku dok feeling2 sorang..haha~ tapi aku ada sedikit masalah la..sebab dia kalo cakap memang jenis tengok mata..aku memang lemah la bab2 guys dok buat eye contact ngan aku even untuk benda yang penting..oleh itu, ada la sikit rasa tak selesa so, aku banyak tolak partner aku untuk settle apa2 hal ngan dia..hee~

cikgu Azura ok je..banyak gak tolong aku kawal kelas tu yang sentiasa tak terkawal bawah aku..kuang asam la bebudak ni..time aku ngajar, bukan main banyak cakap, waktu cikgu dia elok je dengar cakap..cis!!

ok, tu je nak cakap..tata~~ =)

..my second day and praktikum..

assalamualaikum..

ohh..my second day of praktikum ~~ =)

macam2 perkara jadi..ada manis, ada kurang manis..

still belom dapat jadual and belom mengajar..!! ini bermakna bebas merewang dan tawaf satu sekolah tanpa perlu risau! aku and partner je the only cikgu praktikum yang masih bebas..weee~
bebudak maktab lain opkos la dah dapat jadual..hehe..

Prasekolah Satria teacher-gonna-be ni sempat la menyemak, berkenalan dan mengajar preschoolers sikit2..buleh laa..first time ajar chinese and indians tapi takdela teruja mana pun, biasa je..keji kan ayat??!

Sempat berkenalan dengan guru2..before punch card nak balik, sempat jugak la menjamu mata dengan guru2 sesi petang yang keluar masuk office tu..ada hidangan yang menarik mata!! jeng3..!!

The best part of the day..~ pukul 8 dah pergi jumpa pembantu makmal komputer semata2 nak tanya password wifi sekolah..cikgu takde kerja lagi! alih2 tak dapat connect. rupanya wifi ada problem lately..cis3!! bosan jugak la kitorang berdua sementara nak jumpa preschoolers..

the rest...is history! haha..tak baik mengaibkan orang!! kan Fatini Azami?!!

Monday

mengenali seseorang...

assalamualaikum..

mengenali seseorang itu tak bermakna kita cukup sudah memahami dirinya..kadangkala kita lebih zero tahu tentang dia dari individu lain disekeliling. mengenali seseorang itu tak bermakna kita bebas melontarkan sebarang lantunan perasaan. mengenali seseorang itu belum cukup bermakna andai kita tak bisa buat dia tersenyum ketika dengannya. mengenali seseorang itu tak semestinya harus bertanda. mengenali seseorang itu tak menjamin bahawa kita tak akan menyakitinya.

namun, dengan mengenali seseorang itu banyak yang akan kita belajar..belajar untuk mengenali apa itu erti kehidupan..belajar untuk menerima segala kekurangan dan kelebihannya..belajar untuk terima yang lain dalam hidup..belajar berbagi setiap rasa..belajar dan terus belajar tentang segala-galanya..


***************

Saturday

..our date..

assalamualaikum..

hai people! hari ni menjejak kaki ke Casa Mekar terchenta..semalam one night stand di rumah suami di Desa Baginda, haha..oke! jangan tertipu semua..saya masih cik dan belum bergelar puan..

sebelum ni kan ada post pasal keluarga besar saya tapi tak complete..oleh itu adalah seorang hamba Allah ni tak berpuas hati sebab beliau takde dalam list..awak! ni entry khas untuk awak ea..~

ini adalah antara yang sempat di'snap' semasa keluar 'date' bersama satu lagi pasangan 'hot' kelas..hee~~

dia + saya = ketua kuliah dan cik setiausaha


our couple ring..!! idea beliau ~


a gift to remember.. + beliau mengambil kesempatan!


well. ini adalah first time kitorang skinship..! naturally with each other..haha~ oke! we're not lesbo peeps! suka berhiperbola ketika bergurau senda..

beralih ke gambar seterusnya..!

oke! agak buang tebiat untuk aku berpakaian begini di hari2 lain..baju tu adalah pemberian my beloved mom and i like it so much! tudung tu adalah hak milik cik umie..aku rembat sebab aku hanya bawak satu tudung masa pegi rumah dorang..seriously, aku selesa pakai tudung tu! dan aku sememangnya pernah menyatakan hasrat untuk bertudung labuh..and here it goes..~

pada yang tak boleh terima kesucian aku ketika bertudung tu mintak maaf la ye..haha~ korang boleh slow2 belajar terima kenyataan tu dari sekarang. sebab aku rasa cam teringin nak bertudung camtu.muahaha.doakan aku! =)