JellyPages.com

Sunday

kenapa esok isnin?

assalamualaikum..~


aiyakkk..baru je selesai menyiapkan tugasan tertangguh yang penting. terasa hebat seketika sebab mengadap laptop dan menaip dengan gigih dari pagi sampai nak masuk maghrib. cehh..cakap je la kena siapkan kerja tu by hook or by crook. kalau tak mengenangkan deadline yang tak mahu bertoleransi harus rasanya tak siap lagi. memang camtu la kan dari zaman belajar. terbawak-bawak sampai dah kerja ni. benda yang dah bagi berminggu-minggu pun boleh siapkan dalam masa sehari. padahal masa mula-mula dapat tugasan bukan main lagi tak boleh cerna dengan bernasnya apa yang dia nak. itu la, ini laa..bukan main banyak alasan dalam kepala tu. alih-alih hari ni boleh setel. ko dah apehal?

benda yang paling aku tak nak cerna adalah kenapa esok mesti hari isnin. kenapa? kenapa? tau tak aku belum bersedia nak pergi kerja. aku tak cukup puas rasa rehat weekend ni. oke, sebenarnya weekend yang aku tak balik rumah je yang akan buat aku jadi macam ni kan, padahal dok melepak dan melepet kat rumah depan tv je. kalau balik rumah, confirm ada je aktiviti merayap ke sana ke sini tapi tak pulak rasa nak menangis bila fikir esok isnin. mencik la camni. aumm...~ 

Thursday

#Hospitals Beyond Boundaries/Sarung Kaki Project

assalamualaikum..~


gatal sangat tangan nak share benda baru yang terjumpa masa tengah godek-godek stalk orang sana sini. ye, tolong la faham, stalk orang di alam maya ni sangat seronok tahu. banyak sangat informasi dan benda  baru yang boleh dapat. tapi pandai-pandai la tapis ye. 

I found this masa tengah blogwalking, Hospitals Beyond Boundaries. mashaAllah, sangat teruja nak tau lebih lanjut. laju-laju tekan like. kan dah cakap, one of my wishlist is nak terlibat dengan benda-benda sukarela ni. mungkin saya tak mampu nak jejak kaki ke sana tapi yang pasti saya mampu bantu spread the words around dan bagi donation. bukan nilai yang menjadi ukuran. niat dalam hati tu yang penting. so, apa kata ambil sedikit masa kita dan cuba fahami apa yang cuba dilakukan oleh mereka-mereka yang ohsem ni. besides, dorang ada jugak buat charity event untuk kumpul dana. haila..kalau la kuala lumpur dengan pengkalan hulu tu sebelah-sebelah, kan best. :)

satu lagi benda yang ohsem sangat adalah Sarung Kaki Project. ye kawan-kawan, yang ni pun laju-laju tekan like. nampak sangat kegelojohan diri disitu. suka tau buat benda laju-laju. hahaha. ini memang sangat suka sebab sekarang memang tengah kuatkan iman untuk sentiasa pakai stokin atau sarung kaki setiap kali keluar. dulu, hanya pakai sarung kaki ni kalau nak pergi kuliah je. waktu kerja pun sama. Alhamdulillah, sekarang ni cuba pakai setiap kali nak keluar rumah. mula-mula harus la susah. sebab tu pergi cari stokin comel-comel buat penguat jiwa dan raga. moga-moga terus istiqamah. kaki pun sebahagian dari aurat kita kawan-kawan. housemate kita yang comel tu pon dah start pakai sarung kaki pergi kerja tau. makin comel sekarang :)

Wednesday

Aktiviti

assalamualaikum..~


dah lewat tengah malam tapi bukan main gigih nak siapkan kerja. kononn. padahal tengah tak sihat. iye, demam dan selsema. tapi yang penting, dah boleh tarik nafas lega. satu tugasan berat dah selesai. sekarang tengah cuba untuk fokus pada aktiviti Gerak Tari Prasekolah 1Malaysia, perkhemahan dan lawatan si comel prasekolah. iyee, memang agak lewat la kan bulan 10 baru terkedek-kedek nak pergi lawatan tapi dah memang rezeki aku kot. hehe. merasa pergi lawatan dengan budak-budak prasekolah. tak sabar nak tengok muka penuh keterujaan dan kegembiraan dorang. muka itu sangat precious. riak yang tak dapat nak beli dengan wang ringgit. dan semestinya satu kepuasan dan kegembiraan cikgu dia jugak. ihihi. walaupun kadang-kadang terpaksa tadah telinga dengar cikgu membebel kan lately..tapi cikgu nak korang jadi budak baik. yelaa..mana ada yang tak marah kalau dah penat lelah siap cantik-cantik kelas tiba-tiba terkehel sana sini tak sampai 48jam. niat cikgu tu nak awak selesa belajar dan seronok ada kelas yang cantik dan banyak mainan walaupun awk tu tak sepandai budak-budak sebelah. mujur bab manners awak semua tip top. hehe. bangga cikgu..~

Gerak tari tak tau nak kata apa dah. dah naik tak lalu tengok semua orang dok berlatih. iyee, cikgu paham kamu budak-budak kecik memang tak paham apa itu harmoni dalam persembahan. tapi cuba buat yang terbaik macam cikgu buat kat kamu pun dah cukup. cikgu tau korang tak 'sempurna', at least jangan bagi cikgu sakit kepala dan sakit telinga cukup. hehe. 

sebenarnya selain sibuk menghitung aktiviti sekolah yang tak pernah surut, sibuk jugak la jari ni dok membilang hari nak jumpa baby mushlih and his cute mommy dan cik mieza. tak sabar nak jerit 'Melaka, here I come!'. hehe. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. :)

Monday

hakikat..emm!

assalamualaikum..~


kadang-kadang memang la niat kita tu baik nak jadi orang tengah untuk dua manusia bina masjid. tapi sesekali tu cuba bawak-bawak tenung balik, calon yang kita bawak tu memenuhi kriteria diri kita atau kriteria orang yang kita nak calonkan tu. ye, rupa itu bukanlah segala-galanya dalam memilih pasangan. tapi rupa itu perlu juga diambil kira. muka yang kita nak tenung tiap-tiap hari kan. biar la mata tu rasa selesa dan sejuk. ini kalau letak  langit dengan bumi sebelah-sebelah, confirm la tak sepadan. tak mampu kot. tapi tu la hakikat yang orang selalu terlepas.


*merepek sebentar hasil renungan semalam.


wahh..baru isnin tapi dah tak sabar-sabar nak jejak jumaat, apa kes. baru plan nak jejak tanah Melaka dah tergendala tak sempat dirancang. banyak mak oii kerja nak kena siapkan. rasa nak mintak tiap-tiap hari bagi lebih dari 24 jam je. hehe. gaya macam kerja keras je kan. ni pon tengah berusaha dok susun jadual kerja bagi tak serabut kepala. baru tau betapa susahnya nak dapat duit gaji tu. ingat goyang kaki pung pang pung pang je ke ajar abc. memang tak la. dulu kalau orang dok perlekeh kerja yang aku bakal pikul, boleh la dok sengih-sengih lagi. sekarang, totally jangan cari pasal. sentap sangat kalau ada yang tak paham lepas tu buat ayat andaian sendiri macam la kerja aku ni senang sangat. mudah. cuba la ganti sehari tempat aku, nescaya tak ramai yang mampu. aku pon kalau tak kena train 5 tahun setengah tu, serius cakap memang aku lari. tapi aku memang kecewa sangat la dengan mentaliti orang yang sebegini.* positifkan diri.* takpe, orang-orang sebegini la yang aku kena bantu faham kan apa benda yang mereka tak faham tentang dunia aku. dunia yang  hebat dengan cabaran. dunia yang senang buat pahala dan senang jugak nak buat dosa. :-) keep smiling untuk minggu ni.

Friday

sakit

assalamualaikum..~


Allah tak saja-saja bagi kita ujian. dia nak uji kita lemah dan mengalah atau bangkit dan tunjuk gagah. pilihan atas tangan kita. cara dan gaya penyelesaiannya juga ada pada kita. tapi di penghujungnya, inshaAllah akan terasa betapa sweetnya Allah itu. mana mungkin menang menimpa kalau tak pernah merasa sakit berjuang. :)

Sakit tu memang ada. berjuang sendiri bukan pilihan paling bijak. mohonlah pertolongan dari Allah. pasti Dia rindu rintihan syahdu dari hambaNya. mintalah nasihat dan pendapat dari mereka yang selayaknya. bangkit dan kuatkan diri untuk terus melangkah. Mengalah dan putus asa tak akan pernah bawa kita ke mana-mana. mugkin hari ini kita merasa susah, payah dan lelah, siapa tahu mungkin esok kita akan rasa tenang, gembira dan bahagia. mengumpul redha itu memang sangat sukar tetapi selagi kita mahu berjuang, kita pasti menang.

Mulai sekarang, jom kita perkemaskan langkah. bersiap sedia hadapi ujian dengaan tenang dan matang. Jika Allah letakkan kita pada jalan ini, inshaAllah Dia juga akan membawa kita melalui jalan ini. 

Sunday

wish you were here..

assalamualaikum..~


it's been awhile huh..~ here i am again with another rasa hati yang susah untuk difahami. ia bukan kelat atau pahit tapi suatu kemanisan yang sangat sangatt sangaattt dirindui. sekarang memang dah boleh define dengan ayat sendiri kalau tanya apa itu maksud menerima seseorang dengan segala kelebihan dan kekurangan mereka. masa duduk dekat-dekat memang tersasar sikit tapi bila dah duduk seberang sana laut dan belah sini semenanjung, memang rasa itu makin kuat dan makin lain. makin menghargai si dia itu. bukan berapa tahun kawan yang mengukur sejauh mana kita kenal dia itu, but it's about the same wavelenght, values and principles yang both of you try to built together. plus kerana Dia. *senyum.

sekarang bila dah kena berdiri atas kaki sendiri dan tak mampu clingy, memang sangat lain. dulu even konon boleh berdiri sendiri, masih ada mereka yang ampu dari belakang biar tak tumbang.sebab tau tak kuat mana kaki yang berdiri tu. kalau nak selak cerita-cerita dulu, tak akan pernah habis. keep on replaying in my mind. seriously missed the memory. wish you were here love. enough. 

it took more than i thought untuk diri adapt suasana baru. still awkward. still blank. the only reason untuk gagah senyum dan berdiri, si kecil permata negara sekalian. walau kadang jiwa dan raga sakit tak terkira. sebab tau tak mungkin boleh patah balik kembali jadi budak hingusan yang kerja ngadap buku dan nota. huu..i missed all the good days left behind. really. seriously. 

Monday

Officially Cikgu Aliya :)

assalamualaikum..~


Alhamdulillah..i am officially Cikgu Aliya now. tehee. semalam masa datang tengok-tengok sekolah i was like                                 
'wooww..rock siot tempat ni'. yelaa, cuba bayangkan kfc, station bus, pejabat agama, maybank, bsn, tasek takong si tempat berjoging petang-petang, pejabat pos dan segala jenis kedai hanya memerlukan aku menapak berjalan kaki untuk sampai dari sekolah. seriously heaven. kalau terasa nak masuk Thailand ikut Betong pon boleh. cuma lebih kurang 12 km saja kawan. tengokk. tak cukup best lagi ke? oke, dah mampu senyum sengih kerana inshaAllah gua boleh hidup kat sini. then, berjaya menapak ke kuarters pulak. ingat senang ke benda-benda kuarters ni. mujur Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Hari ni melapor diri secara rasmi. everything seem smooth sampai la berjumpa si jantung hati semua. alahai..budak-budak pon boleh tahan. boleh tahan nakal dan tak dengar cakap. siap bertumbuk time cikgu tengah bagi arahan kat depan. oke, korang nak berkenalan dengan cikgu style coolio camni. cikgu akan sediakan pelan strategi untuk tumpaskan kuasa korang. jangan harap nak buli cikgu. hehe.

InshaAllah, walaupun sebak sangat nak mulakan hidup sorang-sorang kat sini dengan amanah yang sangat besar, inshaAllah akan cuba untuk jadi kuat. Saya OK, saya dah besar..hehe. pinjam tagline sikit. :)