JellyPages.com

Monday

Banting, for the first..


assalamualaikum..~

akhirnya setelah bermimpi-angan-fantasi tentang Banting, here i am. ini bukan first time sebab before nih dah pernah menjejak Sungai Lang untuk program Bina Insan Guru (BIG). tapi kali ni untuk praktikum, for sure feeling dia sangat tidak sama. can't even pick a word to describe it.

mungkin disebabkan ini hari dan malam pertama serta first time meronda tengok persekitaran so, ada sedikit perasaan sebak menahan air mata. maybe aku tak cukup tau lagi maka, perspektifnya kurang mantap.

walaubagaimanapun, mari kita mempositifkan diri! *muka bersemangat*. banyak perkara dan pengalaman yang baru aku akan tempuh. kali ni duduk dengan kawan-kawan yang hebat dan banyak idea yang melimpah-limpah mereka yang aku boleh tadah dan tapis-tapis. hehehe. duduk luar dan berkongsi rumah dengan tuannya so, kena banyak tahan-tahan perangai bengong yang boleh membawa kemudaratan di kemudian hari. upgrade sikit praktikal bab manners and sosialisasi.

sila tunjuk muka kagum! aku mungkin dapat belajar budaya dan bahasa baru disini. bukan setakat berdepan dengan orang-orang Jawa bahkan, aku adalah insan terpilih dan memilih untuk mendekati orang Asli. :) cuma anda diluar sana tak perlu cuba berimaginasi lebih-lebih. ini orang Asli yang sudah moden dan hebat. tidakkah anda rasa sedikit awesome disitu?


'tak kenal maka tak cinta'


p/s: sudah mahu beradu demi kesegaran hari pertama di SK Bukit Tadom. hahaha. kg labohan dagang! berikan mimpi indahmu.


No comments:

Post a Comment