assalamualaikum..~
dear! aku membayangkan bahawa cuti seminggu kat rumah ni akan dipenuhi dengan waktu aku belajar dan mengadap buku persis seorang nerd sejati. tapi sungguh kuciwa hatiku kerana menaruh harapan terlalu tinggi hingga kumulunimbus sana. sobsobsob. dari hari ahad sampai hari ni, jangan kata nak pegang buku, tengok pun tidak lagi. esok nak berpiknik dengan family tersayang dan haruslah aku akan beraksi letih lelah ibarat bekerja di ladang balak walaupun realitinya aku hanya bermain dan berendam di air terjun. -.-'
oke..frust sekejap!
fine! kena kerah usaha yang ada untuk susun semula jadual. i don't have enough time kalau semua benda pun nak tunggu last minute. so, yeah..anda di luar sana, sila jangan mencontohi sikap saya yang satu ini. ;p
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
p/s: aku pernah cakap pasal air terjun Sempeneh yang aku janji akan update sekiranya menarik. yes, tempat tu best dan will be update soon, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment