JellyPages.com

Wednesday

realiti hidup semester 7


assalamualaikum..~

apa khabar si chantek manis dan si tampan sekalian!

sangat rindu untuk menulis namun, tak berdaya dengan kekangan masa dan timbunan tugasan. ni pun sekadar curi masa rehat kejap. almaklumlah..perlu cover semua topik sehabis daya dalam masa sebulan nih maka, semua pun dah lembik mengejar tugasan dan memerah daya tumpuan yang tak berhenti. oke..sekarang dah faham macam mana rasanya mempunyai hidup yang sibuk dan tertanya-tanya macam mana manusia lain susun jadual supaya takde yang terabai..huff~~

disebabkan penggunaan kognitif yang lebih berbanding sebelumnya maka, aku mempunyai daya ingatan yang semakin kurang mantap. aku mempunyai kecenderungan untuk lupa perkara-perkara penting. hari aku patut hantar translation slide, aku lupa bawak pendrive dan menyebabkan proses print ditangguhkan. aku selalu lupa mana aku letak barang-barang then, tension sebab cari tak jumpa.

memandangkan ni tahun terakhir bergelar student, haruslah tumpuan lebih tanpa boleh main-main lagi. macam tak percaya yang aku senior paling senior kat maktab tuh. kalau tengok aku dengan muka nerd yang serious maka, korang cuba la elakkan mendekati aku untuk perkara-perkara tak berfaedah. haha. sedang belajar serious.

disebalik semua dugaan ni..ada satu perkara yang buat aku mampu tersenyum dan sangat bersyukur. Oke..mengaku siap-siap yang aku memang masih banyak kelemahan dan sedang merangkak-rangkak dalam proses penghijrahan dan membaikpulih diri. tapi tak sangka masih ada insan yang menjadikan aku inspirasinya untuk berubah. Alhamdulillah. moga aku dan dia istiqamah! :)

sekarang..kembali ke realiti. harus siapkan proposal untuk kajian tindakan sebelum dapat pegang segulung ijazah.. yuk capai impian kegembiraan ibu ayah dan masa depan!! :)


p/s: doakan aku berjaya harungi tahun akhir ni. :)

No comments:

Post a Comment