assalamualaikum..~
Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wassalam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran dan lemah-lembut ." [Riwayat Muslim]
sentiasalah bersabar dan cuba untuk berlemah-lembut dalam apa jua keadaan sekalipun. walaupun pada masa yang sama kamu merasa sangat marah atau sedih kerana Allah sangat menyukai dua perkara ini. ayuh!! kita sama-sama tempatkan diri di antara mereka yang disukaiNya. mulakan dengan bertatih-tatih dahulu sebelum kita mampu berjalan dengan baik kelak kawan-kawan.
andai masih goyah lagi, sentiasa ingatkan diri bahawa Allah sedang menguji kekuatan diri maka, tunjukkanlah usaha terbaik kita yang mana di kemudian hari mampu buat kita tersenyum.
jika hati masih belum pasti, berpeganglah bahawa orang yang diberikan musibah atau ujian pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. kerana Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. :)
No comments:
Post a Comment